Ticker

6/recent/ticker-posts

Hadith Palsu Tentang Doa Akhir dan Awal Tahun Hijrah

Mohon baca dengan teliti dari awal sampai akhir, kerana saya takut kamu terlepas pandang bila baca terlalu cepat.

***

Beberapa minggu yang lalu...

Adik Syafiq Ahadin ada meminta pendapat saya tentang doa akhir dan awal tahun, sebagai respon untuk entrinya yang bertajuk Hadith Palsu Popular #6. Adik ni buat ulasan dari buku kumpulan 40 Hadis Palsu Popular tulisan Abdul Razak Muthalib. Salah satu hadith palsu dalam buku tersebut adalah...

Hadis 10 - Membaca Doa Awal dan Akhir Tahun

Ni tiada hadis, tapi kena ulas seja. O yeah!

Dalam buku kecik Majmuk Syarif yang banyak tersebar dalam kalangan masyarakat kita, disebutkan pasal kelebihan membaca doa awal dan akhir tahun untuk tahun hijrah. Malang tidak berbau sekali, amalan dan kelebihan tidak bersumberkan hadis sahih dan palsu.

Dinyatakan dalam buku tersebut.
"Inilah doa akhir tahun iaitu hendaklah dibaca 3 kali pad akhir waktu Asar 29 atau 30 Zulhijjah. Siapa yang membaca doa ini pada waktu tersebut, syaitan berkata: "Susah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku pada setahun ini kerana dibinasakan dengan satu saat akibat membaca doa-doa ini, maka Allah mengampunkan semua dosanya." Sambung baca di SINI

***

Berapa ramai da baca doa semalam? Berapa ramai juga yang share tentang doa akhir dan awal tahun? Ramai kannnn? Merata-rata di dunia blog berkongsi tentang doa akhir dan awal tahun Hijrah. Alhamdulillah...

Maka, ramai jugak ke yang buat amalan sia-sia sebab hadithnya palsu?

Hurmmm... Pandangan saya sendiri, dan berdasarkan dari pengetahuan yang diperolehi dari kuliah-kuliah ilmu, membaca doa tu tak salah, jika dengannya kita berniat untuk mendekatkan diri kepada Allah. Yang salahnya adalah bila kita berpegang pada fadhilat doa tersebut, yang mana dengan doa tersebut terjamin sudah dosa kita untuk tahun lepas telah diampunkan kesemuanya oleh Allah. Dan untuk tahun yang mendatang, sudah tersedia pula dua malaikat yang sentiasa memelihara dari fitnah syaitan kerana membaca doa ini.

Hati manusia ini milik Allah selamanya, dan Dia lah yang memegang hati kita serta membolak-balikkannya mengikut kehendakNya. Hati dan iman manusia mudah goyah, hanya yang kuat berusaha untuk mendekatkan hatinya kepada Allah saja yang mampu bertahan dengan godaan nafsu dan hasutan syaitan. Jadi kita tak boleh nak bergantung kepada doa semata-mata tanpa berusaha untuk menjauhkan diri dari bisikan syaitan yang durjana.

Senjata mukmin - berdoa tu amalan sunat, buatlah setiap hari, bukan sekadar di akhir dan awal tahun Hijrah sahaja. Dan berdoalah ikhlas untuk mendapatkan keredhaan Allah, tanpa berpegang kepada fadhilat doa tersebut yang tidak kita pasti asal-usul sanadnya.

Boleh juga rujuk tulisan Dr. MAZA kat Soalan Sempena Sambutan Tahun Hijrah : Minda Tajdid – Himpunan Fatwa untuk tengok pandangannya pula.

Wallahua'lam.

Betulkan saya kalau saya tersilap di sini. Mungkin ada pendapat lain yang lebih kuat. Silakan berkongsi di ruangan komen supaya yang lain boleh turut membacanya.

Salam Maal Hijrah buat semua... Moga tahun baru Hijrah membuka lembaran baru yang lebih baik buat kita semua... Insya'Allah.

