20/07/2011 4:18am
ASHDOD, Israel 20 Julai – Tentera laut Israel mengiringi bot layar Perancis yang membawa 16 aktivis pro-Palestin menuju ke pelabuhan Asdod selepas ia dirampas oleh pihak berkuasa di sini, semalam.
Bot layar Dignite/Al Karama memasuki pelabuhan tersebut sambil diiringi tiga kapal peronda Israel selepas dipintas di perairan antarabangsa ketika mereka menghampiri pantai Genting Gaza dalam percubaan untuk melanggar sekatan rejim Zionis.
Sementara itu, pihak ketenteraan menyatakan kesemua aktivis termasuk tiga wartawan yang berada dalam bot tersebut akan disoal siasat oleh polis dan berkemungkinan diusir keluar dari Israel. – AFP
*****
Sampai bila agaknya ye, Palestin akan terus dibonekakan oleh Zionis Israel? Mereka di sana memberontak jiwanya kerana tanah pusaka nenek moyang mereka dirampas, kiblat pertama umat Islam ditawan, saudara seagama pula ditindas beramai-ramai...
Kita di sini? Masih terus-terusan melayan McD, masih terus duduk menghirup kopi di Starbucks, masih tidak mahu berhenti menjamah Maggi dan Kit Kat, masih tidak betah meninggalkan Milo dan Nescafe, masih tidak rasa apa-apa untuk menyumbang sebutir peluru bagi membunuh saudara seagama kita di sana...
Tepuk dada, tanya iman... Tak ke mana kalau berhenti sekejap tanpa usaha yang istiqamah... Nak ucap selamat tinggal kepada produk penyumbang Israel, memang perlu kekuatan...bukan kekuatan fizikal, tetapi kekuatan iman dalam hati!
20 Comments
nesloo sudah menjadi kegemaran ramai..tu yang susah tu..huhu..salahkan blog nesloo..
ReplyDeleteselamat tinggal yg memang perlu istiqamah..
ReplyDeleteeh lupa..sunah,akak kat floria 2 sibuk carik sakura je
ReplyDeletesampai semua bunga yg comel2 akak tanya kwn akk,ni sakura ke.hehe
cmne rupa betul die ya?bile tgk bunga sakura dlm entry sunah ada byk jenis ya
da tak minum milo..
ReplyDeletetapi still minum nescafe..
ehmmm..
di buat main lak cik H.J ni...ish...ish...
ReplyDeletehuhuhuhuuhuh..... entry ini sangat mengharukan dik
ReplyDeleteitu lah manusia...kat suke jaga tepi kain... sampai kes2 mcm ni pun di pandang sebelah mata je...
ReplyDeletesatu masa nanti palestin sekali lagi akan bangkit...tu janjoi dalam al-quran...tunngu je bila tiba masa nya...
kesian ngan mereka, kwn2 akak kt sana ckp. bila waktu makan, mereka xsanggup nk makan sbb kanak2 hulur2 tangan utk mintak makanan tu, sedih je rasa..
ReplyDeleteMilo dan nescafe tu sila salahkan JIJI.. suh dia tukar url... :D
ReplyDeletebnyk lg brang yg mnyumbang kpd israel. kesedaran msih trlalu sikit
ReplyDeletebanyak sangat alasan, susah nak mula. rumah sy pun byk. .camne ni ek?
ReplyDeletebetul tu kak, kempen dah banyak, tinggal hati je, nak sedar ke x....
ReplyDeletebetol!~ kene lihat jao..yg lebih menderita di sana..
ReplyDeletesunah: huhu....pernah cuba..terkadang terleka seketika
ReplyDeletesusa ble dah jadi tabiat
ReplyDeletebnyk gne barang israel huhu
slmt tggl sunah...-.-'
ReplyDeletemoga Allah melindungi mereka2 yg teraniaya
mmg sukar...dan amat sukar sbnrnya.cam akak,tmpt mkn tu semgu sekali adalah hiburan buat anak2 bila ayahnya tiada..huhu.
ReplyDeleteair milo adalah air wajib buat anak2 plg kurang 4 kali sehari tak termasuk horlick.aduhhh
bila dah jadi tabiat, tu la pasal susah nak tinggal.
ReplyDeletetapi, boleh dengan kekuatan jati diri yang tinggi :)
susah..tapi kena cuba juga!haisshh
ReplyDeletemmg payah kak nak buang kebiasaan seharivharian ni. hmm.
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com