Ticker

6/recent/ticker-posts

Hati-hati Membeli Juadah Berbuka Puasa di Bazar Ramadhan


KLANG 9 Ogos - Seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia setelah muntah dan cirit-birit selepas 12 jam berbuka puasa, manakala keluarganya dimasukkan ke hospital selepas mengalami simptom yang sama.

Bapa mangsa Mohamad Ali Khir, 37, berkata, Nurdini, 11, dan keluarganya berbuka puasa dengan otak-otak serta air batu campur yang dibelinya di sebuah Bazar Ramadan berhampiran rumah mereka di Taman Seri Mewah, Fasa 2, Meru dekat sini, Ahad lepas.

"Kira-kira setengah jam selepas berbuka dengan juadah berkenaan, perut saya mula berasa tidak selesa, dan kira-kira sejam kemudian kami sekeluarga dan pembantu rumah mula muntah-muntah dan cirit-birit sehingga tidak larat untuk bangun ke bilik air,” katanya kepada pemberita di Hospital Tengku Ampuan Rahimah hari ini. SAMBUNG SINI.

*****

Errr... Maappp, gambar makanan lagi...

Sempena bulan Ramadhan ni memang banyak pilihan juadah berbuka puasa kat bazar-bazar Ramadhan. Pilihan yang begitu banyak tu lah yang buat kita rambang mata nak pilih makanan mana yang  nak dibeli untuk dijadikan santapan ketika berbuka. Bila nampak banyak sangat makanan tu, kita kadang-kadang tolak ke tepi bab-bab kebersihan dan penyediaan makanan.

Sebab tu Allah mewajibkan kita sebagai umat Islam ni untuk carik makanan yang halal lagi baik - "halalan toyyiban". Halal dari segi penyembelihan dan penggunaan produk dalam makanan tu. Baik dari segi kebersihan semasa penyediaan, khasiat dalam makanan dan macam-macam lagi.

Sangat menghairankan bila ramai di kalangan umat Islam tak mengambil berat bab-bab macam ni. Ingat, ape yang kamu makan tu, akan jadi darah daging kamu, yang mana akan membentuk juga peribadi kamu. Amalan dan ibadah kamu juga amat besar pengaruhnya dari apa yang kamu makan~

So, hati-hati membeli makanan di bazar Ramadhan ye... Sebab tu orang kata, memasak sendiri di rumah lebih selamat dan meyakinkan... Insya'Allah...

Post a Comment

27 Comments

  1. innalillah... kesian budak tuh.. :(
    al-fatihah

    ReplyDelete
  2. ada gak bace kat paper harini. haih~ kesiankan.

    peniaga ni ada y pentingkan keuntungan je kebersihan taknak jaga...-.-'

    ReplyDelete
  3. pengalaman berniaga di bazar ramadhan... 90% tak solat asar walaupun surau dah depan mata... sangat menyedihkan. masing2 sibuk prepare utk jual bahan jualan jer...
    masak sendiri lebih baik :D

    ReplyDelete
  4. takot pulak

    tpi ai takde pilihn

    kne beli jugak

    kalau ai sakit...hurmmm

    ReplyDelete
  5. aiyaaaak
    dah bape byk belog mie jmp pasal makanan ni
    pitam 2 minit
    hehehe
    haiiit!
    bershla dalam segala hal kan =)

    ReplyDelete
  6. tinggal di asrama agak mustahil utk memasak... hhmm.. doakan supaya eyqa tak terlibat dlm kes2 mcm ni eah... huhuhu...
    p/s: terasa lapa tetiba.. adeh.. huhuhu..

    ReplyDelete
  7. waaa menakutkan... kes makanan basi pon banyak

    ReplyDelete
  8. ye la kan memasak sendiri memang lebih selamat

    ReplyDelete
  9. akak kalau pi bazar ramadhan mesti pilih gerai yg dah biasa beli dari last year lagi! dah yg penting tengok kebersihan gerai tu..

    ReplyDelete
  10. betul tu,,memang patut lebih berhati2 dlm pemilihn mknan,,,lagi bagus msk sendri wlupun simple,,,kalau tk berkesempatan tu apa nk buatkan,,jom baca sini lak,,

    http://missina08.blogspot.com/2011/08/tips-membeli-juadah-berbuka.html

    ReplyDelete
  11. skrang pun dh ramai yg mula beli kat pasar ramadan. dah malas nk masak..

    p/s: spageti tu. sdap

    ReplyDelete
  12. erm... akak jarang beli, masak pn x.. makan makanan yg dh dok sedia tu je.. Alhamdulillah kebersihan terjamin

    ReplyDelete
  13. makan otak2 je pun kan... ntah salah sape.. peniaga yg jual makanan basi atau kombinasi makanan tu tak kene...

    tapi mmg dah ajal budak tu kan..

    ReplyDelete
  14. Betol.. rambang mata kalau banyak2..

    kalau mak tak tau nak masak apa, barulah beli lauk kat bazaar..hehe

    ReplyDelete
  15. yup, memang kena hati-hati. kadang-kadang diorang nih bukan fikir sangat pun kebersihannya.

    ReplyDelete
  16. masak dirumah sendiri adlh paling baik...

    ReplyDelete
  17. kadang2 beli, kadang2 masak. beli pun cuma 2 jenis makanan je, kalau tak habih, esok makan lagi....tahun ni rasa lebih jimat dari yg sudah2.

    ReplyDelete
  18. Al-Fatihah... sedih akak baca berita ni tadi..

    ReplyDelete
  19. kesian, ajal bulan puasa

    kena pandai pilih, nak selamat, masak je sendiri

    ReplyDelete
  20. memang perlu hati2 sebab peniaga ni tahu untung je kan..aishh...-dah dapat cirit birit free,,-.-'

    ReplyDelete
  21. kesian semalam budak yang meninggal itu..=(

    ReplyDelete
  22. betul2 masak sendiri lagi baik tapi saya malas nak masak...mcmna tu? hehehe

    ReplyDelete
  23. kesian kat budak tu, huhu

    p/s : nasib baik tak pergi bazar lagi setakat ni

    ReplyDelete
  24. haaa. masak kat rumah je senang. hekhek

    ReplyDelete
  25. nice peringatan
    saya suka pakai beli je .
    sebab nak cepat . hoho

    visit mine
    http://athirahshariffudin.blogspot.com/2011/08/kenapa-artis-korea-diminati.html

    ReplyDelete
  26. td baca tp x sempat komen.
    pas2 akak tersaiko
    tb2 akak cirit birit gak T__T

    waaa smlm beli sambal udang kt pasar ..waaaaa

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com