Ticker

6/recent/ticker-posts

Eh, Ustazah! : Wali Nikah

Hari ni ustazah penat sangat. Baru je selesai urusan majlis sepupu ustazah, Wan Kembong, yang selamat nikah dengan Riana. Dalam duk rehat-rehat tu, ustazah berborak-borak dengan kawan-kawan yang datang membantu kelancaran majlis tu. Antara yang ada tu kawan-kawan Wan Kembong dengan Riana juga.

Adawiyah: Ustazah, saya nak tanya sesuatu lah. Ermmm...

Salbani: Ha, ape la tu agaknya...

Ustazah: Ish kamu ni Ben, Ada tak sempat tanya lagi pun...

Lisa: Ha'ah la abang ni. Tunggu la dulu kak Ada tanya soklan~ Ish ish ish...

Ustazah: Haa, Ada...ape yang buat kamu tertanya-tanya tu?

Adawiyah: Ermmm...saya pernah dengar dalam usrah beberapa hari lepas, tentang wali nikah. Kalo wali tu fasiq, nikah tu tak sah. Betul ke ustazah?

Ustazah: Owhhh...tentang ni ye... Kalo ikut Mazhab Syafi'e dan Hanbali, wali fasiq ni tak sah jadi wali nikah. Sebab Rasulullah s.a.w pernah bersabda...


Salbani: Wali yang adil? Macam mana dikira wali tu adil?

Ustazah: Wali yang adil berpegang teguh pada ajaran agama Islam, menunaikan kewajipan dalam agama, mencegah dirinya dari buat dosa-dosa besar macam zina, minum arak, menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa dan sebagainya, serta berusaha untuk tak buat dosa-dosa kecil.

Lisa: Owhhh...kenapa kena wali yang adil, ustazah?

Ustazah: Bila wali ni adil, dia dianggap bertanggungjawab dari segi kehendak agama bila nak menilai bakal suami perempuan yang akan berkahwin. Cer bayangkan kalo wali ni fasiq, ape jadi?

Adawiyah: Sedangkan diri sendiri pun tak terjaga agamanya, macam mana dia nak bertanggungjawab ke atas orang lain...

Ustazah: Alhamdulillah...betul tu!

Salbani: Habis tu, ustazah... Tak sah la nikah kalo berwalikan orang yang fasiq. Kena carik wali yang adil la ye, walopun bukan ayah sendiri?

Ustazah: Aha, usahalah carik wali yang adil. Tapi sebenarnya sebahagian besar ulama-ulama Mutaakhirin dalam Mazhab Syafi’e macam Imam Al-Ghazali, Imam Nawawi dan sebagainya, ade keluarkan fatwa bahawa sah wali fasiq menjadi wali, dengan syarat selepas beristighfar.

Lisa: Astaghfirullahal'azim...kena sebut dengan seikhlas hati lah kan...

Ustazah: Yup, Imam Ghazali pun ade pesan supaya wali meneliti tingkahlaku calon suami, supaya tak mengahwinkan seorang perempuan tu dengan lelaki yang buruk budi pekerti atau lemah agamanya atau tak sekufu dengan kedudukan perempuan tu.

Adawiyah: Ape jadi kalo wali tu kahwinkan jugak???

Ustazah: Kalo dia kahwinkan seorang perempuan dengan lelaki yang fasiq atau lemah agamanya, dia dah melanggar perintah agama sebab cuai dalam perhubungan tali kerabat. Allah akan murka.

Salbani: Naudzubillah...moga kita dijauhkan dari kemurkaan Allah s.w.t.

Ustazah: Ameen...insya'Allah...sama-samalah kita muhasabah diri, bukan setakat wali saje, malah kita takut diri kita sendiri tergolong dalam mereka yang fasiq.

Lisa: Naudzubillah...

Adawiyah: Terima kasih ustazah... Sekarang baru faham...

Ustazah: Alhamdulillah...


Berhati-hatilah dalam urusan seharian kita. Dengan masalah sosial yang semakin bermaharajalela sekarang, tidak mustahil puncanya adalah dari akad nikah yang tidak sah. Tegakkanlah agama dalam diri kamu, insya'Allah tertegaklah Islam di muka bumi.

Post a Comment

19 Comments

  1. mendoakan nadh tak jadi macam tu. semua yang dalam dunia menjauhi perbuatan yang membawa kepada fasik ni. T.T

    ReplyDelete
  2. ada juga ibubapa yg dah bercerai, si bapa tak mahu mewalikan anak perempuannya... kesian pada anak2..

    ReplyDelete
  3. hehe..kali ni En Salbani jadi watak2

    ReplyDelete
  4. thanks for sharing.. ilmu yang sangat berguna :)

    ReplyDelete
  5. oh mcm tu rupanya..
    tq akak sbb kongsi info ni ;]

    ReplyDelete
  6. lpas ni.. kna lbih teliti ttg prkara ni..

    ReplyDelete
  7. ilmu baru utk mlm ni..thanks dear sbb kongsikan..

    ReplyDelete
  8. susah nak menilai org tu fasik atau tidak...

    ReplyDelete
  9. nampaknya lelaki perlu berubah kalau betul betul mahu menjadi suami yang baik.. =]

    ReplyDelete
  10. suka nama watak2 tu...hehehee

    nikah kawin ni bukan perkara senang, wali pun kena cari yang betul2 layak!

    ReplyDelete
  11. wah...info yg bermanfaat untuk bakal2 pengantin ni...wajib baca!

    ReplyDelete
  12. salam sunah...nice n3 ni moga kita berjaya menempuhi segala2nya...:)

    ReplyDelete
  13. sunah, cite skit pasal wali. can anyone say if the wali not reliable and nikah tak sah

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com