Masa makan-makan tadi...
Bukak topik tentang laman sosial bersama-sama para supervisor dan geng-geng
lab. Best jugak dapat borak benda-benda gini dengan diorang. Jadi isu menarik
pulak kat meja makan.
Bermula dengan bab blogging sebab supervisor tanya pasal resepi kat blog dan
pasal roti. Then bila cakap pasal blog, co-supervisor pun kongsi jugak pasal
kata-kata Ustaz Zaharuddin tentang dunia maya. Tentang status-status FB,
entri-entri blog, kata-kata kat twitter.
Macam biasalah, isu menulis tentang orang lain, bukak aib orang dan perihal
blog bila bloggernya dah meninggal nanti, benda ni memang tak boleh tak, kena
gitau jugak. Geng lab cakap, kena wariskan blog tu, buat wasiat sebelum
meninggal. Bila da meninggal, boleh la waris tolong apa yang patut.
Persoalannya, kena tunggu meninggal ke?
Then bila masuk bab Facebook, benda yang dibincang bertambah-tambah menarik
bila co-supervisor yang balik dari Jepun beberapa minggu lepas berkongsi
pengalaman dia kat sana. Kat sana dia ada kawan dari Malaysia jugak. Bila
berjumpa, mesti la berborak panjang kannnnnn. Dalam berborak-borak tu, tetiba
ada prof kat sana tegur.
"Both of you are Malaysians, why do you speak English?"
Pelepukkkk satu tumbukan padu ke muka masing-masing. Ya, dua-dua dari negara
yang sama, tapi kenapa tak cakap Melayu? Then, kalau kita tengok senario orang
akademik atau golongan bisnes di meja mesyuarat zaman sekarang ni, semua
Melayu, tapi perbualan mesti nak dalam English jugak. Kadang-kadang kat
Facebook pun, status nak bahasa Inggeris.
Tak, bukan lah tak boleh guna English. Kadang-kadang campur juga jadi
Manglish. Tapi mana budaya yang kita bangga-banggakan tu? Kita macam lebih
memartabatkan budaya asing berbanding budaya negara sendiri. Supervisor bagi
pandangan, mungkin sebab Jepun tak pernah dijajah, so diorang takde rasa
rendah diri dengan budaya diorang. Kita Malaysia ni, pernah dijajah sampai
budaya kita tu dipandang lebih rendah dari budaya penjajah. Sampaikan bahasa
Inggeris lebih dipandang tinggi dari bahasa Melayu. Sape tak tau cakap
English, orang sekarang pandang macam kuman je.
Tapi kita dijajah dulu je kan? Sekarang kita da merdeka. Atau adakah kita
hanya merdeka dalam buku sejarah sekolah semata-mata? Realitinya, budaya dan
jati diri kita, mungkin masih lagi dijajah. Kadang-kadang sampai malu bila
berbahasa Melayu di dalam mesyuarat yang kesemua ahli mesyuarat orang
Melayunya berbahasa Inggeris.
Tulis panjang-panjang ni pun, mungkin ada yang tersedar, tapi still kita tak
boleh nak buat apa sangat pun. Nyatanya, zaman ni, kat negara kita, semua nak
English. Global language katanyeeeee kannnnn. Sedangkan pengkaji budaya kat
luar tengok Malaysia (baca: rakyat Malaysia) adalah antara negara yang paling
lemah (baca: teruk) dari segi menjaga jati diri bangsanya.
Ni ada yang kata saya bawak semangat ketuanan Melayu ni kang.
Eh, ada kaitan ke???
P/S: Saya rasa entri ni tak bersifat racist. Ini tentang bahasa budaya
bangsa.
24 Comments
then?hakhak..
ReplyDelete@al_hakim
ReplyDeletetakyah nak then sangat...
sy setuju kak. ada yg melayu tapi fully english ckp atau tulis. mcm xbangga je dgn bahasa melayu.
ReplyDeletebetapa orang melayu sendiri malu untuk bercakap melayu sesama mereka... Mengapa hal sebegini boleh terjadi.... adakah bila tak berbahasa Inggeris kita dipandang sebelah mata.. Mari sama-sama kita berbahasa melayu sesama kita..
ReplyDeletebiasa cakap manglish. hehe! tapi 99% cakap BM laa~~
ReplyDeletesabtu ni Pak Engku datang kat UM!!!! yeah!!!!!! nak jumpe!!! :)
bahasa jiwa bangsa.. hehe..
ReplyDeleteakak lak suka nak guna BM.. even dlm intebiu..org tuh speaking akak jwb BM..hahahaha.. loss vocab jadinya.. -.-'
ReplyDeletelagi suka menggunakan bahasa Melayu!
ReplyDeleteSo?
