Ticker

6/recent/ticker-posts

Terubat Juga Rindu Pada Iffah...

Alhamdulillah.

Alkisahnya, lepas berkunjung ke rumah Atok Gebu kat Sedenak hari Sabtu lepas, kami bergerak pula ke Kajang petang itu jugak. Dalam perjalanan ke Kajang, kami singgah dulu ke rumah Rosyan (bluekkkk...) di Gemas, Negeri Sembilan. Sampai rumah Rosyan tu jam 8.52 malam. Di luar perancangan, namun sempat juga beramah-mesra dengan bonda Rosyan yang sangat-sangat peramah. Dijamu dengan mi kari yang dimasak sendiri oleh bondanya, rasa berat hati nak beredar pergi bila ibu saudara Rosyan dan mak cik yang turut datang bertandang mengajak-ajak tidur di situ saja malam tu. Tambahan pulak, bonda Rosyan tengah mengadun kek pelangi semasa kami datang. Tak sempat nak join membaking, kami terpaksa meminta izin untuk mengundur diri.

Mi Kari bonda Rosyan

Bergerak ke Kajang, sempat menghubungi beberapa orang blogger yang nak join sekali ke rumah Iffah. Nak pastikan diorang akan join ke tak memandangkan masa sudah begitu lewat. Tak lupa jugak menghubungi Iffah sendiri, rasa bersalah menyebabkan dia menunggu begitu lama. Iffah kata, tak apa, bila lagi nak jumpa semua, tak kan nak kensel. Dengan dua buah kereta, kami memandu dengan berhati-hati sebab kereta yang saya naiki dengan housemate tak boleh laju sangat; temperature dia naik sangat cepat kalau bawak laju-laju. So, kak Ila memandu dengan berhemah sekali, sekejap-sekejap dia akan speed up, sekejap-sekejap dia akan slow down. Yang mengikut dari belakang, terima kasih kerana memberi kerjasama. Hehehe.

Sampai rumah Iffah dalam jam 11.58 malam. Iffah menyambut kami dengan wajah ceria dan tangan kanan berbalut bandage. Kat luar rumah tak nampak ape-ape beza pun pada muka Iffah. Bila da masuk rumah, baru nampak kulit muka Iffah yang kemerahan. Dia tunjuk luka pada kaki dan lutut kat kami (gigurls saje okehhh!) dan gambar-gambar selepas eksiden (lokasi kejadian dan masa kat hospital). Kesiannya tengok keadaan Iffah masa kat hospital tu. Huhuhu...kuatnya you Iffah...I bangga dengan you, alhamdulillah...mesti you pun sangat-sangat bersyukur kan sebab masih diberi peluang Allah untuk berjumpa dengan kami semua...

"Dua hari" di rumah Iffah, kami bergerak pula ke Damansara...jumpa retisss fofular!

Entri yang lain akan menyusul...

P/S: Menaip tanpa guna jari telunjuk tangan kanan ni Iffah...

Post a Comment

22 Comments

  1. ayat last sekali..tanpa guna jari telunjuk tangan kanan

    ReplyDelete
  2. @ijA

    aha...sebab err..jari bengkak..takleh bagi tekanan sangat...nak cocok2 iffah guna jari telunjuk pun takleh.. ops... :p

    ReplyDelete
  3. lega sebab iffah sentiasa bersemangat untuk meneruskan kehidupan..
    tabahnya hati iffah..
    sunnah.. jari tu kenapa??

    ReplyDelete
  4. waaaaaa
    tingin nak gi jugakk
    huuuu
    alhamdulillah...sume selamat ye =]

    ReplyDelete
  5. salam sakura...bestnya dpt gi rumah iffah...tentu semuanya seronok dpt jumpa sesama bloggerkn...:)

    p/s..semoga iffah semakin sembuh hendaknya..:)

    ReplyDelete
  6. sori sangat sunah akak tak dapat join, husband akak kena kerja malam tu! sori jugak sebab tak sms sunah bagitau...huhuhuhuuu

    takde rezeki jugak akak nak jumpa sunah ngan iffah..

    ReplyDelete
  7. i jugak yang kena makan 2 mangkuk.. hahaha...


    sory korang.. buat lambat ke rumah iffah...

    tapi.. takpe kan3??... er.. :P

    ReplyDelete
  8. best nye... alhamdulilah. semoga semua selamat=)

    ReplyDelete
  9. bestnya..

    akak tangan sakit lagi ya..

    sian akak..hehe

    ReplyDelete
  10. ifah dah makin sihat ea skarang ni Sunah ??

    ReplyDelete
  11. @FaKArePa!n

    alhamdulillah... hari ni dia gi hospital lagi... :)

    ReplyDelete
  12. 'dua hari' tu yg x tahan..smapi dh tengah mlm mmg dah masuk 2 ari la jwbnyer...apa2 pun semoga iffah cepat sembuh

    ReplyDelete
  13. haish! mee kari nya mcm lazat dong. hehhe

    ReplyDelete
  14. alahai,awat tak habaq p beraya?akak kat shah alam je....wuwuwuwuwu...tade rezeki :(

    ReplyDelete
  15. haram nak ngajak...akupn nak tgk gak iffah ni the power puff gurl...hehehe...

    ReplyDelete
  16. perjalanan yang sangat jauh tapi meninggalkan kenangan di dalam hati..

    fuyoooooo siap buh masa yang tepat tu..hehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com