Ticker

6/recent/ticker-posts

Kerana Tulisan Itu...

Cant fight this feeling by *kyokosphotos on deviantART

Dalam blog...

Kita menulis dan terus menulis. Kita menulis untuk berkongsi rasa. Kita menulis untuk merekodkan aktiviti seharian. Kadang-kadang kita menulis untuk menyampaikan pesan. Kadang-kadang kita juga menulis untuk menegur manusia.

Kita menulis untuk semua membaca. Biar semua yang membaca faham maksud tulisan kita. Mungkin dalam pesan dan teguran ada jiwa yang terasa. Mungkin dalam ayat-ayat yang biasa ada yang tersentuh. Mungkin dalam kata-kata yang sinis ada hati yang tercalar. Mungkin juga dalam perenggan-perenggan yang singkat ada akal yang mula berfikir.

Jika dalam ayat-ayat teguran ada hati yang rasa ditegur, jika dalam kata-kata sinis ada hati yang rasa "oh, akulah orangnya!", jika dalam perenggan-perenggan yang singkat ada akal yang sudah lama termendap tiba-tiba berfungsi dan berfikir, alhamdulillah. Tulisan akhirnya mampu menjadi antara sekecil usaha untuk menegur hati-hati yang selama ini keras seperti batu.

Dan tentu saja ada yang berjauh hati dan menjauh pergi, sekalung maaf diucapkan jika saya yang bersalah...

Malah di luar blog juga begitu...

Post a Comment

18 Comments

  1. betul tu angah...setuju...maaf juga andai ada salah silap dlm berbicara melalui keyboard ini semasa menulis di blog..

    ReplyDelete
  2. hmm btul tu..kata2 kita bisa menjadi penawar..dan bisa juga menghiris bagaikan pedang..

    ReplyDelete
  3. salam sunah...kata2 itu penambat jiwa yg membacanya moga segala cite dlm blog ini akan terus memberikan ilham yg istimewa pada semua pembaca...:)

    p/s sentiasalah kita bermaaf2an atas segalanya...

    ReplyDelete
  4. emm..betul tu kak sunah
    sama la kite
    mimi pon nak minta maaf juga =]

    ReplyDelete
  5. hermm,,kdg2 kita tk perasan apa penerimaan org kan,,klu ada yg berterus terg kritik kdgkala perlu juga andainya membina ,,,kannn

    ReplyDelete
  6. apabila kte membaca sebuah penulisan 1000 rasa kte merasai~~ namun bila kte menulis kdgkala terlupa pd mereka yg terasa~~ namun ingt dgn menulis kte byk melahirkan pndgn2 mahupn krtikn yg membina utk membangunkn org yg membacanya...Insya-Allah..

    ReplyDelete
  7. moga setiap tulisan dapat memberi manfaat kpd diri snirik n kpd org lain.. =D

    ReplyDelete
  8. dalam menulis juga,kita perlu ada etika dan adabnya

    ReplyDelete
  9. kekadang secara tak sengaja buat owg terasakan..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com