MENTEGA Golden Churn mengandungi DNA babi |
PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan semua produk mentega jenama Pure Creamy Butter Golden Churn Butter keluaran Syarikat Ballantyne Food PTY Ltd dari New Zealand yang dipasarkan di negara ini adalah tidak halal.
Ketua Pengarah JAKIM, Othman Mustapha, dalam satu kenyataan di sini semalam, berkata perkara itu diputuskan dalam perbincangan antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Jabatan Kimia, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) pada 8 Ogos lalu.
“Laporan analisis yang diterima JAIS 19 Julai lalu menunjukkan asid deoksiribonukleik (DNA) babi disahkan Jabatan Kimia dikesan dalam mentega berkenaan dan semua produk itu berpunca dari kilang yang sama walaupun diimport pihak berbeza serta diedar di pasaran yang berbeza. Ini disahkan wakil syarikat itu sendiri.
“Sehubungan itu, umat Islam diminta tidak menggunakan produk ini. Keputusan ini sudah dimaklum kepada syarikat berkenaan pada 9 Ogos lalu dan Ballantyne Food Food PTY Ltd bersetuju menarik balik produk berkenaan dari pasaran,” katanya.
Baca selanjutnya di SINI.
*****
Alhamdulillah, termaktub sudah keharaman mentega tersebut di seluruh Malaysia. JAKIM pun dah putuskan, kalau nak kepastian lagi, boleh rujuk sendiri di laman web JAKIM. Moga semua ambil tindakan yang sewajarnya~
P/S: Patutlah sedap aje kek lapis yang awal-awal dulu kan?
23 Comments
Kannn sedap aje kannn...
ReplyDeleteHubby sis now ada kat Sarawak..smlm dia pi beli Kek lapis hargnyaaa mak aiii mahall giler..sbb semua stok bru, order byk plk tu, so diaorg jual mahal..nk x nak hubby dpt beli gak setelah dipujuk..jauh dtg kan..huhuhuhu
3 buku je dekat rm200+ huhuhuhu
fuhh nasib baik kita xpernh guna mentega ni..hurmm sebab mahal..huhuhuhu tp diaorg ckp mentega ni bagus.. huh bagus tp tula xhalal la plak..
ReplyDeletenak share jugak ya info ni.
jadi selama ni kita makan kek lapis memang ada la DNA tu. fuh kena samak balik ni..
ReplyDelete*yang syarikat new zealand pun ngaku churn tu ada DNA youknowho..
yup :) this is verified news. bukan mcm kes simplyct & secret recipe yg mangsa fitnah.
ReplyDeletejom buat kuih raya!
tatau kdai kek lapis slalu beli gne mentega ape
ReplyDeletehurmm bgusla da haram
mahal kn hehe
da tarik balik pasaran en. bgus2. xde la umat islam keliru lagi. :)
ReplyDeletejangan yang ada kata halal pas nie lak kan dik
ReplyDeleteaku makan lemang je la selamat
ReplyDeleteSegala yang tersimpul telah terurai...:) Semoga tak ada kekeliruan lepas nie....
ReplyDeletealhamdulillah... moga tiada kekeliruan lagi selepas ini!
ReplyDeleteraya ni kita makan kerepek je ye kawan2...hehe
ReplyDeletedah sah :)
ReplyDeletemasa ni nak tgk sejauh mana depa tu buat kerja. T.T
ReplyDeleteakak dgr msa nk dtg keja tadi kt ikim.fm.. erm, skang ni.. dh lama sesuatu produk tu dipasarkan... pastu baru nk haramkan.. harap pasni kna lebih berhati2.. skang ni patutla ramai manusia yg xbrp nk elok perangainya, makanan yg halal menjamin kesejahteraan umat..
ReplyDeletekita tak guna benda ni...huhu...minyak sapi apa yg halal?
ReplyDeletemugo ni di makang guane..?
ReplyDeletealhamdulillah, sekurang-kurangnya tanda tanya berakhir dengan pengesahan dari pihak JAKIM ini..
ReplyDeleteakhirnya ye..isk2
ReplyDeleteAssalamualaikum.alhamdulillah.akhirnya terjawab.alhamdulillah pc tak pernah makan ini brand;)
ReplyDeletepatut la sedap je
ReplyDeleteadoi2
mcm² cara org kafir & yahudi nk rosakkn org islam ni..sbb dy tau hati kite bersih dari makann yg bersih.so dy kotorkn makann kite spye hati kite kotor.
ReplyDeletemasa akak duk sarawak dulu..selalu bawak balik kek lapis ni..
ReplyDeleteadakah??????
errr....
oh? baru tahuu. hekhek
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com