his potrait by ~dep21 on deviantART |
APAKAH jenis gambar atau objek yang dibolehkan untuk diletakkan di dalam rumah? Ini kerana saya difahamkan haram mempamerkan gambar atau patung di rumah selain malaikat rahmat juga tidak akan masuk ke dalam rumah. Mohon penjelasan lanjut daripada Dr.
HAFIS,
Selangor
ISLAM melarang meletakkan patung manusia, binatang atau objek lain di rumah. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya tuan punya gambar ini akan diseksa pada hari kiamat lalu dikatakan kepadanya: ‘Hidupkan barang yang dijadikan dan sesungguhnya malaikat tidak akan masuk rumah seseorang selagi di dalamnya ada gambar (patung).’” (Hadis riwayat Bukhari)
Hanya dalam keadaan tertentu patung dibenarkan seperti yang diriwayatkan dalam hadis bahawa Jibril a.s. pernah meminta izin daripada Nabi s.a.w untuk masuk rumahnya, kemudian kata Nabi kepada Jibril: “Masuklah! Tetapi Jibril menjawab: ‘Bagaimana saya hendak masuk sedang di dalam rumahmu ada cadar dinding yang penuh gambar! Tetapi kalau kamu mahu terus menggunakannya, maka putuskanlah kepalanya atau potonglah untuk dibuat bantal atau buatlah tikar (tikar lantai). (Hadis riwayat Nasa’i dan Ibnu Hibban)
Ia hendaklah tidak sempurna sehingga tidak nampak dibesarkan dan dimuliakan. Begitu juga dengan patung mainan kanak-kanak, ia dibenarkan kerana bukan dibesar-besarkan.
Manakala lukisan benda hidup seperti manusia dan binatang tidak dibenarkan menurut hadis di atas tetapi lukisan pemandangan alam masih dibenarkan.
Gambar daripada kamera diharuskan apabila mematuhi ajaran agama dalam berpakaian dan menutup aurat. Ia juga dilihat berlainan dengan lukisan yang melakar ciptaan sendiri.
Mufti Mesir, Sheikh Muhammad Bakhit menyatakan fotografi adalah tangkapan imej kepada benda yang benar menerusi kamera. Cara itu sedikitpun tidak ada larangannya (Qardawi, 1995: 117).
Sumber: Harian Metro
23 Comments
Alaaaa gambar family...
ReplyDeletepenat juak diingatkan ttg tk. dlk.. alhamdulilah rasanya sebab bapak x suka lah tepek gambar pelik2 kar dinding umuh.. cuma nya suka hias dalam rumah ya kdk taman jak! so konfius ni laman umah dan ni ruang tamu sebenarnya.. aduh, bapak!
ReplyDeleteMenarik :)
ReplyDeleteklw gntung gmbar pmndgan,
sjuk skit mata mmndang. he2~
Visit back?
Silakan; ahsfantasy24
assalamualaikum sunah....terimakasih nice n3 ni ye...:)
ReplyDeletegood sharing
ReplyDeletelamanya tak singgah sini dan baca entry.. banyak ketinggalan nampaknya.. huhu
ReplyDeletehurmm.. kalo macam tu beli bear n potong kaki sebelah atau korek mata sebelah.. hohoo...
kat rumah aima memang mama xbagi langsung simpan benda2 macam tu.. :-)
hari tu pun ada cari sal benda ni... musykil sebab bila masuk bilik adik,, penuh dengan karikatur dia...
ReplyDelete@Tea
ReplyDeletebaca 2 perenggan last tu...
"Gambar daripada kamera diharuskan apabila mematuhi ajaran agama dalam berpakaian dan menutup aurat. Ia juga dilihat berlainan dengan lukisan yang melakar ciptaan sendiri.
Mufti Mesir, Sheikh Muhammad Bakhit menyatakan fotografi adalah tangkapan imej kepada benda yang benar menerusi kamera. Cara itu sedikitpun tidak ada larangannya (Qardawi, 1995: 117)."
kalau gambar family, diambil dari kamera dan gambar tu tak melanggar syariat agama, maka tak ada larangan untuk letak dalam rumah..yang dilarang kat sini adalah macam lukisan potret...
wallahua'alam
Baikla ustazah
ReplyDeletecube kurangkan ape y de
info yg bagus..tq =)
ReplyDeletedigalakkan letak gambo masjid
ReplyDeletenice info!
ReplyDeletethank kak...atas info yang berguna
ReplyDeletetapi style sekang..teddy tu lagi besar dari tuan
ReplyDeleteakk..thanx 4 sharing :)
ReplyDeletesay cheese!! hehe..
ReplyDeleteyg org leka, yg lupa, nak tutup aurat.. huhu..
nice sharing :)
ReplyDeletezaman skg, segala binatang dibela..beruang, burung, itik, dalam rumah tu..
ReplyDeleteemmm3
ReplyDeletebaiklah..akn menyemak keadaan rumah skrg =]
maceh kak!
Dinding hall di rumah cuma ada white board.. sampai kawan datang kata 'rumah cam surau' ;-)
ReplyDeletethanks infonya .
ReplyDeleteerm..sama jgak kalau kta gantung gambar dlm kereta/gantung patung kn?
ReplyDeletehaisyy kat umah banyak teddy anak2 buah punyaaa
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com