Ticker

6/recent/ticker-posts

Cemburu vs Dengki


jealous by *kanikey on deviantART

Ya, ada yang komen mengenai dengki yang positif.

Dengki yang positif? Ade ke? Menurut yang saya fahami dan merujuk kepada PRPM (Pusat Rujukan Persuratan Melayu), yang positif yang kamu maksudkan itu adalah cemburu atau iri hati.

Cemburu menurut Kamus Dewan Edisi Empat, maksud yang pertama membawa kepada "iri hati (kerana orang lain pandai, berharta, dll)." Ya, yang ini ada positif dan negatifnya. Cemburu bila melihat orang lain lebih berjaya, menyebabkan dia berusaha untuk berjaya juga macam orang tu. Cemburu melihat orang lain dapat nombor 1 dalam kelas, menyebabkan dia belajar bersungguh-sungguh untuk dapat nombor 1 jugak. Cemburu berbeza dengan dengki.

Dengki pulak menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua membawa maksud "tidak suka, marah dll kerana cemburu; benci kerana terlalu cemburu; iri hati", manakala hasad dengki dalam Kamus Dewan Edisi Empat pulak bermaksud "dengki, cemburu (disertai niat jahat)."

Nampak kan bezanya? Cemburu tu bila da jadi terlalu-lalu berat akan menyebabkan lahirnya perasaan dengki. Bila da dengki, muncul rasa nak jatuhkan orang lain. Itu yang dinamakan niat jahat.

Jadi, takde dengki positif. Yang positif itu cemburu.

Post a Comment

17 Comments

  1. sy xde awek so takde kejadian cemburu hehe ^^

    ReplyDelete
  2. memang susah untuk hilangkan cemburu :D

    ReplyDelete
  3. cemburu ke arah kebaikan tape :)

    ReplyDelete
  4. aik..beza ke due tu???
    oooo..bru kak limah paham :)

    ReplyDelete
  5. Betul! I LIKE PRPM. :-)



    Terbaru dari Logokoko:

    [13SX] Ketiak

    [U] Amoi comel

    [U] Kentut durian

    ReplyDelete
  6. Cemburu yang buatkan kita lebih bersemangat dan membawa ke arah kebaikan tak ada masalah kan.. :)

    ReplyDelete
  7. cemburu tu bagus... sebab boleh memotivasikan kita untuk berkerja dengan lebih kuat... tapi kalau berlebih-lebihan punye cemburu tu yg tak best...

    ReplyDelete
  8. Oh okey. mknanya sy perlu cemburu dgn akak sbb bnyk follower. bkn dengki. eh! heheh

    ReplyDelete
  9. salam..hilangkn rasa cemburu ngan sebaik2nya...jgnlah ia menguasi hati n perasaan kita...:)

    ReplyDelete
  10. aku le tu yg komen cenggitu..wakakak..dah agak dah ko kompom wat entry..

    ReplyDelete
  11. Segala yang baik adalah dari-Nya..
    Berusaha menjadi lebih baik dari semalam..

    ReplyDelete
  12. jauhi sifat dengki..
    cemburu pula biar yg positif.. hee~~

    ReplyDelete
  13. dengki yang positif = cemburu la kan?

    cemburu yang negatif = dengki kan?

    haaa, camne ni kak sunah?

    ReplyDelete
  14. biase lah manusia tak lepas dari perasaan tak puas hati, bila tak puas hati mula ler rasa benci bila dah benci maka timbullah rase dengki,..
    jom singgah ke blog saya ada pelbagai info2 terkini dari luar dan dalam negara,.
    antara tajuk utama luar negara,
    projek belon angkasa 2013, pengasas apple letak jawatan, nelayan temui ketam ganjil,
    antara tajuk informasi dalam negara,
    ketua wanita pkr gelugor peluk islam, bapa didakwa cuba sembelih anak, penoreh getah didakwa kerana bunuh bapa,. dan pelbagai lagi info2 terkini yg menarik,. jom terjah,..

    ReplyDelete
  15. ok..rasa macam kenaa.huhu tu lah tak fikir panjang tulis komen tadii

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com