ReplyDeleteWahaha abis ai xley la nk manglish2 lg
Aku rasa dua2 malaysia tu ckp english sbb nk practise ckp english kot..mcm aku kt tmpt keje ngn org yg betul2 tak reti ckp melayu je aku speking..cina2 ngn india kt tmpt keje aku balun melayu je walaupun dorang speking ngn aku hehehe
ReplyDeleteTeringat I kejadian kat lift tempoh hari...
ReplyDeleteI tapau nasi goreng petai masuk lift ngan sorang gadis Melayu. Bau harum nasi goreng tuh memang semerbak lah dalam lift. I pon mintak maaf lah kat dia sebab bau petai tuh memang sangat kuat, dalam Bahasa Malaysia. Dia jawab dia tak kisah, tapi dalam Bahasa Inggeris...
Hmmm... boleh buat modal entri nih... ;-)
Terbaru dari Logokoko:
[10PG] Lawak B*BI
[U] Promosi Hebat! Jimat RM0.00!
[18SX] Telurnya mana?
kadang-kadang org melayu sendiri malu nak cakap bahasa melayu
ReplyDeleteassalamualaikum sunah...yer la kan baik bahasa melayu jer kn...:)
ReplyDeleteermm...masalah bhs..xde yg crucial sgt melainkan malu utk bercakap dgn bhs sendiri.it's sooo terrible. kalau ter'slip' dlm perbualan ckp bhs rojak, it does not a matter pon.. apa2 pon kena try la fully bm bila dlm kalangan sesama kita..melayu..ye dak??
ReplyDeletelagi2 kat u sy ni kan..pastu BM saya pun dah teruk =__=''
ReplyDeleteitu beza malaysia dgn indonesia...
ReplyDeleteindo memartabatkan bahasa..
cina Indo ckp bhs indonesia..
mcm jepun memartbtkn bhsnya...
di malaysia.. bckp English terus ada satu persepsi.. ouh high educated, bukan sembarangan org ni... ini kenyataan yg praktis masa kini...
jgn kata di luar negara jumpa ckp english.. jumpa kat mall pun.. " eh tea.. already so long ai not see u.. u do what now..." hamikkkk aku pun x phm..
saya tak pandai english... huhuhu.. tapi emel dari HR sokmo dalam english.. mana2 pun english diutamakan.. memperkasa bahasa melayu, memartabatkan bahasa inggeris
ReplyDeletealmaklumlah org2 kita ni.. bangga tulis english2 besar2 kat status FB... sana sini nak spiking London...
ReplyDeletebahasa jiwa bangsa ;)
ReplyDeletesetuju cik sunah.. kadangkala kita lebih suka berbahasa inggeris, tak salah cuma jangan terus secara infiniti meninggalkan bahasa kita. entri bagus cik sunah. tahniah cik sunah
ReplyDeleteorg Jepun..org Perancis..antara bangsa yg mmg bangga dgn bhs diaorang..
ReplyDeletekita mmg ptt bangga dgn bhs melayu...tau english satu kelebihan tp bila bercakap atau menulis gunalah bhs melayu..kalau bkn kita yg nk bangga dgn bahasa kita sape lg??
boleh berbahasa asing but tengok tempat and situation la kan. kalau bukan kita orang melayu yang memartabatkan bahasa sendiri.. sape lagi.
ReplyDeletekadang-kadang cemburu melihat bangsa asing yang lebih fasih berbahasa melayu daripada kita yang selalu ber'manglish' ni.. huhuuhu..
nak english tue blh tp jgn smpi lupa terus bahasa melayu... :)
ReplyDeleteas salam..
ReplyDeletebab bahasa tu, tak menjadi masalah.asalakan lihat niat. buat apa memartabatkan bangsa tapi agama dipinggirkan? sama erti seperti cakap telinga kiri, keluar telingan kanan. bab2 mengutamankan budaya dan bangsa ni, bukannya diutamakan(wallahua'lam) pun bila tiba Alam pengadilan-Nya kelak.
hm..pakcik melhat skenario ni sebagai sebahagian dari agenda para pengamal dan penyembah iblis @tentera dajjal untuk menguasai dunia sebelum hailkal sulaiman berjaya dibina kelak, wallahua'lam..
sudah pasti, mereka memperluaskan budaya , dan dari tamadun barat. lihatlah siapa yang terpengaruh akannya..
dan lihat pula dalam apa2 aktiviti samaada filem, bantuan kemanusiaan, perbankan dunia, pemerintahan, ekonomi, watak siapa yang diangkat? renung2kan peringatan dari Allah dan Nabi Muhammad akan fitnah yang zaman kita ni akan kita tempuhi..
melayari dunia maya kan, perlu berpada2..sekadar mengikut kepuasaan dan rentak dari pengrauh luar, boleh terlajak perahu ke jurang lautan.
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com