Post a Comment

23 Comments

  1. xde istillah amalan sia-sia untuk berdOa. sambutan membaca doa akhir tahun dan awal tahun nie jugak diakukan saban tahun mengikut negeri masing.

    tp mmg tdk dinafikan ade gOlOngan yg menOlak amalan nie.

    salam maal hijrah.

    ReplyDelete
  2. Oooo, macam tu.. Semalam ramai kawan2 yag tag gambar doa2 awal dan akhir tahun ni... Mohon share yaa... Nak link kan FB saya. Thanx

    ReplyDelete
  3. doa itu senjata orang islam...bila-bila masa boleh berdoa..

    ReplyDelete
  4. doa itu senjata orang islam...bila-bila masa boleh berdoa..

    ReplyDelete
  5. nad pon baca jugak doanya......huhu...

    Salam Maal Hijrah buat Sunah... :)

    ReplyDelete
  6. begitu kah
    emm3
    bace jugak semlm
    tapi dgn niat yg berbeza, supaya lbh bersemngat utk jadi yg terbaik di tahun ini :)

    salam maal hijrah kak!

    ReplyDelete
  7. pd pendapat sy, ia satu amalan yg tdk slh... cuma jgnlah berpegang pd fadhilat hadith tu... jika kita teliti ayat2 dlm doa tu, tkde satu ayat pun yg menyeleweng atau menyalahi akidah... sekurang2nya orang awami ada pilihan apakah yg blh mrk lakukan sbg menyambut kedatangan thn bru islam...

    takkan nak sambut ikut cara thn bru masihi gak kan... mmgla berdoa tu bila2 pun blh... so, bila tiba thn bru islam, kita tak payah buat apa2lah... mcm ketika sambutan thn baru 1431, ketika tu dr ptg ke maghrib ada perlawanan akhir bola sepak sukan sea ke-25 antara malaysia dan laos. ramai yg sibuk terpekik terlolong menonton perlawanan tu... sbb mungkin bg mrk tkpelah, bila2 pun blh berdoa... thn bru islam je kan bkn thn bru masehi?

    umat islam bukan semuanya merupakan muslim yg sejati... kdg2 mrk tdk biasa apakah amalan baik yg blh dilakukan dlm kehidupan mrk selain amalan fardhu. cthnya mcm amalan membaca yaasin... ada yg tdk membenarkannya... jd masy akan keliru... mmglah bc surah lain pun blh, tp bc surah yaasin tu salah ke? sy sendiri di sekolah setiap jumaat membawa bdk2 membaca yaasin... apabila dh selalu bc, mrk yg tdk mahir pun belajar sama...

    lg satu, rasany masy kita ramai gak yg dh terbuka minda ttg kepalsuan fadhilat hadith ni... mrk dh sedar takkan dgn melakukan satu perkara je, sume dosa dh dihapuskan... sbnrny seumur hidup sy ni mmg sy ada mengamalkan doa akhir dan awal thn ni.... tp ni bru kali pertama sy terbaca ttg fadhilatny... sbb sblm ni mmg dok bc sbb menyangka ia amalan baik yg blh dilakukan sbg menyambut kedatangan thn bru islam, tk pernah tau pun ttg fadhilatnya... kat wall sy pun tk perasan plak ada yg post ttg fadhilat tu, post ttg doa adalah...

    walllahu a'lam... yg baik itu dtg dr allah :) just my 2 cents yg byk slh n khilaf...

    ReplyDelete
  8. Berdoa itu tidak salah dan digalakkan didalam Islam. Dengan solat adanya doa, dengan doa adanya amalan yang mendekatkan diri kita kepada Allah. Doa boleh dipelbagaikan asal ianya dari hati yang ikhlas meminta pertolongan dari Allah. Sepengetahuan aku, doa yang diharamkan dan menjadi dosa jika kita berdoa adalah apabla kita mendoakan sesuatu bencana, yang buruk2 kepada seseorang atau apa pun. Dan yang kedua doa kita diselangi antara Allah dengan sesuatu yang berunsur mistik. Itu diharamkan malah berdosa besar. Selagi doa kita kepada arah kebaikan dan tidak menyeleweng meminta dari Allah, selagi tue la kita boleh berdoa. Selalu yang kita baca adalah tafsiran bacaan doa. Wallahualam. Sekadar berkongsi apa yang aku dengar melalui ceramah.

