I won't let go. by *this-is-the-life2905 on deviantART |
Saya sangat mengerti...
Bagaimana rasanya untuk mengambil langkah seperti itu. Macam mana rasanya mengumpul kekuatan untuk memulakan sesuatu yang begitu berat. Sesuatu yang sangat sukar untuk dilakukan oleh seorang manusia yang mempunyai hati dan perasaan. Apatah lagi jika manusia itu adalah dari golongan yang dianugerahkan Allah sekeping hati yang lembut dan senjata terhebatnya adalah air mata.
Sangat berat untuk melepaskan sesuatu bagi mendapatkan sesuatu yang lain. Apatah lagi jika ia adalah perkara yang membahagiakan hati dan nurani. Kerana nyata rasa senang dalam hati itu adalah nikmat yang Allah berikan kepada setiap makhluk yang bernyawa. Siapa saja yang sanggup melepaskan rasa indah itu pergi bagi mengejar sesuatu yang lain?
Pengorbanan...
Untuk mendapatkan sesuatu yang lebih agung dan memberi rasa kepada yang lebih berhak, lalu melepaskan apa yang dimiliki ketika ini, satu pengorbanan yang tidak ternilai sebenarnya. Memilih untuk mencari redha Allah dalam hidup sambil terus menerus berdoa dan berhajat kepadaNya, dengan penuh keyakinan bahawa segalanya sudah dalam susunan Allah...jika rasa yang dilepaskan pergi itu memang benar untuknya, Allah akan berikan rasa itu kembali juga apabila masanya tiba kelak. Insya'Allah.
Cendekiawan berkata...
Carilah CINTA Allah...kamu akan temui cinta selainnya setelah itu...
P/S: Moga diperteguhkan rasa dan hati itu...
--Tak jadi nak senyap...
--Tak jadi nak senyap...
19 Comments
tanpa pengorbanan tiada kenikmatan..
ReplyDeletehope kite sama2 teguh dgn rase dan hati itu sis.. ;)
pengorbanan yg ikhlas tnpa mgharapkan balasan..:)
ReplyDeletesetuju sangat sunah....
ReplyDeleteanum setuju sangat2
ReplyDeletesebelum g program untuk 3hari, ke sini dulu...
ReplyDeletemudah..mudahan...=]
ReplyDeletecinta terhadap Illahi adalah cinta teragung..
ReplyDeleteTetap tidak phm
ReplyDelete:D
ReplyDelete:D
ReplyDeletekalau ade jodoh tak kemana...
ReplyDeletecinta kepada Nya, cinta sepanjang zaman.. semga hidayah ini akan sentiasa berkekalan..
ReplyDeletetabahkan hati untuk semua dugaan.. ;)
ReplyDeletedemiNYA, melepaskan seseorang yg disayangi utk kebaikan antara satu sama lain, berserah kepadaNYA..redha dengan ketentuanNYA..
ReplyDeletedeep..
ReplyDeletetak faham tapi faham...errr
Pengorbanan mematangkan kita...
ReplyDeleteEh kenapa nak bam bam hehe... kurus sgt ke? Dah comel dah tu hehe mcm pernah jumpa lak
kadang2 kita perlu berkorban.. kita lepaskan sesuatu untuk mendapat sesuatu yg lain.. Allah Maha Mengetahui :)
ReplyDeletenice entry ~~ sayu membacanya...sye juga spt dalam keadaan kamoo.. yakin dn prcaya lah Cinta Allah yg hakiki dn psti nikmat cinta pda seseorg hadir dgn tulus ikhlas dr hati yg suci...Insya-Allah...
ReplyDeletesebelum kita harap orang korban tuk kita.. cuba tanya apa yang kita korbankan tuk dia..^^,
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com