Ticker

6/recent/ticker-posts

Eh, Ustazah! : Bila Allah Murka...

Hari ni, ustazah gi ziarah sorang kawan dia kat Taman Universiti. Ustazah gi dengan adik kesayangannya, tak lain tak bukan, Amalina. Masa diorang tengah borak-borak kat laman rumah sambil minum petang, terbukaklah satu topik yang tak kurang hangatnya ni.

Fazlynda: Eh, ustazah! Hari tu kan, masa usrah dengan Nisa', kak Rozita ada kongsi satu wasiat Rasulullah s.a.w kat Saidina Ali k.w.h ni.

Ustazah: Ha...ape dia wasiat tu?

Amalina: Mesti menarik sampai nak kongsikan dengan kitorang gak kan?

Fazlynda: Aha...memang menarik pun!


Ustazah: Naudzubillah... Allah murka pada manusia, tapi tak semua manusia sedar akan kemurkaan Allah tu.

Fazlynda: Yup, sukar untuk manusia menyedarinya bila segala urusan dunianya dipermudahkan, disangkanya Allah telah memberi bantuan kepadanya dalam segala urusan dunia. Padahal dalam urusan akhiratnya yang lebih utama tu, Allah tak bagi kemudahan.

Amalina: Eh, macam mana tu? Dipermudahkan urusan dunia, tapi disusahkan urusan akhirat??

Ustazah: Aha...ada satu masa di mana urusan kita mencari rezeki tu begitu mudah dan senang, tetapi bila ada jemputan untuk gi kuliah Maghrib, macam-macam kesusahan yang kita alami. Takde transport lah, bertindan dengan kerja lah, penatlah. Jangan kata kuliah Maghrib, mungkin jugak solat fardhu, solat Jumaat dan solat-solat sunat pun kita susah nak tunaikan.

Amalina: Erkkk! Kadang-kadang nak gi main bowling padang je pun lagi mudah dari nak gi majlis ilmu, camtu ye?

Fazlynda: Aha...banyak lagi contoh dalam hidup kita, yang boleh kita fikir jauh-jauh. Dan kita tak sedar, rezeki yang kita cari tu haram untuk kita, keberkatan Allah takde, tapi syaitan yang memberkati harta kita.

Ustazah: Naudzubillah... Bila segalanya begitu mudah untuk kita dan semuanya kita dapat dengan begitu senang, renungkan balik segala amalan kita. Mungkin ada kepincangan kat mana-mana. Mungkin ada amalan wajib yang tertinggal, mungkin ada larangan Allah yang kita terbuat, malah mungkin juga ada hati-hati yang terluka dengan kita tanpa kita sedar.

Amalina: Ustaz Fakhrul cakap, kalau kita buat salah dengan manusia, kena minta maaf dengan manusia dulu, baru Allah ampunkan dosa kita...kan?

Ustazah: Betul tu...kita tak tahu, mungkin kemaafan yang belum kita dapat dari manusia lah yang menyekat segala urusan akhirat kita

Fazlynda: Aha, dan Rasulullah s.a.w turut berpesan, Allah tu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Pintu taubat masih terbuka, kalau bukan sekarang, bila lagi kita nak memohon keampunan Allah, kan?

Ustazah: Alhamdulillah...terima kasih Fazlynda sebab kongsikan inti usrah Nisa' hari tu. Lepas ni, kongsi la lagi~

Fazlynda: Insya'Allah...eh, minum lahh...

Amalina: Ye, ye...minum la ni...


Tidakkah kita rasa bimbang dan gusar jika rezeki yang kita cari rupanya haram untuk kita tanpa kita sedar? Sungguh besar kemurkaan Allah pada kita hingga disibukkan olehNya kita dengan urusan duniawi berbanding urusan akhirat. Beleklah semula segala amalan kita, mungkin ada yang tercela tanpa kita sedar. Allah itu Maha Pengampun, mohonlah keampunan dariNya selagi belum terlambat.

Post a Comment

23 Comments

  1. takotnyee
    T____T
    takot x sedar dgn tindakan duniawi melampaui ukhrawi...

    ReplyDelete
  2. Istidraj..Allah memeberikan kesenagan dan kemudahan yang tambah menyesatkan seseorang manusia itu...

    Nau'zubillahimin zalik!

    ReplyDelete
  3. thnkss ats pringntn kak =)

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas perkongsian boss. betul sangat. kita kena belek balik, apa yang ada pada kita sekarang, dijaga atau disusahkan? moga2 tak termasuk dalam golongan2 ni. takut~~

    ReplyDelete
  5. hurm..................

    ReplyDelete
  6. Ya Allah.. takutnya.. takut kalau2 kita ni hidup dlm kemurkaan Allah tnpa kita sedar.. hmmmm, mgkin apa yg berlaku skrg ni salah satu peringatan dari Allah SWT...syukran jazilan.....

    ReplyDelete
  7. thanx for this sharing...
    nauzibillahi min za lik ...

    manusia sekarang hanya mengejar duniawi semata-mata tanpa memikirkan ukhrawi.

    ReplyDelete
  8. nauzubillah...

    moga ALLAH ampunkan dosa2 kita

    ReplyDelete
  9. Pengisian yang penuh hikmah...
    semoga bermanfaat untuk sekalian pembaca...

    ReplyDelete
  10. Satu perkongsian yang baik untuk manfaatkan. Terima kasih yer!

    ReplyDelete
  11. nauzubillah...
    moga rezeki yang akak dapat diberkati Allah dunia dan akhirat!

    ReplyDelete
  12. salam sunah...ya Allah ampunkanlah kami semua yg berdosa...:)

    ReplyDelete
  13. terima kasih utk entry nie, kdg2 sibuk dgn hal2 dunia smpai x sedar harta yg di cari itu dr sumber yg haram

    ReplyDelete
  14. huhu sgt takut kalau jauh dr rahmat Allah..semoga kita semua sentiasa dekat dan diingatkan oleh Allah selalu

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com