Baywatch by ~davila on deviantART |
Ada soalan yang menyebabkan entri ini keluar hari ini.
Kerana saya teringat akan perbincangan yang isinya hampir serupa dengan soalan yang diutarakan. Saya olah semula apa yang dibincangkan, biar lebih mudah untuk difahami semua.
Petang itu, seperti biasa kami ke kuliah tafaqquh di masjid kampus, ustaz yang akan memberi kuliah petang itu nyata amat disenangi semua. Setiap kali turn dia untuk berkongsi ilmu, bilik kuliah mesti penuh hingga ke belakang.
Sewaktu kami sampai, kuliah telah berjalan selama lebih 15 minit. Ketika itu, bilik kuliah sepertinya lebih hangat dari biasa dengan isu yang dibawa. Oh, ustaz berbicara tentang isu tabarruj dan penampilan muslimah masa kini rupanya.
"Ustaz, salah ke bermekap?" antara soalan yang keluar dari mulut sahabat.
Ustaz menjawab, tak salah untuk bermekap. Wahhh! Gembira semua gadis di luar sana! Tunggu dulu...bermekap katanya tidak salah, asalkan tidak berlebih-lebihan. Bermekap atau touch up lah sedikit wajah kamu sekadar bagi nampak kemas dan bersih dari 'jelaga'. Muslimah pun kena jaga ketrampilan. Satu perkara yang menarik hati saya, bila ustaz memberitahu pada zaman macam ni, perlu mekap sedikit, kalau tak nanti lambat dapat jodoh. Erk! Faham-fahamkan sendiri lah ye.
"Ustaz, apa hukumnya kalau bekerja dengan pakaian ketat?" lagi soalan menarik dari sahabat.
"Ustaz nak kongsi satu kisah. Ustaz ada seorang kenalan perempuan yang kerjanya seperti baywatch. Tahu kan baywatch kerjanya macam mana? Duduk tepi pantai jaga orang ramai. Dia pun pernah menyuarakan pandangan rakan-rakan tentang cara kerjanya. Tidak sedikit yang mengutuk dan mengeji. Kerana melihat uniformnya yang ketat dan menampakkan susuh tubuh.
Ustaz bertanya dia kembali, tentang pandangannya pula. Memang dia pernah berfikir tentang itu sedalam-dalamnya. Namun dia tidak berganjak, tetap di situ kerana kalau bukan dia yang berada di situ untuk menjadi penjaga pantai, siapa yang akan menyelamatkan golongan wanita jika berlaku apa-apa. Hanya dia seorang dari kaum Hawa yang datang mengisi pekerjaan itu kerana hanya dia yang punya kemahiran lebih dari orang lain."
Kerana itu, ambil aspek ikut kepentingan di sini. Nyawa itu daruriyyat, dan pakaian yang dipakainya pula adalah untuk memudahkan dia membuat kerjanya. Dari segi kelebihan pula, sekarang ini ada banyak pakaian renang muslimah yang lebih menutup.
Jika kamu berupaya untuk memilih yang lebih baik dari itu, maka putuskanlah...
Rujukan: Feqh Aulawiyyat Dalam Gerakan Islam
33 Comments
ooooo
ReplyDeletebyknye input niii =]
makanye...utamakan nyawa la ye..
tap betol..pakaian reng muslimah dah ade kan..so..bole memudahkan keje nye..
@aimie amalina
ReplyDeletekalau betul hanya dia seorang saja yang boleh buat kerja tu dan dah takde orang lain yang boleh gantikan tempatnya...
bukak bab fardhu kifayah pula...
alhamdulillah.....kena fhm sedalam2nya.
ReplyDeleteitu kalau keje baywatch lah ye? kalau keje opis..ape lak keperluan nak melaram habis-habisan cam nak catwalk?....
ReplyDeletefikirkan dan selamat beramal....hehe
akak suka blog ni, banyak info dan islamik.. akak suka baca sampai abis...
