"Boleh ke ok balik ni doktor?" Puan Masni cuba mendapatkan keyakinan.
"Insya'Allah, mak cik. Saya akan cuba untuk pulihkan semula anak mak cik." Doktor Syim berusaha memberi keyakinan.
"Baiklah, doktor. Mak cik letakkan segala-galanya pada doktor."
"Jangan, mak cik! Saya hanya berusaha, yang boleh memulihkan itu Allah... Letakkan pergantungan mak cik sepenuhnya pada Allah..."
Mak cik itu terdiam. Doktor Syim senyum.
****
Enam bulan kemudian.
"Doktor!!! Apa ni, doktor...??? Dulu doktor kata boleh sembuh, kenapa masih macam ni jugak, doktor...???" Rintih Puan Masni.
Anak lelakinya yang berumur 14 tahun masih tidak mampu berjalan sendiri. Masih lagi terjatuh selepas beberapa langkah berjalan. Kemalangan jalan raya yang berlaku enam bulan lepas telah menyebabkan anak lelakinya hilang upaya berjalan dengan baik.
"Mak cik..."
"Doktor tipu...dulu doktor kata lain, kenapa anak mak cik tak boleh berjalan lagi... Mak cik da tak sanggup tengok dia macam ni....!" Puan Masni memeluk anak lelakinya. Anak lelakinya hanya tertunduk bisu. Doktor Syim mendekat dan menyentuh bahu Puan Masni.
"Mak cik... Saya tak pernah tipu mak cik... Ingat tak mak cik... Dulu saya pernah bagitau mak cik, kita semua hanya berusaha... Yang Maha Berkuasa memulihkan itu hanya Allah. Ya, kita disarankan untuk mencari rawatan, meneruskan kehidupan, mengelakkan kematian. Tapi setelah kita berusaha, kita jangan lupa yang kita perlu berdoa dan bertawakkal kepada Allah... Yakin lah pada Allah, mak cik. Kalau bukan sekarang, insya'Allah tak lama lagi Allah akan bagi semula apa yang Dia ambil dari mak cik dan anak mak cik..."
"Doktor...maafkan mak cik... Mak cik terlalu ikutkan emosi... Betul kata doktor tu, sepatutnya mak cik yakin pada Allah... Redha pada Allah atas segala yang Dia tentukan..." Puan Masni menangis tersedu-sedu.
"Mak..." tiba-tiba anak lelakinya bersuara. Dilepaskan pelukan ibunya perlahan-lahan. Dia berusaha untuk berdiri sendiri. "Aliff pun akan berusaha, berdoa, dan bertawakkal..."
Mereka seolah-olah mendapat semangat baru... Doktor Syim mengucap syukur...
****
Beberapa tahun akan datang, adakah itu diri kamu wahai adikku? Akakmu yakin, insya'Allah kamu akan jadi seperti itu... Doktor muslimah yang berjaya... Moga kamu dapat membantu masyarakat secara fizikalnya, sekaligus mengajar mereka mengenali Islam di dalam hati dengan lebih baik... Ameen...
Selamat memasuki dunia baru sebagai mahasiswa!
17 Comments
tahniah untuk adik akak sunah.. semoga jadi doktor yg baik.
ReplyDeleteselamat berorientasi :P
ReplyDeletewaaa
ReplyDeleteadik akak amik medic ke..
gud luck adik kak sunah! =]
wahhh adik dapat masuk U mana ni Kakak froggie???
ReplyDeletecongratz kak...=D
ReplyDeletenak pegi brubat dgn doktor syim jugak..hehe
ReplyDeleteadik akak masuk belajar ek...
ReplyDeletetahniah akak.... =)
ReplyDeletetahniah untuk adik sunah.. ya serahkan segala-galanya pada Allah
ReplyDeleteWAHAHA..ADIK ENGKO SINGGLE KE.
ReplyDeletetahniah utk adik sunah :)
ReplyDeletesalam...tahniah adik sunah bakal seorg doktor...:)
ReplyDeletesegala galanya ditangan allah. kadang kadang selalu terlihat orang orang salahkan doktor, sebab doktor cucuk sane cucuk sini anak mereka,. tapi kalau xdibuat ape ape. lagi lah berdosa sebab biarkan dalam menunggu kematian.. mungkin mereka xfaham lagi maksud sebenarnya "berusaha tapi allah yang menentukan.."
ReplyDeletehaha banyak tulis lak. cuma berkongsi juga pengalaman ni^^
btw nice entry^^
tahniah pada yg berkenaan~ =)
ReplyDeletetahniah lah!
ReplyDeleteCongrats!!!
ReplyDeleteSelamat Hari Raya
Jom masuk blog kita http://batulesung.blogspot.com
moga2 suma mampu buat macam tu. :D
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com