Nak kongsikan gak entri yang blogger Amal kongsikan kat blog dia, ditambah dengan video sesi soal jawab dengan Ustaz Azhar Idrus. Moga bermanfaat.
Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?
Jawapan
Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.
Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."
"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.
Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.
Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.
Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?
Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?
Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.
Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?
Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.
Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.
Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.
Sekiranya kita memang betul-betul sudah menjadi tunangan orang, bacalah artikel 'Disiplin Islam Dalam Pertunangan' dan 'Bagaimana Bercouple Cara Islam?'
Sumber: ILuvIslam
21 Comments
kena ingat balik nie....ada x yang pernah suarakan begini dengan akak
ReplyDeletehmmm... bertunang tanpa sedar, ramai yg masih tak faham erti pertunangan yg sebenarnya...pertunangan tu bukan diatas menghantar rombongan semata-mata
ReplyDeletepelangi aku baru je tanya sal hal ni..
ReplyDeleteOhhhh ada gak pernah terbaca sebelum nie :)
ReplyDeleteitu pun dikira bertunang ek...klu lelaki tu memain pun kira bertunang gak la kan...buat mereka yg sedang berpacaran sila berhati2
ReplyDeleteYu da tunang kn errr
ReplyDeletezaman skrang tak ada cincin tak sah kan?
ReplyDeletetapi sebagai tanda mmg betul
Wah..rupanya aku dah jadi tunang orang lagi awal dari tarikh aku bertunang!. rupanya saat aku melamar kt cafe tue dah jd tunang..huhuhu
ReplyDeletehehe..saje2 sbb sukaaaaa ^.^
ReplyDeletehoho. klu mcm tu ramai sgt dh kawan korie yg bertunang dri segi syarak
ReplyDeleteni yg nak tunang nie..hee~~~
ReplyDeleteelok baca info ni.terutama yang masih muda,tapi yag mcm akak pun lagi kena faham. untuk anak cucu.. sebab tu,kata-kata tak boleh buat main2 ye..
ReplyDeletebende ni memang pon..penah dengar ustaz cakap dulu..yg pinang mak ayah pegi rumah si perempuan tu satu adat kita je...cukup sekdar melafaz ak nak jadikan kau isteri.. dah kire tunang dah walaupon takde kenduri2 ke ape ke :)
ReplyDeletebertunang tanpa sedar..
ReplyDeleteakak pernah dengar juga pasal ni sunah, tapi zaman sekarang ni untuk mengesahkan pertunangan mesti ada perjumpa ahli keluarga juga menyrung cincin mengikut adat
ReplyDeletenow ske2 je nk wt engaged ngn bf kan..pdhal tak tau bnde tu serius hihihi
ReplyDeleteoo mkne nya dah penah bertunang tnpa sedar ni.. tapi dah putus , so dah putus tunang la kan.. huhu..
ReplyDeleteramai yg tak tau dan tak sedar.akak pun tau masa ustaz bg tau masa mula2 masuk uitm dulu.klu tak...mmg tak tau.huhu
ReplyDeleteAs salam Sunah :)
ReplyDeletececepat lah angah..
ReplyDeletesalam sunah....pada semua anak2 perempuan mama yg dah baca n3 ni bersedialah yer mana tahu esok lusa anda pula yg akan dilamar...:)
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com