Ticker

6/recent/ticker-posts

Misteri Sedenak

Sedenak...

Siapa yang tidak tahu kisah di sebalik tempat tinggal blogger chef yang ngetoppp di Malaysia (dan luar negara jugak) ni? Kalau datang berkunjung ke rumah beliau, tentunya akan disaji dengan pelbagai --bukan juadah makanan semata-mata-- cerita tentang Sedenak. Kisah-kisah lama tentang kuil yang wajib dilalui oleh para pengunjung jika mahu masuk ke kawasan kampungnya, kisah-kisah mengenai kesunyian dan keheningan malam Sedenak, kisah perempuan bergayut di pokok dengan kepala terbalik, dan macam-macam kisah lagi.

Jika duduk menjamu selera dalam rumah pun, kesunyian Sedenak tetap terasa, mungkin kerana tempatnya yang agak ke dalam dan jauh dari jalan besar. Kadang-kadang bekalan air turut terganggu menyebabkan para penghuni terpaksa keluar rumah jam 2-3 pagi untuk mengambil air dari tong air di luar rumah. Kala itulah tentunya ada macam-macam kisah lain pula, contohnya kisah Kak Limah menunggu di atas tong air, menemani penghuni Sedenak pagi-pagi buta.

Tong air tempat duduk Kak Limah jam 2-3 pagi. (Lokasi: belakang rumah blogger chef ngetoppp)

Mungkin inilah misteri Sedenak yang jarang dikisahkan kepada umum. Tambahan pula, tidak ramai yang tahu di mana lokasi Sedenak kerana jarang sekali disebut-sebut oleh orang-orang tua. Jika tidak dicari dalam Google, tentu saja sampai bila-bila tidak akan tahu di mana letaknya Sedenak. Dan misteri Sedenak ini tetap tersimpan dalam diari hidup penduduknya yang kian bertambah hari ke hari.

Mungkin juga inilah misteri Sedenak yang dicari-cari oleh orang luar...

Ok stop.

Sape yang cari misteri Sedenak ni???

Imej histats

Gggrrr...penat nkoo nak karang ayat! Sila jangan percaya segala cerita tentang Kak Limah kat atas. Tapi kisah kuil, kisah sunyi sepi dengan kisah perempuan tuuuu...jeng jeng jeng~

Jom gi Sedenak tanya sendiri kat Pak Cik Mat! Ekekeke...

Post a Comment

20 Comments

  1. hamboi..mentang2 la chef..kuali sampai ke luar rumah

    ReplyDelete
  2. sedenak ek?belah mane tu?sy dulu dok kota tinggi..

    ReplyDelete
  3. mungkin tiada air masa nie...dia guna air takungan di luar rumah

    ReplyDelete
  4. TERgelak dengan komen jiji... heeee

    ReplyDelete
  5. huuuuuuu
    singgah sedenak sekali je ritu...hehhee

    ReplyDelete
  6. Tu kisah bukan donggeng la Sunah..tu betul2 ada misteri..

    ada dengar tak Mak Yah cite, budak demam jumpa pompuan tepi jalan kepala terpusing tu? haaaaa hati2 bila lalu kebun sawit selepas kuil tu..lalalalalaalalaaaaaa

    ReplyDelete
  7. @Sis-Lin

    ehehehe..yang sal kak limah tu je dongeng sis...yang lain tu memang ada kisah n sejarah nya kan...

    ReplyDelete
  8. Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri....

    ReplyDelete
  9. gigil satu badan..
    sunnah ni memang tau..

    ReplyDelete
  10. hahahhaa....sunah, nanti pcm cerita pasal pontianak pulak....

    ReplyDelete
  11. salam sakura...misteri juga pekan Sedenak ni yer...:)

    ReplyDelete
  12. hahaha...

    sedenak dengan sededak dekat tak kak froggy hijau?

    ReplyDelete
  13. hahahahahahaa....ampun!!!!!! xmo pi sedenak!!!

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com