    ReplyDelete
  9. owh! thanks sunah 4 sharing this info! huhu~

    ReplyDelete
  10. berdoa itu adalah perkara yang sentiasa kita lakukan, digalakkan lagi.

    ReplyDelete
  11. ayah sy ajar sy baca doa ni sejak kecik.. tp tak pernah plak sy tau fadhilat2nya.. ayah sy sindri ckp ada yg kata bidaah.. tp bkn semua bidaah dholalah.. pendek kata, baca doa tu tak salah.. cuma jgn berpegang dgn fadhilat tu ja..

    samala dgn solat tarawikh.. solat tarawikh 20rakaat tak salah.. tp jgn berpegang pd fadhilat palsu dia je..

    berdoa mmg kena hari2.. tp bagi saya, apasalahnya kita khususkan doa tersebut pada tarikh yg penting. Kita mintak doa supaya smoga tahun ini lebih baik drp sebelumnya..

    Sama mcm kwn2 kita doa khusus utk kita sempena hari lahir.. smoga pnjg umur.. ada diorg doa kt kita hari2 smoga pnjg umur? Sama mcm kita doa khusus sempena nak ambil exam SPM or final exam.. Kita mintak straight A or 4flat..

    dgn adanya doa mcm tu juga, kita dpt mengajak org ramai yg mgkin slalu lalai dan lupa berdoa utk berdoa dan kmudiaannya berhijrah perangainya.. Lagipun, tahun baru hijrah diperkenalkan slps Nabi wafat. Mmglah Nabi takkan buat.

    tak ada doa yg sia2.. Allah sendiri suka kita berdoa dan mintak apa saja kt Dia. Yg sia2nya adalah org yg lgsg tak berdoa.. lgsg tak ingat maal Hijrah.. yg diorg ingat, tahun baru KAFIR. yg diorg tahu, online facebook 24jam..

    wallahu'alam..

    ReplyDelete
  12. salam adik sunah

    mmg doa ni nabi pun tak buat. dan akak mulanya terkejut masa dtg sini tiada sambutan spt kat negara kita.rupanya org arab hny buat apa yg nabi buat.

    pd akak itu bkn sia2 dan tak salah.nak berdoa dan meminta kepada Allah tak jd salah pun, malah Allah akan lbh sayang kita bila kita berdamping selalu dgnNya.cuma jgn fikir ia satu kemestian dan jgn hanya menghkususkan sesuatu masa saja utk berdoa.berdoa tak kira masa. Allah sentiasa mendengar doa kita tak kira bila pun. jgn pula ada yg rasa berdosa berdoa semalam ye. tak salah pun.

    ReplyDelete
  13. rsnya tak salah....cuma jangan hanya tau berdoa tapi tak lakukan amalan2 yang wajib lain. mcm tu jugak dengan fadhilat2 yang lain.....

    ReplyDelete
  14. Thanks for the info, akak sunah. Salam maal hijrah~

    ReplyDelete
  15. mungkin ada banyak pandangan tentangnya..hmm, rasanya berdoa tak salah....takkan doa pun palsu -___-''

    ReplyDelete
  16. doa ini xsalah..dan jika perkara ini baik dilakukan dalam masyarakat, bail dteruskan...dan bg saya, ia menampak islam itu indah,..menyambut tahun baru dengan doa..tidak seperti masyarakat kita sekarang yang menyambut 1 januari dengan konssrt dan terlompat sana sini..ikut budaya barat...!!!

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum sunah...InsyaAllah semoga azam tahun baru nanti lebih bermaknakn...:)

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com