Ticker

6/recent/ticker-posts

Eh, Ustazah! : Tarawih


Alhamdulillah. Hari ni hari kelima puasa di bulan Ramadhan. Ustazah tak gi bazar, memasak kat dapur dibantu adik kesayangan, Amalina. Kawan ustazah dengan kawan Amalina pun ade, Asma dan Nori.

Amalina: Akak, donat pelangi ni da boleh goreng tak?

Ustazah: Ha...boleh dah tuu. Dah kembang menggebu punnn...goreng guna api sederhana ye, takut kang hangit pulak.

Amalina: Okehhh~

Asma: Pandainya Ina masak, dah boleh jadi menantu orang da ni.

Nori: Yang nkoo tu Asma, duk tengok aje dia menggoreng donat. Bek ko tolong aku potong agar-agar nehhh.

Ustazah: Hehehe... Best pulak kannn berbuka bersama ni. Lepas berbuka kang kita gi tarawih pulak yee~

Asma: Wahhh~ Seronok lak dapat gi tarawih kat masjid ramai-ramai.

Ustazah: Tarawih ni kan sebenarnya boleh dibuat kat rumah jugak. Tak semestinya kat masjid aje.

Nori: Eh, ye ke ustazah? Tak tau pulak boleh gitu. Selama ni kalau tak dapat gi tarawih kat masjid memang terus rasa sedih sangatttt!

Ustazah: Ermmm... First sekali kita kena tahu, tarawih ni hukum mengerjakan dia sunat muakkad, iaitu sunat yang dituntut. Mengerjakannya dapat pahala, meninggalkannya tak berdosa.


Ustazah: Dan bila buat solat tarawih ni kita boleh buat sama ada secara berjemaah atau bersendirian.

Nori: Aha, teringat kisah yang Rasulullah gi solat tarawih beberapa malam kat masjid tu. Then ada satu malam baginda tak datang ke masjid sebab takut solat sunat tarawih berjemaah ni diwajibkan pulak.

Asma: Hoh??? Kenapa baginda takut solat sunat tarawih ni diwajibkan?

Ustazah: Sayang, solat lima waktu sehari semalam pun umat akhir zaman ni rasa sangat berat nak tunaikan, apatah lagi solat sunat tarawih yang penuh sebanyak 20 rakaat.


Ustazah: Walaupun Rasulullah buat juga solat sunat tarawih bersendirian, tapi solat sunat tarawih secara berjemaah tu tetap lebih afdhal dan banyak ganjarannya.

Amalina: Subhanallah. Rasulullah pun boleh memahami umatnya, kenapa kita tak berusaha nak memahami kelebihan semua amal ibadah ni ye...

Ustazah: Hurmmm...tu bagi yang baca ni renung-renung sendiri ye. Kadang-kadang yang 8 rakaat pun rasa berat aje.

Nori: Eh, kejap 8 kejap 20. Sebenarnya berapa rakaat solat sunat tarawih ni?

Ustazah: Sebenarnya Rasulullah tak menetapkan berapa rakaat yang perlu dilakukan. Pada zaman baginda, solat ni didirikan 8 rakaat, supaya tak menimbulkan keberatan. Pada zaman Khalifah Umar al-Khattab pulak, beliau menambah hingga 20 rakaat.

Asma: Dan sampai sekarang kat negara kita pun ada yang buat 20 ada yang buat 8 kan, ustazah?

Ustazah: Aha...betul tu. Baginda cuma menggalakkan agar kita solat sunat secara terus-menerus tanpa batasan.


Nori: Owhhh...jadi eloklah kalau kita perbanyakkan rakaat dia sepanjang bulan Ramadhan ni ye, ustazah~

Ustazah: Yup, tak kisah bila-bila asalkan dalam waktu selepas solat Isyak dan sebelum solat Subuh. Kalau nak buat di sepertiga malam pun boleh. Lepas tu buat witir satu atau tiga rakaat.

