Do You Know by ~Cinderella2B on deviantART |
"Dalam kesibukan
Kita seringkali mula hilang kemesraaan dengan mereka di sisi
Tak rasa bersyukur
Tak rasa berbangga mempunyai bahu sedia untuk kita bersandar
Pejamkan matamu
Lihatlah di hatimu semua kasih terhimpun dibiarkan terkurung
Jadi luahkan sekarang luahkan"
- Tiga Kata - KRU -
- Tiga Kata - KRU -
Kadang-kadang...
Usia rumahtangga yang telah begitu lama dan hampir berwarna keemasan (kerana usia perumahtangganya semakin menginjak ke zaman emas) menyebabkan masing-masing sudah malu mahu mengungkap rasa sayang. Malah, sebelum zaman emas lagi, kerana sibuk dengan dunia pekerjaan, menyebabkan masing-masing sudah kurang meluahkan rasa sayang kepada pasangan.
Perhubungan menjadi hambar, tiada lagi kemesraan seperti di awal-awal perkahwinan, tiada lagi gurau senda dan usik-mengusik seperti pasangan yang baru berkahwin. Ditambah dengan kehadiran penyeri rumah tangga (sepatutnya dengan ini rumahtangga semakin berseri-seri) yang semakin meningkat bilangannya, kata-kata sayang semakin lama semakin sukar untuk disebut.
Mungkinkah kerana malu didengar oleh anak-anak, atau mungkinkah kerana tidak sempat untuk meluahkannya kerana sibuk memikirkan masa depan keluarga, mana-mana sebab yang jelas atau kurang jelas, mesti ada yang mengalami situasi macam ni. Kalau bukan antara suami isteri pun, antara ibu dan anak, antara ayah dan anak, antara adik dan kakak, antara abang dan adik, antara nenek dan cucu, makin lama makin payah kita nak dengar ungkapan tiga kata ni.
Kenapa macam tu...?
Bukankah perkahwinan tu antara dua hati yang mencintai? Dan bukankah keluarga itu tempat bermulanya kasih sayang? Kalau mula-mula kahwin, boleh bergurau senda, kenapa tidak bila dah lama kahwin? Umur yang dah semakin meningkat, usah dijadikan halangan untuk terus meluahkan rasa cinta dan kasih. Malah, anak-anak boleh mencontohi kerukunan rumahtangga kedua ibu bapa mereka pula satu masa kelak... "ibu dan ayah dulu, sampai gigi tinggal dua pun, masih bersayang-sayang, tau!"
Dengan macam tu, barulah rasa mesra selalu...
Ehhhhhh, dah macam Pakar Rumahtangga pulak kan?
P/S: Kalau sayang, luahkanlah...sebelum segalanya terlambat...
15 Comments
wow hebatnya
ReplyDeleteboleh jadi pakar rumahtangga nie
betul tu..luahkan..jgn dah hilang di mata baru nk ungkapkan...tp kalau utk mahram..perlu ada batas dan cara utk ungkapkan sayang..=)
ReplyDeleteWahhhhhhhhhhhhhhhh boleh jadi pakar motivasi untuk rumahtangga ni :D
ReplyDelete3 patah perkataan tapi sukar nak di ungkap.. :D
hari2 nak ucap sayang lah macam ni
ReplyDeleteBr nk kate yu da kwen ke
ReplyDeletecm de pglmn je
IEB sentiasa mengungkapkan perkataan sayang pada sidia.. Insya Allah seterusnya sehingga nafas IEB terhenti, tatkala itu barulah tiada perkataan sayang lahir dari mulut IEB....
ReplyDeleteeh..betul tu,sayang memang sukar diucap....
ReplyDeletewahhh kak sunah mcm owg da kawen plak ;p
ReplyDeletesalam sunah...wah mcm ni boleh jadi pakar motivasi la....
ReplyDeletebetul tu ucapan syg ni kekadang semua org boleh lupakn tapi kita kenalah saling ingat mengingati antara satu sama lain jadi kata2 syg mungkin x kan dilupakn...:)
hari2 ucap sayang kerana ia kan baja dlm perhubungan.
ReplyDeletekadang-kadang segan nak gtau 3 perkataan... except for my parents la, hari-hari kena ucap. Dah terbiasa dari kecik..
ReplyDeleteakak hari2 cakap i love u dengan husband! alhamdulillah, kasih sayang tu sentiasa mekar..
ReplyDeletemacam2..kekadang tu ada yang dah boring sebab dah lama sgt berkapel
ReplyDeleteBole kawin dah ni.. bgus2.. hee
ReplyDeleteTEMPAHAN TIKET UNTUK KE DUNIA BARU 2012
kadang tanda kita sayang tak perlu dengan perkataan...dengan perbuatan pun boleh juga kan...kadang tanda kita sayang tak perlu dengan perkataan...dengan perbuatan pun boleh juga kan...
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com