Ticker

6/recent/ticker-posts

Esok PMR Kan? Saya Pun...

exam- by ~M-E-S-H-O on deviantART

Teringat zaman sekolah dulu-dulu.

Nak dekat dengan PMR, eh bukan! Beberapa bulan sebelum PMR tu, ada satu benda yang takleh lupa berlaku kat sekolah. Kenangan yang takkan lupa sampai sekarang, dan mungkin juga sampai bila-bila. Sebab benda yang berlaku tu sedikit sebanyak mempengaruhi saya dan rakan-rakan yang lain. Ha...ape yang berlaku tu? Jeng jeng jeng!

Beberapa bulan sebelum PMR, jam 3 pagi. Mak kejutkan saya bangun dari tido.

"Bangun, bangun... Sekolah terbakar."

Erkkkkk! Bukan penipuan okeh, ini kenyataan. Sekolah saya terbakar. Dan saya sendiri bangun tengok keadaan sekolah dinihari tu. Kalo dari rumah pun, dah leh nampak dah api yang menjulang. Tengok depan-depan lagilah. Berkali-kali tong gas kat makmal meletup, api pulak bertambah marak dengan pemangkin daripada buku-buku library yang beratus-ratus lemon. Perasaan masa tu? Terkedu.

Pagi tu, saya dah pasti sekolah akan cuti. Tapi saya datang juga dengan pakaian biasa. Nak jumpa kawan-kawan dan bersoksek-soksek tentang kejadian yang berlaku. Kawan-kawan baik saya, yang dari tempat jauh, tentulah datang dengan berbaju sekolah sambil terlopong tengok sekolah dah takde. Yang tinggal hanyalah berek guru kat belakang, pondok menanti dan juga blok sekolah yang paling hadapan. Kat situ kelas saya. Masa tu sekolah menengah saya bergabung dengan sekolah rendah. Sekolah rendah tu memang da takde la, hangus semuanya. Kesian semua orang, terkejut tengok.

Beberapa hari lepas tu, pengetua buat perhimpunan. Diputuskan yang kami pelajar tingkatan tiga akan terus menetap kat sini, kononnya bila sekolah terbakar, semangat untuk duduk exam PMR tu terbakar jugak sampai berkobar-kobar. Erk! Sementara yang lain duk menumpang kat sekolah lain dulu. Maka kami yang senior ni teruslah belajar kat sini, kadang-kadang duk kat pondok menanti tu aje belajarnya. Open air. Kelas pagi kat situ, bengkel kat situ, extra-class petang pun kat situ. Study group pun kat situ gak. Perghhh!

Dan akhirnya, bila tiba musim PMR, kami exam kat blok sekolah yang tinggal tu. Eh, ye ke? Tak berapa ingat yang tu. Mungkin jugak menumpang kat sekolah lain. Takpe lerr. Dan bila tiba time amek result, semua duk pelik tengok bahagian kerja kursus.

"Dikecualikan daripada kerja kursus"

Whoooaaaaa! Penat tau buat rak kayu kuar bunyi lagu-lagu!!! *Nyatanya banyak cik abang mata sepet yang tolong saya buat litar elektrik yang ada IC untuk muzik tu...ohhhh, ramai kan peminat saya! Sila muntah hijau!* Last-last bawak balik jugak jadi rak kaset kat rumah. Bunyi da tak kuar dah sebab dah habis bateri.

Oh, sweetnya kenangan ni!

Untuk yang bakal amek PMR esok, all the best ye kamu! Kalo nak jadikan ni karangan Bahasa Melayu nanti pun boleh jugak, kot-kot soklan keluar ade kaitan kan. Ops, ni bukan soalan bocor. Sekian~

Post a Comment

19 Comments

  1. pengalaman yang tak dapat dijual-beli..=)

    ReplyDelete
  2. pengalaman tu jarang ada dekat orang lain..^_^

    ReplyDelete
  3. kikiki
    maceh akak (adik ime yg jawab ni...hehe)

    ReplyDelete
  4. hehehe terbaik lah slip keputusan tu, xsume org ade...

    ReplyDelete
  5. salam sunah...cian nyer....anak mama pun PMR esok doa2kn yer...:)

    ReplyDelete
  6. kenangan lain dr yg lain ni..hehe..kenangan masa sekolah pling best ble banjir ms kelas tmbhn cuti hujung thn form 4..

    ReplyDelete
  7. klaka pun ade kecian pun ade...sweet memori ke ape nih....


    masa nak dekat exam mcm2 dugaan datang tp berkat usaha,doa dan tawakal alhamdulillah...Allah membalasnya dengan kejayaan

    ReplyDelete
  8. wahh untungnye dikecualikan daripada kerja kursus..hehe
    priceless punye kenangan tu kan sakura?? :)


    luv,
    cik ana.

    ReplyDelete
  9. huhuhu..ade hugak camtu?huhuhu..lain dari yang lain..

    ReplyDelete
  10. yup, kita ambik exam kat kls kls yg sik trbakar ya. hoho. berkat dpt straight A.

    ReplyDelete
  11. kalau akak mesti dah takde mood nak exam...huhuhuuu

    ReplyDelete
  12. seronok time nak PMR tu, wlpn keputusan sya x brp best tp tetap seronok

    ReplyDelete
  13. Yu pon cm cine
    tu die tlg

    tkr header?

    ReplyDelete
  14. pstu2..resultnya brpe?

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com