Ticker

6/recent/ticker-posts

Andai Hati Ini Boleh Dipegang...


Shell of a Butterfly by ~TheSaval on deviantART

Andai hati ini boleh dipegang oleh kita sendiri...

Tentu tak susah nak istiqamah kan? Tetap ajeee di jalan yang kita nak. Contohnya, kita letak kehendak kita untuk terus tutup aurat sampai mati, so kita pegang benda tu sampai mati. Takde da halangan-halangan lain dari luar. Da takde anasir-anasir dari syaitan untuk menggoda kita sebab kita je yang boleh pegang hati tu.

Tapiii...itu 'andai'. Hakikatnya, hati kita bukan kita yang pegang. Allah yang pegang. Mesti pernah bermain dalam fikiran kamu-kamu semua, kalau Allah yang pegang hati kita, kenapa tidak Dia tetapkan saja kita semua pada jalan Dia, biar semua orang masuk syurga. Takde yang jahat, takde orang buat dosa, takde yang masuk neraka. Kannn?

Sebenarnya, Allah yang Maha Berkuasa membolak-balikkan hati manusia punya sebab di sebalik setiap apa yang terjadi. Biarpun hati kita ni Dia yang pegang, tapi hati ni terletaknya dalam tubuh badan kita. Yang bergerak selepas satu keinginan dalam hati itu adalah kita. Yang memilih selepas diberi petunjuk oleh Allah itu, kita.

Bukan mudah untuk mencapai kedudukan di sebelah Dia di akhirat. Bukan mudah juga untuk menjadi hamba yang bertaqwa, yang mana hatinya sentiasa ingat akan Allah. Segala-galanya perlu pada usaha dari diri kita sendiri... Kerana Allah telah berpesan dalam al-Quran...


Sesungguhnya hati kamu itu sedang diuji, siapa yang kuat dan sentiasa meminta agar ditetapkan hatinya dalam iman, terus berada di jalan yang benar, insya'Allah akan Allah pegangi hatinya setimpal dengan usaha dan doanya.

Jangan lupa tawakkal~

Post a Comment

15 Comments

  1. entry i entry nadh ngn entry yu y ni mcm berkait..secara tk lngsung

    terima kasih ats ingatan

    ReplyDelete
  2. betol2.. pernah sertai daurah, dan dalam daurah tuh diajar manusia cuma ada pilihan, jadi pilih la yang terbaik.. :D

    ReplyDelete
  3. =)
    berdoa supaya hati kite tidak dibolak-balikkan kan =)

    ReplyDelete
  4. memang senang la hidup ni kalau Allah dah tetapkan semua orang masuk syurga..

    ReplyDelete
  5. insyaAllah, semoga sentiasa teguh dan kental :)

    ReplyDelete
  6. Allah yang pegang hati kita dan hati dia
    pohonlah pd Allah supaya apa yg ragu2 tu membawa ke arah kebaikan bkn pd keburukan

    tb2 mcm x masuk komen ni.haha

    ReplyDelete
  7. jaga lah hati.. jangan di kotori... kotor nya hati... habis semua nya...

    ReplyDelete
  8. hati Allah yang pegang, tetapi kita yang mengawalnya..:)

    sentiasa jaga hati..:)

    ReplyDelete
  9. semoga Allah tidak membolak balikkan hati2 kita..
    semoga Dia tetapkan hati kita.dan sentiasa pegang..agar kita tidak jauh dariNya..amin

    ReplyDelete
  10. tanpa ujian manusia akan alpa ... dengan ujian Allah sentiasa di rindui kerana ujian Allah memberi peluang pd hambaNYA

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com