Ticker

6/recent/ticker-posts

Hidup Ini Dalam Tangan DIA

Life is in Allah's hand ~gambar dari link dalam gambar

Hujan lagi.

Kat luar nun. Hujung-hujung tahun macam ni, mesti hujan kan. Dah namanya musim tengkujuh da datang. So, aktiviti-aktiviti dekat dengan air terpaksa dikurangkan. Mana yang nak ke pantai, ke sungai, ke laut - kena la berhati-hati sikit, sebab air cepat naik bila musim-musim macam ni.

Bila time hujung tahun macam ni, mesti aktiviti pakcik-pakcik nelayan pun turut terkesan. Ye lah, musim air naik sangat berbahaya untuk turun ke laut. Dalam berita pun, pemberita akan siap bagi amaran bahaya kepada bot-bot kecil. Tapi kalau terdesak jugak nak cari rezeki halal untuk keluarga, terpaksa jugak diorang bersabung nyawa.

Dengan berpegang pada kata-kata...

Ajal dan maut itu dalam tangan Allah

Ya, hidup kita sepenuhnya dalam susunan Allah. Ajal, maut, jodoh, kerjaya, akademik, dunia dan akhirat kita, semuanya dalam tangan Allah. Telah tertulis di Loh Mahfuz segalanya yang akan berlaku pada kita sekarang dan pada masa akan datang. Orang kata, takdir Allah menentukan segalanya.

Takdir Allah bila-bila pun nyawa kita akan diambil semula, tak kira la atas bot ke, tengah-tengah laut ke, dalam sungai ke...yang duk kat rumah saja pun, kalau Allah nak, Dia akan cabut nyawa kita time tu jugak. Cumanya...

CUMANYA!

Allah bagi kita pilihan untuk mengambil segala langkah berjaga-jaga bagi menjauhkan diri kita dari bahaya yang boleh meragut nyawa. Sama macam orang sakit, Allah nak kita berusaha untuk sembuh, kan? Dalam hidup kita pun ada begitu banyak pilihan. Siapa yang tentukan? Kita sendiri! Orang lain hanya mampu melihat dan memberi pandangan, tapi kita lah yang akan mencorakkannya macam mana.

Jadi, gunakan akal kurniaan Allah tu untuk pilih mana yang terbaik dalam hidup kita!

Post a Comment

15 Comments

  1. hurm lau idup d tgn manusia
    punahla manusia

    ReplyDelete
  2. camne kalau akal letak kat lutut? hehe!

    ReplyDelete
  3. mmg nyawa tu milik allah..tapi body kit atu pinjaman..takkan nak hamntor dlm keadaan tak tentu arah

    ReplyDelete
  4. setuju! kalau Dia nak tarik nafas sekarang kita xmampu nak halang. lakukn ibadah sebaiknya

    ReplyDelete
  5. salam maal hijrah buat sunnah.,

    dik, kak sentiasa mendoakan y terbaik buat kamu,.,

    ReplyDelete
  6. live well or live hell, u choose...Hlovate

    ReplyDelete
  7. kat bangi ni pun hujan jer. nak ngadap buku terus terbantut..sedap tido bila hujan hujan ni..hehehe =D


    ajal maut ditanganNYA. bersyukurlah kita diberi nikmat untuk merasa kehidupan didunia =)

    ReplyDelete
  8. pergi mane2 sentiase ingt ALLAH..sebab ajal maut kite xtau bile kn..hurm..

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum sunah...betul tu ajal maut semuanya ditangan Allah moga kita dpt melakukn perkara yg baik dimuka bumi ini dan ketika nyawa masih dibadan....:)

    ReplyDelete
  10. perkongsian entry yg berguna..kita yg membuat pilihan sendiri dan tanggung akibatnya..pilihlah jalan yg benar yg disuruh dlm agama islam

    ReplyDelete
  11. betol.. ajal,maut, jodoh, pertemuan semuanya di tangan Tuhan.

    Tapi kalau air sungai besar dan deras, sy memang tak seberang.. rela duduk terperuk kat pulau ni..
    errr..

    ReplyDelete
  12. berhati-hatilah semasa musim tengkujuh ni!!...

    ReplyDelete
  13. pandai-pandailah kita buat pilihan yang terbaik...

    ReplyDelete
  14. yup.. erm akak pn sntiasa on call skng,cuti dibekukan sbb standby utk bencana alam.... apa yg berlaku itu takdirnye... tp kta diberi akal utk berikhtiar,guna akal fikiran sebaik mgkin

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com