Ticker

6/recent/ticker-posts

Cinta? Saya Sudah Tidak Perlukannya...

i hate loving you by ~Slgado on devianART

"Aku tak perlukan cinta. Aku mampu hidup sendiri. Aku tak perlu bergantung kepada sesiapa. Sendiri lebih baik. Selamanya aku mahu begini. Dan aku pasti akan terus kuat dengan pilihan ini."

Jika melihat di sekeliling kita, tidak sedikit di kalangan orang yang kita kenal punya rasa yang begini. Rasa tidak perlu akan kasih sayang. Rasa sudah cukup segalanya dalam hidup dengan apa yang ada sekarang tanpa perlu memikirkan masa depan yang tidaklah sejauh mana.

Benarkah manusia boleh hidup sendiri tanpa cinta dan kasih sayang?

Bermaknakah hidup seorang diri tanpa teman hingga akhir hayat?

Kadang-kadang manusia rasa begini kerana pernah kecewa dalam hidup. Kerana bimbang akan kecewa lagi, hati ditutup selama-lamanya untuk menerima kehadiran insan lain. Bahkan mana-mana yang cuba untuk menghampiri, ditolak awal-awal kerana lebih percaya kepada diri sendiri. Tiada istilah kawan baik dan sahabat rapat. Yang ada hanya kenalan biasa. Yang dipercayai hanya diri sendiri.

Hidup tanpa teman, bohonglah kalau tidak rasa kesunyian. Bukankah Allah telah menciptakan lelaki dan perempuan dari pelbagai suku, bangsa, dan agama untuk saling kenal-mengenal?


Dan kerana manusia itu tidak bisa hidup sendiri, Allah perintahkan agar manusia membina silaturrahim bagi melancarkan kehidupan di muka bumi Allah. DIA Maha Mengetahui bahawa manusia itu saling bergantungan dan melengkapkan keperluan masing-masing.


Maka siapa kita hendak menafikan peraturan alam susunan Allah? Kerana itu, hati mereka yang menolak untuk berteman akan rasa kosong dan kehilangan. Bukan hanya menolak untuk berkasih sayang sesama manusia, malah tidak pula berusaha membina cinta kepada Yang Memberikan Rasa Cinta. Terlupa sama sekali bahawa rasa itu pinjaman Allah. Tidak teringat juga bahawa hati yang kononnya kuat sendiri itu  sebenarnya sangat perlu akan rasa cinta Illahi.


Sedangkan seorang lelaki perlukan isteri bagi melengkapkan hidup dan menyempurnakan separuh agamanya, seorang anak perlukan ibu dan ayah bagi membimbing hingga cukup umurnya, seorang pelajar perlukan guru bagi mendidik tentang beza antara yang benar dengan yang salah, dan seorang teman perlukan teman yang lain bagi berkongsi tentang hidup yang sementara, sudah tentu sekeping hati itu perlukan Pemegangnya...

- kerana cinta itu begitu luas maknanya, hargailah setiap kecintaan di sekeliling kamu -

Post a Comment

25 Comments

  1. like....kadang2 saya pernah terfikir yg saya tak perlukan cinta..tapi pada haikat yg sebnar cinta tu memang lumrah....ALLAH telah tentukan siapa cinta kita..kepadanya kita berserah...:)

    ReplyDelete
  2. Bukan soal tak boleh hidup... Akan sunyi tanpa cinta..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. Ni bukan respon terhadap support group Bujang Tenang ana kan? Kan?

    ReplyDelete
  4. cinta tu luas...jgn kita sempitkan pengertian cinta...sbb cinta tu ada di mana2..kita je yg x nmpk

    ReplyDelete
  5. akak sentiasa perlukan cinta dari orang yang mencintai diri akak...

    cinta itu luas kan?

    ReplyDelete
  6. betul.sunyinya hidup xda cinta,,
    em2,mungkin org yg dah ada pengalaman yang pedih dalam hugungan rasa cinta tu xperlu tapi alhamdulillah,walaupun dah pernah down sgt2 dalam cinta,Allah belum ttup lagi pintu hati ni :)

    ReplyDelete
  7. kadang2 ALLAH datangkan ujian sebegini utk menguji kita. :)

    ReplyDelete
  8. jangan terlebih mencintai nanti susah nak kawal diri

    ReplyDelete
  9. aduhai
    indahnye bercinta
    bercinta dgn seisi alam Dia ini
    sentiasa penuh bahagia =]

    ReplyDelete
  10. bila ditakdirkan hidup keseorgan tanpa pasangan,,bukanlah bermakna tiada cinta dan kasih sayang,,,kerana ahli keluarga dan sahabat handai juga dapt memberi kasih syg itu walaupun tidak seintim kasih suami/isteri,,,tapi sekurg2nya perlulh berusaha mencari cinta,,,

    ReplyDelete
  11. bab cinta ni susah sikit sis nak komen,takut komen salah pula..heheee

    *jgn pernah serik bercinta,mungkin dia bukan yang dipilih untuk kita...
    tapi jangan pula jadikan cinta itu pemuas nafsu,itu gila namanya^^

    ReplyDelete
  12. hidup berpasangan itu lumrah dalam hidup.. kita saling memerlukan antara satu sama lain

    semoga kita d pertemukan insan yang serasi dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  13. sedangkan lahirnya kita di atas muka bumi inipun berdasarkan cinta ibu bapa kita, tak mungkin kita hidup tanpa cinta..

    ReplyDelete
  14. bila cinta pergi bkn bermakna hidup terhenti.kadangkala itu hanya ujian sebentar cuma sebelum Allah memberikan kebahagiaan yang abadi

    ReplyDelete
  15. Bahagia bila dicintai dan menyintai :)






    *Benci jangan terlalu..

    ReplyDelete
  16. adanya dunia ini adalah kerana cinta...

    bagaimana kita hendak menafikannya??
    pernah terfikir?? cinta itu sifat Allah.... kalau kita menolak cinta, maka, seolah2 kita menolak Allah...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com