"Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam)..." [al-Baqarah: 256]
Baca ayat di atas sekali lalu.
Jika dibaca dengan sekali lalu, pasti akan ada yang tersilap dalam mentafsirkan ayat tersebut. Dan seringkali yang tersilap dalam mentafsirnya jugalah yang akan menggunakannya untuk mempertahankan diri apabila ditegur kerana melakukan maksiat kepada Allah.
"Islam tak memaksa umatnya untuk bertudung mengikut syariat! Buat kena ikhlas, tak boleh paksa!"
"Nantilah dulu solat tu, solat bukan boleh dipaksa-paksa. Islam bukan agama paksaan."
"Puasa? Aku tak biasa puasa. Lagipun Islam tak memaksa!"
Maaf! Kamu silap dalam pentafsiran. Dan kamu sebenarnya sedang mendustakan ayat Allah dengan amalan kamu. Bacalah ayat 256 surah al-Baqarah tersebut sehingga habis.
Islam bukan agama paksaan apabila ia melibatkan orang bukan Islam yang ingin menganut agama Islam. Yang itu benar, memang sejak zaman Rasulullah s.a.w, golongan bukan Islam tidak dipaksa untuk memasuki agama Islam. Rasulullah s.a.w menggunakan pendekatan yang lemah-lembut dan berhikmah untuk menyeru umat kepada Islam. Islam tersebar kerana akhlak Rasulullah s.a.w yang terpuji. Tawanan perang tidak sesekali dipaksa menerima Islam, tetapi kebajikan mereka dijaga sebaiknya yang akhirnya menyedarkan mereka kepada keindahan Islam.
Berbeza apabila situasi melibatkan orang Islam yang ingkar kepada Allah sedangkan sudah diputuskan oleh Allah akan perkara yang benar dan perkara yang salah, ayat ini tidak boleh lagi diguna-pakai. Kerana sudah terang lagi bersuluh, menjadi kewajipan kita mematuhi segala suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya setelah kita melafazkan dua kalimah syahadah. Tidak perlu menunggu orang lain memaksa kita solat dan menutup aurat, tetapi kita sendiri sudah sewajarnya memaksa diri menjalankan kewajipan kita sebagai hamba Allah.
Mungkin pada mulanya kita rasa dipaksa-paksa namun lama-kelamaan kita akan biasa dan akhirnya dengan rela hati, kita akan mematuhi aturan yang telah Dia tetapkan dalam hidup kita, insya'Allah.
Selepas ini, harapnya tiada lagi yang tersalah faham dengan ayat di atas...
P/S: Ikhlas itu urusan hamba dengan Allah...
23 Comments
sokong... manusia sekarang terlalu cerdik.. sehingga kan kene berubah cara pendekatan kepada mereka..
ReplyDeleteif seseorang tue tak menututp aurat.. dosa diowg sentiasa ada.. walaupun buat kebaikan.. tapi dosa lebih bnyk..
wallahu a'alam
suka dengan tajuk ni..
ReplyDeletehuuu..betol!
ReplyDeleteselalu owang slh anggap dan msih leka dgn word "tiada paksaan " nih...
stuju.. skrang org suka baca bahgian tiada paksaan tu jer, tak tekan kan sampai penghabisan ayat.. ish2..
ReplyDeleteyup2..ramai yang salah gunakan ayat ni..
ReplyDeletetajuk anda, woow! suke ini entri. nice. ;)
ReplyDeleteana setuju..
ReplyDeletengah...ramai org yg salah gunakan ayat ni...dia ambik yg awal je..
ReplyDeletesetuju dengan fasihah.
ReplyDeleteSangat betul tu Sunah..syukran utk entry yg cukup tepat dan jelas..
ReplyDeleteMmg btul ramai yg guna alasan 'la ikrooha fiddin' tu..once bergelar Muslim, kita perlu tunduk dan patuh kepada arahan dan perintah Allah dan Rasul. Bukan boleh main taram sesuka hati kita je
nice entry sunah....dahulukan hukum...
ReplyDeletesalah paham dalam agama Islam paling ditakuti
ReplyDeleteguna ayat2 utk kepentingan sendiri
kesian!
ikhlas 2 mmg xsape yg tahu...insyaALLAH lama2 harap hidayah allah akan sampai pd diri sndr wpun mula2 x ikhlas.
akk sndr stat pakai tudung sbb malu.malu sbb rambut pendek dan x cantik.lama2 bile da pakai malu nk bukak...alhamdulillah lama2 terasa hidayah da sampai utk tutup aurat terus. b4 2 puas mak pujuk pakai tdung.masa 2 darjah 5.hihi..
thanx sunah....
org sekarang banyak mencari alasan. huu mintak2 kita dijauhkan dari kesesatan. .
ReplyDeleteklau malas, kte kna paksa diri sndiri, lelama jdi satu kebiasaan buat kte, selalu je dgr org ckp cmtu .. sedih kn, mngkin dia lpa yg dia beragama Islam.. sbb nk samakan diri ngan org kafir.. nk bertanding ngan mereka sape lgi cntik, seksi menawan..
ReplyDeleteerm betui
ReplyDeletekalau pakse2 diri lame2 ley suke gak
Yup. ayat ni mmg org selalu salah guna.
ReplyDeleteTiada paksaan dalam memeluk Islam means menggunakan pendekatan yang lembut. Tetapi arahan Allah tetap mesti dipatuhi dan larangan Allah tetap mesti dijauhi.
Nice topic!
tuh lar.. pandai2 jek nak gunakan ALASAN ISLAM BUKAN AGAMA PAKSAAN atas smua tindakan yg dia lakukan.. yg wajib ttp wajib.. mana boleh nak tukar haram jadi halal kan.. :|
ReplyDeletetq dik atas perkongsian ilmu nie... Islam cukup indah
ReplyDeletejgn memudahkan agama untuk kepentingan diri senirik
ReplyDeleteKalu dah mmg ada dalam Islam. perkara yg wajib, mmg perlu di PAKSA.
ReplyDeleteContohnya : Sayidina Abu Bakar memerangi kaum yg tidak ingin membayar zakat.
mak setuju!!!!
ReplyDeleteada jugak yg berfikiran mcm tu .. hurmmm
ReplyDeleteAssalamualaikum;)
ReplyDeletesuka ini.IKHLAS ITU URUSAN ALLAH..^^
semoga kak sunah berterusan menyebar dakwah.amin..
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com