Ticker

6/recent/ticker-posts

Maafkan Jika Cinta Ini...

Via Lactea by *jyoujo on deviantART

Cinta sesama makhluk.

Bisa saja membuatkan makhluk Allah hanyut kerana asyiknya percintaan. Lalu diduga dengan pelbagai ujian dari Allah bagi melihat sejauh mana hati-hati itu kuat menghadapi rasa indah dan bahagia. Yang kadang-kadang bertukar menjadi duka dan terluka.

Cinta kadang-kadang menyebabkan para pencinta hanyut tanpa sedar. Hingga begitu jauh dibawa arus tanpa melihat akan bahaya yang mendatang kerana hanya nampak mahligai batu yang berkilauan di dalam air yang mengalir. Kerana terlalu asyik menikmati keindahan mahligai, tidak teringat akan satu masa di mana aliran deras itu akan bertemu cerun yang curam.


Lalu bila tiba saat itu, para pencinta mula jatuh bersama jatuhnya air dari puncak tinggi ke dasar sungai. Andai hebat berenang sekalipun, jika tanpa izin dari Allah yang Maha Berkuasa menjadikan sesuatu, boleh saja para pencinta lemas dalam air yang menerobos jatuh. Ibarat jatuh ditimpa air terjun, masalah lain datang bertimpa-timpa pula.

Setelah jatuh, tidak pula dapat dipastikan adakah para pencinta yang asyik bersama tadi akan bertemu semula. Mungkin saja akan terpisah jauh kerana sudah ketentuan Allah begitu. Jika ada jodoh antara para pencinta, mungkin di muara sungai akan ketemu kembali. Dan pada masa itu, harapnya para pencinta sudah belajar dari kejatuhan dan kelalaian.

Dan tidaklah Allah menjadikan sesuatu itu melainkan ada hikmah yang wajar direnungkan di sebalik setiap kejadian. Kerana selamatnya para pencinta daripada jatuh ditimpa air terjun adalah atas kehendak Allah. Kerana kuatnya para pencinta melawan arus yang deras juga adalah atas keizinan Allah. Kerana teguhnya rasa dan hati para pencinta hingga bertemu kembali di muara sungai juga adalah atas kuasa Allah.

Maka selayaknya CINTA Allah itu lebih dikejar daripada cinta sesama makhluk!


Maafkan, jika cinta ini hanya membawa kelalaian dan menghanyutkan...

Post a Comment

10 Comments

  1. cintalah dengan seikhlas hati kerana Allah pasti berkekalan!

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum sunah...cinta kekal abadi hanya pada Allah yg Satu ,cinta pada manusia hanya Allah yang dapat menentukannya...:)

    ReplyDelete
  3. Maka selayaknya CINTA Allah itu lebih dikejar daripada cinta sesama makhluk!...

    tapiiiiiiiiiiiii...jgn berumah ditepi pantai jika takut dipukul ombak...
    jangan mudah jatuh cinta, klu takut akan kecewa.. :)

    ReplyDelete
  4. hrp sgt smoga cinta yg dibina dgn tunang skrg diredhai Allah SWT =)

    ReplyDelete
  5. nice dear tentang CINTA..benar cari la cinta dgn-Nya terlebih dahulu pasti cinta sesama manusia akn hadir ~~ CINTA ALLAH cinta hakiki...
    CINTA MANUSIA cinta sementara

    ReplyDelete
  6. Cinta mmg indah kalu kena gayanya..

    ReplyDelete
  7. cinta sesuatu krana Allah..
    Terasa diri ni serba kekurangan...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com