Ticker

6/recent/ticker-posts

Dan Ketika Diri Jatuh...

That Falling Moment by =Alexandru1988 on deviantART

Siapakah yang kita harapkan ada di sisi?

Untuk menemani kita menghadapi saat-saat paling genting dalam hidup buat kita pada masa itu. Apabila dunia sekeliling seolah-olah sudah kelam dan tidak nampak hala tuju. Seolah-olah sudah tiada cahaya yang menerangi kegelapan jiwa yang sedang lemah disapa ujian.

Tentunya kita inginkan sahabat rapat menjadi pemberi semangat dan menyalurkan segala kekuatan. Berharap agar ada walau secebis sinar bagi menerangi hati yang gundah-gulana. Sangat sakit apabila terjatuh kerana tersadung kaki, lebih sakit apabila tiada tangan yang menghulur untuk membantu kita bangun semula.

Namun, lebih perit dan pedih apabila kita jatuh dari jambatan lurus dan dibiarkan terasing terkapai-kapai di dalam lautan bergelora. Sahabat yang berjanji untuk menghulur tangan apabila kita terjatuh supaya kita tidak dihanyutkan ombak hingga semakin menjauh ke tengah lautan, dicari-cari kelibat bayangnya. Sahabat yang dahulunya kita tanya, "Kalau aku jatuh, adakah kau akan bangunkan aku semula?" dan dia menjawab "Insya'Allah, sahabatku! Takkan aku biarkan kau hanyut!"...di manakah dia?

"Kerana kita sahabat yang sudah berjanji untuk tidak menyebabkan satu sama lain rasa terasing..."

Sahabat...andai diri ini terjatuh, adakah kamu mahu menghulurkan tangan?

Post a Comment

11 Comments

  1. yg penting bile kte tgh jth jgn lupe Allah kan sys :)

    sys, teruk sgt ke new look blog kak limah??

    ReplyDelete
  2. sukar untuk mencari seorang sahabat yang sejati....

    ReplyDelete
  3. jika ada seseorang always with us..ingtlah DIA forever with us

    ReplyDelete
  4. siapa y peteh Sunah sampai jatuh tu?? hihi

    ReplyDelete
  5. sahabat mcm tu susah nk jumpa.. tp InsyaAllah.. akak akn sntiasa mnjadi sahabat yg terbaik buat dia dan jga seorang pendengar yg setia :)

    ReplyDelete
  6. as salam..

    sudah tentu wahai sahabat.melainkan sesuatu yang berlaku tanpa kehendak diri; itu adalah ketetapan dari-Nya..wallahua'lam..

    apabila dunia seolah-olah kelam dan tiada hala tuju, ingatlah..ilmu dan iman lah yang akan terus mengemudi taqwa mu dalam kegelapan duniawi..itulah cahaya buat mu kelak..

    bukan untukku dan bukan untuk sesiapa..bagiku amalku, bagimu, amalmu..
    kita masing-masing adalah sebahagian dari sandaran-sandaran-Nya..

    diri ini cumalah sandaran daripada-Nya dalam membantu mu menempuhi ujian-Nya ke atas diri mu..

    sahabat sejati.. tidaklah yang ada yang berkekalan itu daripada mereka, melainkan doa.. buat bekalan mu...wallahua'lam..


    utamakanlah bersahabat dengan iman mu sebagaimana amalmu lah yang akan membawa mu menuju kepada-Nya

    sahabat dan sandaran dari-Nya tak dapat dipisahkan..


    Firman Allah SWT dalam surah al-Isra' ayat ke 18 :

    " Barang siapa menghendaki kehidupan sekarang (duniawi), maka Kami segerakan baginya di dunia itu apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami kehendaki dan Kami tentukan baginya neraka Jahanam; ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir. "


    jangan difikirkan sangat akan gerangan siapakah yang akan bersama mu ketika susah dan senang; menemani setiap langkah mu seiring dengan perbuatan mu..

    fikirkanlah kemanisan disebalik setiap sandaran dari-Nya yang kamu terima dari-Nya..dan ambilllah renungan serta ikhtibar darinya..sesungguhnya dunia nyata adalah penjara buat orang-orang beriman dan syurga bagi mereka yang ingkar kepada-Nya...


    "khuatirkan hidup mu kelak keatas apa yang telah kamu kerjakan.."

    sememang dunia virtual itu sebahagian dari godaan duniawi...

    selemah-lemah bantuan..adalah doa dari ku buat mu...

    diri ini juga punya khilaf..sebaik-baik kemanisan taqwa itu datangnya dari usaha..


    as salam...

    ReplyDelete
  7. tiada rasaan sapaan, tiadalah jaminan ukhwah nyata selain doa sebagai pengerat ukhwah.kekallah ia sehingga yang nyata ditinggalkan.dikenang jangan pabila nyawa nan senja diakhiri sekeliannya

    =)

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com