Ticker

6/recent/ticker-posts

Dia Dah Pergi... Sampai Sini Saja.

Dia da pergi.

Malam tadi dia da pergi. Tinggalkan saya. Tinggalkan semuanya. Saya sedih. Sedih sangat. Masa dia ada lagi dan ucap selamat tinggal, saya tak menangis. Tapi bila dia da takde, saya gitau kat kawan saya, "dia da pergi.." tiba-tiba saya tak dapat tahan air mata saya.

Saya sedih. Bukan saya seorang. Yang lain pun sedih juga. Dia dengan dia pun sedih. Tapi nak buat macam mana. Dalam hidup semua orang, memang hari tu akan tiba juga, tak kira la bila-bila pun. Cumanya dalam hidup kami, hari tu tiba semalam.

Saya rindu. Dia rindu. Dia pun rindu. Rindu dekat dia dan semua benda yang dia buat. Tadi saya nak pesan kat yang masih tinggal, tolong belikan susu. Tiba-tiba yang tinggal tu cakap, dia teringat kat dia yang da pergi. Kalau dia yang da pergi tu ada lagi, dia suka beli macam-macam air manis.

Air laici.

Saya pun suka air laici sebab dia. Air laici sedap sangat untuk jadi penyejuk tekak. Tapi dia da lama tak beli air laici. Sebab dia nak jaga pemakanan dia. Bukan dia aje. Dia dengan dia pun nak jaga pemakanan diorang. Sebab nak diet. Tinggal la saya yang tak pernah ada hati nak diet.

Dia suka kucing. Cici tu dia yang bawak balik. Dia suka menyanyi. Saya jadi kenal banyak lagu pun sebab dia selalu pasang dalam kereta. Dia suka kek coklat saya. Dia cuka carbonara yang saya masak. Dia suka puff tart yang PCM buat. Dia suka jalan-jalan. Dia kenal beberapa orang kawan blogger saya pun sebab dia join sekali gather-gather dengan saya sampai ke Kajang.

Dia kata, nanti kita gather-gather lagi ya. Dia pernah kata jugak, nanti satu masa...bila dia da tak dengan saya, bila dia da ade kat tempat lain...kalau-kalau saya nak pi jumpa kawan-kawan blogger saya lagi, ajak lah dia.....

Insya'Allah awak... Awak jaga diri elok-elok kat sana ye~ Nanti kita jumpa lagi... Rindu nak jalan jauh-jauh dengan awak... Saya, dia dan dia...sayang awak... :')

Post a Comment

26 Comments

  1. erk???siapakah???
    yang keje kat media prima kah??hehe

    ReplyDelete
  2. siapa tu kak??
    mesti kawan yg paling rapat sgt dengan kak kn...

    ReplyDelete
  3. sape?sedih plak baca :'(

    teingat kt sesuatu

    ReplyDelete
  4. Takpe lahh...bukan "dia" pergi ke Vietnam, cuma beberapa kilometer sahaja...kan...

    ReplyDelete
  5. kak ila ke

    die g mne?

    no wonder yu nk hosmet br

    ReplyDelete
  6. fuh! saspen je bace.. agak2 sape la si dia tu kan.. mr frogy ka? hurmmm..

    ReplyDelete
  7. Siapakah dia? Sedihnya entri akak sunah~ :'(

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum sunah...sedihnya siapa tu yg dah pergi...sabar yer....:(

    ReplyDelete
  9. salam,

    gi mana plak kali si pemilik kancil tu? mencri rezeki di mana pulak...

    ReplyDelete
  10. ehmm.. sedeynya..
    dia....
    abestu bila saya??? hahaha

    ReplyDelete
  11. hati tertanya2 siapakah gerangan sidia yang bertuah tu sis??hehehe

    ReplyDelete
  12. insyaALLAH bakal diganti dgn yg baik juga..hihi

    da jmp ke??

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com