Yang pertama agamanya... Yang pertama agamanya... Yang pertama agamanya...
Siapa tahu apa yang ingin saya kongsikan di sini?
Sebenarnya tadi baca entri kat blog CA Nadh. Dia berbicara tentang rupa, dan penerimaan orang pada rupa yang macam-macam jenis. Tentang orang zaman sekarang ni yang lebih memandang kepada rupa dalam memilih pasangan.
Bagi saya, tak kiralah lelaki atau perempunan, seeloknya dalam memilih teman hidup biarlah yang pertama dilihat itu agamanya. Harta, keturunan dan rupa itu letaklah di tempat kedua, ketiga dan keempat.
Kerana apa agama yang diletakkan di tempat pertama? Kerana apabila agama yang kamu pentingkan, insya'Allah semua yang lain itu akan mengiringi sekali. Keindahan akhlak yang beragama itu terserlah, air mukanya sejuk mata memandang, malahan martabat dan kehormatannya juga tinggi nilainya berbanding yang lain.
Adakah ini bermakna yang agamanya agak kurang tetapi punya rupa dan harta tidak boleh dipilih sebagai teman hidup? Boleh saja, tetapi bersedia dengan risiko di belakang hari, kerana rupa dan harta itu tidak menjanjikan redha Allah di hujung perjalanan.
Adakah ini juga bermakna hanya ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah yang layak dijadikan teman hidup? Bukan begitu...yang paling basic adalah teman yang menjaga solat lima waktunya, boleh membaca al-Quran sedikit pun alhamdulillah. Tak semestinya bakal teman hidup itu wajib hafaz 30 juzuk al-Quran, cuma jika itu memang kelebihannya yang Allah bagi, alhamdulillah...cukup pakej!
Pesan saya jika kamu mahu memilih yang ada rupa dan harta, pastikan iman dan agama kamu cukup kuat untuk membimbing teman hidup kamu kelak!
22 Comments
ye agama dlu
ReplyDeleteerr pelik bile sunah update byk kali shari ni
siap carbonara lg hehe
entri ni bagus lah SSS...panduan untk memilih teman hidup ni..
ReplyDeletehaiiit akak sunah ku!
ReplyDeleteheee..bes2.
nanti sebelom kawin eken wat check list..heee =)
nafsu yg mendorong mereka untuk pilih rupa dari agama..
ReplyDeleteyup.. betul.. kalau dari segi agama seseorang itu dah okay.. insyaAllah.. yg lain2 dari segi keturunan (dari gol org2 yg baik2 akhlaknya), harta (dimurahkan rezekinya), dan rupa paras (pancaran nur pd wajah org soleh/solehah) juga okay.. hehehe.. ;)
ReplyDeletesetuju :)
ReplyDeletesetuju! :)
ReplyDeletesaya pilih berdasarkan agama, insyaAllah XD
nice info :)
ReplyDeletebetul. malu dengan diri sendiri kalau nak cari yang terlalu sempurna..
ReplyDeleteya.. :D
ReplyDeleteapa ada dgn muka..nnti dah tua berkedut jua
ReplyDeleteehehe..agama first..
ReplyDeleteps: kak sunah..alfatihah kalo tak sempat baca dalam solat jemaah..tak payah nak ulang rakaat tu jika sempat ruku dengan imam. imam akan tanggung fatihah makmum.tu ikut yang shafie..imam lain tak yah baca fatihah pom tak pe dalam solat sebab diorang berpegang dengan dalil quran..hendaklah kamu diam bila ada orang baca quran.yakni bacaan dalam solat..wallaua'alm..salah tolong betulkan
alaa la la alalllaa.. cutenya sakura nie.. mesti nanti bakal teman hidup pun yang berilmu, beramal, dan bertakwa iisshhh tagline apa ek.. ukm kee? lama dah akak x jd student, suka baca entri sunah yg berinformasi, teringat zaman dulu2 akak...
ReplyDeleteMet pagi...jalan2 sini dan poloww....;d
ReplyDeletesangat setuju. Alhamdulillah, janji Allah itu mmg benar.
ReplyDeletex ingat da komen ke belum.hehe
ReplyDeleteakak suka sunah view the other side of this matter.kalau ada yg insist x nak plh agama,org 2 yg kena btul2 kuat
jgn smp org 2 ter ke arah sana...nauzubillah
yup .. agama yg paling penting .. memudahkan lagi tanggungjawab kita ..
ReplyDeletebetol.
ReplyDeleteagama harus jadi yg utama..
tanpa agama, memang haru biru lah rumah tangga.. :P
ReplyDeletebetul tu apa2 pun agama first :) jgn tersalah pilihan..
ReplyDeleteKalau boleh cari jugak la yang ustaz ustazah... kalau dah tak ada, sebat jelah! kang tak kawin-kawin lak
ReplyDeleteyup agama dia sangat penting kan sebab dia yang nak membimbing kita kan ;)
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com