Asma: Alhamdulillah, dengan amalan ni insya'Allah kita boleh mendekatkan diri kepada Allah kan... Tambah-tambah bulan Ramadhan ni bulan mulia, syaitan pun tak berani kacau.

Ustazah: Aha...bila lagi kita nak dapat peluang macam ni, kan?

Amalina: Wahhhh~ Jom lerrr tarawih!

Ustazah: Ehhh, kita berbuka dulu ye...lepas Isyak kang baru tarawih.

Amalina: Erkkk! Terlupa pulak! Hahaha~

Azan Maghrib berkumandang menandakan waktu berbuka puasa. Mereka membaca doa berbuka puasa bersama-sama.


Ya, bulan Ramadhan sahaja yang mana syaitan dibelenggu daripada menggoda-goda manusia. Tetapi nafsu manusia tetap ada bagi menguji keimanan. Dengan peluang yang ada, kenapa tidak kita isi malam-malam Ramadhan kita dengan amalan-amalan yang tidak akan merugikan kita, malah ada begitu banyak manfaat dan ganjaran yang akan kita perolehi darinya. Masa ni jugaklah nak latih diri untuk berqiamullail sebelum masuk waktu Subuh. Selamat beramal ibadah di bulan Ramadhan.

Post a Comment

23 Comments

  1. terawih ni banyak kelebihan nya. tapi, pling sedih tgk masa malam2 teakhir ramadhan.. mkin kurang orang.

    ReplyDelete
  2. eh, bru perasaan nama asma tu...
    hehe.. terima kasih=)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulilah ayie masih dpt menunaikan solt terawih 8rakaat + witir 3rakaat..

    ReplyDelete
  4. heheh.. maceh ustazah.. alhamdulillah. smoga sepanjang bulan ramadhan ni kita tak miss solat tarawih.. insyaAllah.. :D

    ReplyDelete
  5. baik ustazah

    terima kasih atas peringatan n ilmu bru

    ReplyDelete
  6. weeee
    betol2!
    kat sini payah nak jumpe suro terdekat
    wuwuw
    buat terawih kat umah je...

    ReplyDelete
  7. nest arr baca dialog ngan ustazah nie.. teringat waktu kecik2 dulu waktu masih jahil.. haaaah

    ReplyDelete
  8. betul, terawih ikut kemampuan :)

    ReplyDelete
  9. nice!
    nak beribadah tu tak kisah di mana pun kan?

    ReplyDelete
  10. ustajah2...kalo tarawikh tu die jadi eja dgn huruf KHA kan..

    ReplyDelete
  11. menarik jln cerita ni Sunah.. hehe

    ReplyDelete
  12. hee, dulu berat gile nak g terawikh ni,selalu sgt memonteng, tahun ni nak jadi baik da:)

    ReplyDelete
  13. terbaik ustazah sunah..santai je baca..hehe

    ReplyDelete
  14. tq ustazah..:D

    Rasulullah SAW rasanya ada buat terawih sampai ke waktu sahur kan bersendirian..tak ingat..huhu

    ReplyDelete
  15. terawih..best......masa ni lah nak jumpa masyarakat setempat.....bukan senang nak jumpa...masing2 sibuk bekerja bila siang..

    ReplyDelete
  16. salam ustazah ^
    lma x mengomen sini..

    best pengkongsian psl terawih ni ^^

    ReplyDelete
  17. terima kasih atas dialog nie..1 pengetahuan :)

    ReplyDelete
  18. ustazah..
    perkongsian yang bagus..
    kdang2 berjemaah kat umah je.
    malam2 susah sket naek bot gi masjid..

    *kat pulau ni takde masjid mahupun surau.* ^^,

    ReplyDelete
  19. sunah,nape eks bilangan komen kt widget 2 bkurang?akk rs sunah penah ckp dl.huhu tp x ingat

    ReplyDelete
  20. pemsan!! tb2 akk dpt byk referral dr entry awk ni..pdhal nama akk xde pun dlm entry.huhu..
    thanx sunah..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com