ReplyDeletealhamdulillah..jelas dan terang..syukran!=)
ReplyDeleteMcm nursela
ReplyDeleteai br tfkir ble tgk dorg
@Diana @ bilakukatacinta
ReplyDeleteaha...saya suka pembaca berfikir sampai macam ni... :)
saya pom nak jadi baywatch la kak sunah..haha
ReplyDeletebetul2...sekarang memang banyak pakaian untuk renang para muslimah...nak tak nak je.....
ReplyDeletesetuju..takkan lelaki yg nak selamatkan. mungkin pakaian kena adjust sikit kot.
ReplyDeleteinput yang bernas.....islam itu agama yang indah...
ReplyDeleteAtas diri sndri kn boss. Macehn ilmu y sgt bguna
ReplyDeletetak pernah plak nampak baywatch pompuan kat malaysia. haha.
ReplyDeletesalam sunah...menarik yer...uniform itu utk kegunaannya dlm menyelamatkn kaum wanita yg perlukn bantuan...bykkn baju renang muslimah skg...:)
ReplyDeleteouhh secara perlahan-lahan memahami sal islam bile baca blog ni . heee
ReplyDeletecamner kalau kerja tu mcm polis,kastam,tentera.kerja tu kan memerlukan lelaki?kalau kaum wanita dah tentu kita dapat lihat pakaian depa perlu ikut bentuk tubuh bdn dan agak "seksi".sedangkan kerja tu tak sesuai utk pompuan?
ReplyDeletekita kena renung balik sirah Rasulullah s.a.w, ada di kalangan muslimah yang turut membantu dalam peperangan, contohnya Nusaybah binti Ka'ab...jadi tak menjadi masalah di sini untuk perempuan turut bersama-sama menjaga keselamatan negara...masa menulis ni pun saya turut mengambil kira kalangan polis dan tentera seperti yang Wena utarakan...
ReplyDeleteCuma saya letakkan di hujung perkongsian, "Jika kamu berupaya untuk memilih yang lebih baik dari itu, maka putuskanlah..." :)
pakai jubah yg senag tanggal mcm jubah tido tu, dalam tu pkai baju renang muslimah..
ReplyDeletebila ada kecemasan, baru londeh.. :D
nice nice...
ReplyDelete:))
betoi2...tapi part mekap tu cik tam lg suka pompuan tak mekap...bio cantik semulajadi...hehehe.
ReplyDeletememilih yang terbaik kan lagi bagus...
ReplyDeletekena berfikir sedalam dalamnya ni..
ReplyDeletetapi saya bukan apa, risau perkara macam ni akan dijadikan alasan untuk orang lain pula nanti..
rukhsah dalam islam kan.. Islam itu memudahkan
ReplyDeletehendak seribu daya tak hendak seribu dalih
ReplyDeletepilihan di tangan kita sendiri..pandai pandai lah dalam menjaga aurat
ReplyDeletejadi ikutlah keperluan tuntutan kerja kan? kalau tak perlu tu, janganlah nak seksi2 dan ketat sangat!
ReplyDeletekalau perempuan islam bertudung dan menutup aurat nak involve dalam dunia hiburan, contohnya nyanyian, macam mana pulak?
ReplyDeletesalah ke kalau perempuan yang menyanyi tu anggap apa yang dia buat tu satu kebaikan? Em. .nak buktikan yang walaupun cari rezeki dalam dunia hiburan, kita masih boleh menjaga aurat? huu
@wan zuliyana is apel
ReplyDeletekene tengok balik, aurat wanita tu dari mana ke mana...suara wanita yang dilunak-merdukan juga aurat... :)
perkongsian yang menarik.. ulasan pun simple.. mudah tuk d fahami.. tq yer atas nasihat dan nukilan yang berguna ini..
ReplyDeletenice!
ReplyDeletenice entry..^^
ReplyDeletekak,thanx kongsi ilmu :)
klo sebut sal uniform aq suka tgk pompuan beruniform.kebanyakan pompuan beruniform ni nampak tegas cth cam polis n' askar.tambah lg kalo pegawai muda,tampak kemas segak bergaya.kalo ada awek2 polis@askar yg single mingle blh ejas kt aku.lagipun gaji dorg besar hohohohoho.
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com