Ticker

6/recent/ticker-posts

Senyumlah... Biarpun Dirimu Disakiti!


Day 27 A smile.. by *Kimjuni2 on deviantART

Senyumlah...

Biarpun dirimu disakiti. Itu madah pujangga. Sudah dikenali seantero dunia. Siapa tidak pernah mendengar kata-kata itu...melainkan bayi-bayi yang baru lahir dan kanak-kanak kecil yang hidupnya hanya untuk bermain bersama rakan-rakan? Yang sudah lama kenal dunia, tentu sudah biasa dengan kata-kata ajaib tersebut.

Bila disakiti, kita rasa pedih, rasa terluka. Kecewa... Sakit di hati sudah pasti. Siapa yang suka dengan rasa sakit? Tiada siapa yang suka. Rasa seperti mahu dicarik-carik hati. Rasa seperti mahu pergi jauh dari punca kesakitan, menyendiri dan menyepi.

Berapa ramai agaknya yang tersenyum bila disakiti? Senyum...bukanlah bermakna ia suka dengan kesakitan yang dialami, jauh sekali mahu terus-terusan disakiti sedemikian rupa. Tetapi senyum dia bila disakiti kerana redha dengan ujian yang Allah bagi. Dan bertambah indah lagi apabila dia tersenyum penuh redha diiringi dengan rasa kebergantungan kepada Allah apabila musibah singgah sebentar dalam hidupnya...


Siapa yang redha dengan ujian Allah dan melafazkan satu kalimah istirja' yang hebat ketika ditimpa musibah, nescaya akan Allah gantikan kesulitan yang dialami itu dengan sesuatu yang lebih baik~ Insya'Allah...

Post a Comment

25 Comments

  1. betul tu kak sunah.. semua benda terjadi ada hikmahnya~ :)

    ReplyDelete
  2. betol!
    sokong 200%
    sebalik SAKIT itu pasti ada jalan BAHAGIA
    yakin dengan-Nya
    insyaAllah =)

    ReplyDelete
  3. senyum..itu jer yg mmpu tuk selindung sgala pahit & sakit kita alami

    ReplyDelete
  4. thanks kak for sharing entry ni :)

    ReplyDelete
  5. senyumanlah walaupun apa yg berlagu..setiap kejadian pasti ad hikmahnya..

    ReplyDelete
  6. senyum tu pon boleh jd ubat kskitan kita... =)

    ReplyDelete
  7. senyum bila disakiti, tenang bila hati rasa bimbang... insya Allah kalau btol Allah menguji, stu hari nanti kita akan dpt rahmat dan hidayahnya

    ReplyDelete
  8. t.kasih tolong ingatkan sb k.aya ni kadang2 susah sangat nak senyum

    ReplyDelete
  9. betul2..stiap kesulitan ada penyelesaiannya..

    ReplyDelete
  10. aku senyum je kalo cici wat aku menyampah

    ReplyDelete
  11. insyAllah...kalau kita senyum, kesakitan itu akan bertukar kepada kemanisan dan kegembiraan!

    ReplyDelete
  12. bila diri yien disakiti, kadang2 terbawa sampai termimpi dan mengingau..

    tapi tiada dendam yg pernah yien pikirkan..

    bila istifar,alhamdulilah dh lega..

    ReplyDelete
  13. :) senyum je moga ada hikmah disebaliknya

    ReplyDelete
  14. senyum tak perlu kata apa-apa2..;)

    ReplyDelete
  15. innalillah...
    hhmmm..termenung panjang akak baca entry nie..
    sgt kena dengan diri sendiri
    hhmmmmmmm

    ReplyDelete
  16. Apapun yang berlaku, pasti ada hikmah di sebaliknya... bersabarlah...

    ReplyDelete
  17. biarlah sakura itu berkembang mekar

    menampakkan diri tersenyum

    supaya semua yang melihat

    turut merasa kegembiraan itu

    ReplyDelete
  18. mmg sakit bla disakiti.. tpi smua tua da hikmahNya :D

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com