Jealousy... by ~achewlim on deviantART |
Malam tadi tengok Kias Ramadhan kat TV3 lepas drama Ramadhan Terakhir.
Menarik gak Kias Ramadhan ni. Suka macam mana Zainal Ariffin buat kesimpulan kat hujung-hujung setiap babak. Ayat yang dia guna tuuu, buat semua orang berfikir. Ayat power mengalahkan Karam Singh Walia sudahhhh~ :p
Macam malam tadi, ade satu babak tentang dengki. Kisah dengki-mendengki peniaga murtabak kat Bazar Ramadhan. Sampai siap jumpa bomoh nak jatuhkan orang lain. Medium yang digunakan sebagai pengantara? Cuka.
Cuka rasanya masam. Cuka banyak gunanya dalam makanan. Cuka kalau guna dengan betul akan menyedapkan makanan. Tapi cuka...kalau terlebih campur dalam makanan, rosaklah makanan tu.
Kalau dengki???
Dengki kalau campur sedikit pun dah merosakkan kehidupan manusia. Takde istilah guna dengki dengan betul dalam hidup manusia ni. Dengki memang sah-sah perbuatan yang tak disukai oleh Allah. Sebab dengan dengki lah manusia berpecah-belah dan saling menjatuhkan. Bertambah buruk bila perbuatan dengki-mendengki ni adalah bila mereka yang mendengki mengajak orang lain turut sama mendengki. Macam mana tu?
Fikir-fikir sendiri ye~~~
Kamu yang membaca ni, hati-hati lah ye... Takut terikut orang-orang yang mendengki...kang tak pasal-pasal kaki kamu tertarik ke dalam neraka sekali!
28 Comments
likee likee like!!
ReplyDeleteDengki ni keadaan apabila diri kalah kepada diri sendiri. Apabila lihat orang berjaya, seharusnya kita berusaha lebih kuat untuk sama-sama atau lebih berjaya daripada orang lain, tetapi sebabkan diri sudah kalah kerana kelebihan orang lain menyebabkan timbulnya dengki.
ReplyDeleteIbarat hanya sekadar mengelakkan orang lebih daripada kita, timbulnya dengki hingga sanggup melakukan perbuatan yang menjatuhkan orang lain.
Dengki...memang bahaya sifatnya...apapun kita kena berhati2...
ReplyDeletesy belum pernah berkesempatan utk menonton kias Ramadhan..tapi menarik kupasan yg awk buat ni..
ReplyDeletedengki merupakan salah satu sifat mazmumah..bila ssorg tu terjebak dgn sifat tak elok ni, boleh memusnahkan diri..boleh timbulkan pergaduhan, fitnah bahkan perpecahan..kuasanya sgt besar tapi perlulah dikawal dgn akal & ilmu..
dengki utk hal yg baik cth nak berjaya lebih bersungguh2, kena usaha kuat tanpa niat jahat..baru hidup ada matlamat
dengki tu spt api yg membakar daun2 kering
ReplyDeletedah buat wall post dah pn pasal budak2 dengki nih... haihh...
ReplyDeletedengki.. besar maksudnya..
ReplyDeletetapi..
kak pula terasa bab my sifu.. sedihnya saya
dengki dan manusia tak dapat dipisahkan..
ReplyDeletebetul tu!
ReplyDeletesemakin maju dunia ni semakin banyak orang yang dengki khianat!
tapi jangan lupa asal usul kita, semuanya hanya pinjaman semata2 dari Allah SWT... ingat kita akan kembali kepadaNya nanti!
kalau dengki kearah kebaikan?
ReplyDeleteEm2 dengki sampai jumpa bomoh tu takut jgk tengok..nape la sampai macam tu sekali nak meniaga T_T
ReplyDeletehehe tengok gak mlm tadi..
ReplyDeletelikee likee likee..
ReplyDeleteterbaik kk yup kadang2 pelik jugak bila tgk orang lain degki dengan kejayaan orang lain,,
semua orang ada rezeki masing-masing kan ;)
hmm, dengki dgn org berbuat kebaikan, ok lah juga kan? kita pun nak wat...tp kalau dengki gitu?hermmm
ReplyDeleteko tau tak ade dengki yg positif
ReplyDeletebetul tu syg ..
ReplyDeletehope dijauhkan dr sifat2 dengki dan dr org2 yg bersifat dengki..
Dengki memang bahaya. Manusia suke tak boleh melihat orang lain lebih sket. Moga kita terjauh dari perasaan ini.
ReplyDeletejauhkan diri dari sifat dengki
ReplyDeletesangat2 bahaya
erm hebat
ReplyDeletebetulla
ade baiknye dengki
tp ke arah positif la
dengki semakin berleluasa skrg..mcm2 nak dengki..pantang tgk org lebih sket..huhu..btw, kias Ramadhan tuh best sgt.. :D
ReplyDeletecuka dengki jadi masam le muka masing2.. sedih juga dgn trend sekarang ni.
ReplyDeletemalam tadi mmg tengok drama tu, patut la saya sakit perut makan murtabak rupa2 nye saye cicah ngan kuah bawang + cuka,..
ReplyDeletejom singgah ke blog saya hari ni ada pelbagai informasi terkini,.
tajuk utama hari ni di blog saya,.
ketua wanita pkr gelugor peluk islam,
4 lelaki rusia dipenjara 36 tahun kerana rogol pelajar malaysia, bapa didakwa kerana cuba sembelih anak,, dan pelbagai info menarik yg ada dari luar dan dalam negara,. jom2 terjah,.
hasad dengki ni blh menarik kte ke mcm2 jenis perbuatan yg kejam... jdi hati2 lah, jauhi sikap yg keji ni..
ReplyDeletetngok gak cte tu mlm td...baik pny hos tu kias...
ReplyDeletedengki memakan diri..be careful kalo berkawan..sebab ade kawan yg dengki sanggup tikam belakang oh..
ReplyDeletetak elok dengki2 ni..isk2
ReplyDeletesy dgki awk punye blog warna merah . haha
ReplyDeletebaik. xnak dengki lg la. heheh
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com