Ilmu kita baru setitis dari ilmu Allah... ~ Gambar dari SINI |
Pernahkah kamu rasa kering idea untuk menulis?
Saya percaya semuanya pernah rasa buntu untuk mengupdate entri ape pulak bila menghadap blog kali ni. Tambah-tambah lagi blog jenis peribadi dan tak bergantung kepada SEO, sudah tentu idea semakin lama semakin kering dan tandus. Kadang-kadang entri pun ditaip dengan idea yang dipaksa-paksa lalu terhasillah entri yang cukup makan aje, takde feeeeeel bak kata otai-otai blogger.
Sebenarnya kannn, tu lah bukti bahawa ilmu yang kita ada ni hanya sedikit aje berbanding ilmu Allah. Macam setitis air aje yang menitik atas lautan dunia yang teramatlah luas. Bahkan, kalau nak dihitung dengan ilmu Allah, tak cukup satu lautan tu untuk digunakan menulis kalimah-kalimahNya.
Selama kita hidup dari kecik sampai la kita besar sekarang ni, agak-agak da berapa banyak ilmu yang kita kutip? Bandingkan diri kita yang dulu dengan yang sekarang ni. Adakah ilmu kita semakin bertambah atau semakin berkurang? Ehhhhh, ade ke ilmu yang berkurang? Rasanya takde ilmu yang berkurang. Semakin hari, ilmu kita semakin bertambah sebab setiap hari kita akan jumpa benda baru. Cumanya ilmu yang banyak tu, macam pedang adik samurai champlo, akan jadi tumpul kalau tak diasah.
Maksudnya?
Ilmu tanpa amal ibarat pokok tak berbuah. Takde hasil dari ilmu yang kita kutip dari merata tempat tu. Sebab takde beza diri kita yang dulu dengan yang sekarang ni. Sepatutnya dengan segala ilmu yang kita dapat, kita jadi insan yang lebih baik. Beruntunglah orang-orang zaman sekarang ni bila mana ilmu tu boleh dapat kat ujung jejari runcing aje. Klik sana-sini boleh dapat ilmu. Cuma kena pandai pilih aje takut salah ilmu, tersilap amal, terpesong akidah. Naudzubillah.
Maka, renunglah ke dalam diri, cuba nilaikan ilmu yang Allah da kongsikan pada kita, dan beramallah dengannya...
Dan Allah Maha Mengetahui...
14 Comments
Erm cepat je kring lau xamlkn
ReplyDeleteada sesetengah mengatakan letih nak belajar tinggi2 atau sambung belajar..itu tak apa lagi sebab ilmu ni boleh cari kat mana2 walaupun hanya mengutip sampah & mendengar nasihat org..
ReplyDeletebila usia meningkat ni, sy perasan, ilmu yg kita ada tulah yg bakal menguji kita..apakah kita mampu menangani segala mslh yg timbul dgn bijaksana?
jika kita buat silap, ilmu yg kita ada mampu membuatkan kita bangkit kembali..begitu juga jika ilmu tu dikongsi dgn org..
walaupun sy tidak suka mengajar( tanda suka makin ada), tp sy suka bercerita dgn insan yg sy kenal..alhamdulillah, membantu serba sedikit..dan makin tinggi ilmu,makin org nak tahu lebih lanjut dari kita..sy memang melaluinya skrg ni..
seperti pesan baginda Nabi Muhammad saw,"sampaikanlah dariku walau satu ayat"
tumpang lalu ye akak bunga jepun
ReplyDeletesetitis je kan
ReplyDeleteemm3
sungguh banyak lagi isi bumi belom ditemui..
slalu je eyqa kering idea.. cetek benar ilmunye.... huhu..
ReplyDeletesyg kak sunah jugak~~!!!
kak, lagu tu "jangan bertengkar lagi" kangen band.. :)
tuntutlah ilmu selagi kita mampu kan? kerana ilmu Allah itu tak terhitung..
ReplyDeletepernah gak kering idea ni.. hee
ReplyDeletekena rjinkan otak untuk berfikir la kan.. ;)
jom singgah ke blog, nk mintak pndapt ckit..
benar....
ReplyDeleteassalamualaikum sunah...betul tu kalau hanya setitis mmg cpt jer keringnya kn...
ReplyDeletetuntutlah ilmu hingga sampai ke negeri china...:)
selalu kekeringan idea..hehe
ReplyDeletekadang2 rasa penat nak update,tak tahu nak merepek apa lagi sis..heheee
ReplyDeleteada ilmu,kita kongsi2kan..biar dia membiak dan terus membiak..siapa yang senang???
btol tue kak..
ReplyDeletesemoga ilmu yg kte dpt dimanfaatkn ke jalan yg benar..
semakin dicari ilmu semakin rasa tak tahu
ReplyDeleteerm...klo ckp psl ilmu, semakin kte belajar, semkin kta rasa diri kta ni lemah.. xtau pape,,jadi berusahalah kte mempelajari segala ilmu yg wajib/yg baik dan jauhilah ilmu yg memudaratkan agama kte..
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com