dandelion by ~SimonKonrad on deviantART |
"I can fly
I'm proud that I can fly
To give the best of mine
Till the end of the time
Believe me I can fly
I'm proud that I can fly
To give the best of mine
The heaven in the sky"
Impian.
Semua orang ada sekurang-kurangnya satu kan? Impian yang besar dan jauh. Susah nak capai kalau tak kuat azamnya. Tak mudah nak realisasikan kalau tak bersungguh-sungguh untuk mencapai impian tu.
Kadang-kadang kita rasa tak mampu. Rasa mustahil nak sampai ke hujung. Terlalu banyak benda yang menyebabkan kita rasa lemah. Kadang-kadang ujian Allah datang menyinggah di tengah-tengah perjalanan. Kita rasa jatuh terduduk. Kurang yakin dengan kekuatan diri. Terus berhenti langkah kaki. Impian terkubur di pertengahan jalan.
Wahai jiwa-jiwa yang mengejar impian dan cita-cita, percayalah setiap apa yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya. Jika tiba-tiba Allah menguji kamu dalam usaha mengejar impian itu, jangan sekali-kali kamu berputus asa. Dengan ujian itu, Allah mahu melihat sejauh mana kamu meletakkan tawakkal kamu kepadaNya dalam usaha kamu. Dia mahu melihat, dalam pendakian kamu, adakah kamu masih ingat pada Dia, yang Maha Berkuasa menentukan kejayaan dan kegagalan?
Jika kamu masih ingat akan Dia, kamu tidak akan rasa lemah apabila tiba-tiba terjatuh setelah mendaki begitu tinggi. Tetapi kamu akan menjadi antara hambaNya yang redha akan ketentuan Pencipta, keyakinan kamu tak akan goyah, bahawa kelak akan ada jalan keluar dari semua kesusahan yang kamu alami. Tidak sesekali kamu berasa kecewa dan marah dengan takdir yang ditentukan untuk kamu.
Percayalah, kamu boleh terbang tinggi... Dengan syarat, kamu tidak lupa pada Dia!
22 Comments
weeee
ReplyDeleteeeeyaaaahhh!
mari mengejar cita-cita bersama tuhan!
^__^
insyaAllah :)
ReplyDeletep/s : Dia yang tak harus dilupakan.
I believe I can FLY~ ^^
ReplyDeletenak seribu daya, tanak seribu dalih la kan..kita merancang, Allah yg menentukan...Kadang tu, Allah tanak bagi terus apa yang kita inginkan, mungkin lain hari kita akan merasai nikmat apa yang kita ingin ka.. jum terbang...hehehe
ReplyDeletePercaya pada Dia.. itu asasnya.. :)
ReplyDeletebukan mudah untuk mengharungi laut yang luat, kerana pelbagai cabaran datang dan pergi, ombak laut yang bergelora, angin kencang, ribut, hujan, ikan joss.. semua ade.... tetapi setelah mengharungi lautan tersebut, baru la terasa kepuasan dan kenikmatan sebagai seorang pelayar.....
ReplyDelete*lepas ni boleh bawak anak2 kapal pulak... ngeh2
InsyaAllah...:)
ReplyDeleteAkhirnya...boleh juga bukak blog Sunah kat opis. HEHEHE....
ReplyDeleteBetul, selagi kita tak lupa pada Tuhan, Insyaallah kita boleh terbang tinggi. Cepat atau lambat je utk membolehkan kita terbang. Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya. :)
usaha+doa = tawakal = the dream will be yours
ReplyDelete:)
ReplyDeleteInsyaAllah selagi ada usaha dan yakin padaNya, kemana sahaja kta mampu pergi...
terbang la setinggi kamu mahu, tapi jangan lupakan yang diatas dan juga yang dibawah
ReplyDeleteinsyaallah selagi kamu percaya pada yang maha esa
ReplyDeleteAssalamualaikum.
ReplyDeleteSalam kenal Sunah..
Singgah dan follow awak :)
baeklah..
ReplyDeleteini satu kata-kata semangat yang harus semua orang pegang..
betul tu, yang penting kena rajin berusaha kan?
ReplyDeletetpi bila dah tggi jgnla lupe pade DIA
ReplyDeleteInsya Allah ;)
ReplyDeleteusaha tangga kejayaan di samping itu doa
ReplyDeletesharing is caring..
ReplyDeletemari mengejar cita-cita bersama tuhan!..hehe
mudah2an dipermudahkan
ReplyDeleteterbanglah tingi.. klu bleh smpai jadi daie.. :D
ReplyDeletethe keywords is. tidak lupa pada dia :)
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com