I Hate Politics by ~Gallade100 on deviantART |
Makan lewat malam...
Tak baik untuk kesihatan, tapi sebiji burger dah selamat masuk dalam perut. Alhamdulillah.
Ops, bukan nak cakap pasal burger yang sedap tu, tapi terfikir sesuatu. Beberapa hari lepas berborak dengan housemate pasal satu page kat FB ni. Bagus orang yang buat page ni. Itu pun saya tau daripada entri blogger Solihin Zubir.
Page 50 Ahli Politik Malaysia Paling Berpengaruh. Kat dalam tu, kamu-kamu boleh Like ahli politik mana yang kamu-kamu rasa paling berpengaruh kat Malaysia. Ada ramai ahli politik dalam tu termasuklah Najib, Mahathir, Nik Aziz, Anwar Ibrahim, Pak Lah, Karpal Singh, Nurul Izzah, dan ramai lagiiii. Yang lama-lama pun ade. Kalo nak tau lebih lanjut pasal kajian ni boleh baca entri Solihin ye.
Ok, ok...ape yang jadi bualan kami masa tu adalah betapa ramainya orang menge'Like' gambar-gambar kat page tu. Dari gaya komen dan pandangan yang diberikan kat mana-mana pemimpin 'yang bertanding' kat dalam tu, bolehlah dilihat bahawa diorang ni adalah dari golongan-golongan muda dan para belia. Amat mengagumkan sekali bila ramai golongan muda yang da mula berfikir tentang politik. Maksudnya diorang tak melepaskan salah satu cabang yang memang perlu difikirkan sebagai salah seorang rakyat Malaysia. Yesss, saya salute!
Cumanya...kalau golongan muda ni, maksudnya da boleh mengundi la kan bila umur da cukup. Masalahnya, dari kalangan yang begitu kencang sekali bercakap ni, bila ditanya, "da daftar ke?" Dengan selambanya menjawab, "belum...nanti-nantilah..." Mungkin kerana mereka memikirkan satu undi dari mereka tidak akan membawa apa-apa makna kepada masa depan negara. Dan kadang-kadang alasan yang diberikan adalah, "saya tak minat politik!"
Part ni yang agak mengecewakan saya.
Come on lah, tak minat politik tak bermakna kamu boleh sambil lewa melepaskan amanah untuk memilih pemimpin!
P/S: Saya cakap sal politik kali ni, ade yang marah tak?
18 Comments
terasa daku..sbb x mendaftarkan diri lg sbg pengundi..hehe
ReplyDeletekita nak mengundi tp xcukup umur lagi!
ReplyDeletexsabar rasa
shida tak minat politik...hahaha...
ReplyDeletetp still kene amik tahu pasal politik...:)
penah gak jmpe page tu...tp x like lagi..heeee
klau sy layak mendaftar awal sy daftar dh...^_^
ReplyDeletesudah daftar, parlimen ampang,...
ReplyDeletetak cukup umo hu3 tunggu setahun gi..
ReplyDeletesaya pun tak suka politik....
ReplyDeleteapa lak nak marah
ReplyDeletesy dah daftar...^^,
ReplyDeletekan, walaupun kita tak minat politik..tapi tu tanggungjawab kita utk mengundi.
ReplyDeletesalah undi, rosak masa depan :D
akak tak pernah mendaftar tapi didaftarkan secara automatik..kalau nk mengundi pun, tetap mengundi yg satu tu biarpun bukan kita yg mengundi. sebab tu kawasan yg penduduknya majoriti ramai warga atm kita dpt lihat sape pemimpinnya.tpi betul,kalaupun kta xminat berpolitik, tapi memilih pemimpin tu tanggungjwb kte.
ReplyDeletesaya sudah berdaftar
ReplyDeleteshiema tak suka politik :D
ReplyDeleteTak minat politik tak semestinya kita tak perlu mengundi untuk memilih siapa yang layak memimpin kankankan :')
ReplyDeletesalam sunah....kita sebagai rakyat Malaysia ni haruslah menunaikan tanggungjawab kita pada negara...
ReplyDeleteoleh itu pergilah mendaftar sebagai pengundi kalau dah cukup umur tu...kalau x minat politik pun kena juga pi mengundi tau...
jgn ditanya apa sumbangan negara pada kita tapi tanyalah apa sumbangan kita pada negara yg kita cintai ini...:)
walaupun tak suka politik tapi sebagai rakyat kita ada hak dan tanggungjawab untuk menentukan pemimpin mana yang sesuai memerintah Kerajaan Malaysia...
ReplyDeleteakak pun tak suka sangat baca bab2 politik ni tapi bila akak tetap mendaftar sebagai pengundi!
seronok bila mengundi ni, kita akan rasa puas hati dah jalankan tanggungjawab kita..
uhuk..akak pn tgh terharu gak nie...
ReplyDeletetq ... :)
Belum pernah miss mengundi :)
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com