Ticker

6/recent/ticker-posts

Eh, Ustazah! : Qasar dan Jamak


Hari ni ustazah dengan adik dia, Amalina gi Kuala Lumpur. Sorang lagi kawan ustazah ikut, ustazah panggil dia Shida je. Disebabkan diorang ni dari Pahang datang jauh ke Kuala Lumpur, maka bolehlah dikira sebagai bermusafir.

Shida: Alhamdulillah, sampai hotel jugak kita.

Ustazah: Alhamdulillah... Kesian adik akak, mesti penat.

Amalina: Huhuhu... Penat gak. Dah lah tak solat lagi...

Ustazah: Eh, sekarang pukul berapa? Da masuk Asar ke?

Shida menjeling jam tangan. Kemudian melihat jadual waktu solat di dinding hotel.

Shida: Lagi 10 minit nak masuk Asar.

Ustazah: Kalau macam tu, kita buat jamak takhir dengan qasar ye nanti. Sebab masa 10 minit tu tak sempat untuk kita amek wudhu' dan solat Zohor.

Amalina: Oooo...akak, kalau nak solat jamak dengan qasar ni boleh buat masa bila je?

Ustazah: First sekali kita tafsirkan dulu solat qasar ni ape, iaitu memendekkan solat 4 rakaat kepada 2 rakaat.

Shida: Solat 4 rakaat je ye, kalau Maghrib dengan Subuh sah-sah la tak boleh qasar, kan?

Ustazah: Yup. Hukum mengqasarkan solat ni pulak adalah harus berdasarkan dalil kat bawah ni.


Amalina: Eh, kalau takde serangan orang kafir lak? Masa zaman-zaman kita yang da kurang berperang sangat ni, pun boleh qasar jugak ke???

Ustazah: Insya'Allah boleh... Dulu ade sorang sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w.


Amalina: Alhamdulillah... Allah Maha Pemurah kannn... Ade syarat-syarat tak nak buat qasar ni, akak?

Ustazah: Adeee... Kalau nak buat qasar, jarak perjalanan kenalah melebihi 2 marhalah, iaitu lebih kurang 90 kilometer. Perjalanan tu pulak hendaklah diharuskan oleh syarak. Niat qasar tu jangan lupa masa takbiratul ihram. Dan kalau nak amek pahala berjemaah, pastikan kita tak berimamkan orang yang solat tamam (solat rakaat sempurna).


Shida: Pernah gak dengar pasal limit-limit waktu perjalanan kalau nak buat qasar ni... Yang tu cane lak?

Ustazah: Masa buat solat qasar ni, kita hendaklah masih dalam musafir. Dan kita berniat untuk bermukim tak melebihi tiga hari, tak termasuk perjalanan pergi dan balik.

Amalina: Ermmm...kalau lebih dari tiga hari tu, dari awal lagi kena solat sempurna la kan, ustazah? Eh, akak... Hehehe...

Ustazah: Aha...kalau dari awal da tau yang kita akan bermukim lebih lama, lebih afdhal untuk buat solat sempurna. Sebab bila lebih lama, selalunya aktiviti kita tu takde la pack sangat untuk buat solat penuh.

Shida: Ermmm...yang jamak tadi, macam mana pulak?

Ustazah: Jamak ni maksudnya, himpun. Dari segi istilah, menghimpunkan dua waktu solat dalam satu waktu dengan syarat-syarat tertentu. Solat jamak ni terbahagi kepada dua...


Shida: Mesti ada syarat dia masing-masing kan?

Ustazah: Yezzaaa~~~ Nak buat solat jamak taqdim ngan jamak takhir ni ada syarat-syarat tertentu.



Ustazah: Tengok kat atas tu, pastikan kita dah ada niat nak solat jamak takhir dalam waktu solat pertama lagi. Kalau tak berniat, tak sah solat jamak takhir kita, kena lah buat solat sempurna dan qada' untuk waktu solat yang tertinggal.

Amalina: Owhhh, kena niat awal-awal ye... Kalau niat solat dia pulak, camne akak?

Ustazah: Niat untuk solat jamak ni macam kat bawah... Kalau nak jamak dengan qasar sekali pun boleh...



Shida: Alhamdulillah... Baru faham cara-cara dia sekarang. Subuh lak mesti la takleh jamak kan? Hehehe...

Ustazah: Haa... Jangan kang ada yang jamakkan Subuh dengan Dhuha. Tak ade okehhhh! Eh, da masuk waktu Asar, jom lah kita solat!

Amalina: Akak jadi imam!!!

Ustazah: Hamboiiiii... Kali ni Ina pulak!

Amalina: Alaaa... Kak Shida lahhh... Hahaha~

Shida: Ehhhhhh... Akak pulak! Kamu lahhh...

Ustazah: Sape lambat amek wudhu' kena jadi imam! Byeeeeeeeeeee~~~

Mereka berebut-rebut mengambil wudhu' untuk menunaikan solat.


Jamak dan qasar adalah keringanan yang Allah berikan kepada hambaNya yang sedang bermusafir. Dengan keringanan ini, insya'Allah ibadah yang wajib boleh dilaksanakan walau dalam kesibukan atau kesempitan waktu yang nyata agak penuh dengan aktiviti. Tiada alasan lagi untuk tinggalkan solat!

P/S: Rujuk E-Solat untuk niat dalam Bahasa Arab.

Post a Comment

31 Comments

  1. bes!
    heeee..cam g kelas agama plak..hehe =)

    maceh akak!

    ReplyDelete
  2. thanks sunah.. terbaek.. baca entri ni boleh ulang kaji balik pasal jamak dan qasar ni.. hehe~

    ReplyDelete
  3. cuma solat jumaat ja yang tak boleh di qasarkn..dn mungkin jamak skali..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. hee~ best XD

    p/s : kak sunah jom join segmen :P

    ReplyDelete
  6. Posting yang menarik dan berilmiah...:-)

    ReplyDelete
  7. taula bertige kat hotel tu

    huhu


    mekasih sunah~

    ReplyDelete
  8. wah...nak ber gathering kan hari nie...

    ReplyDelete
  9. pengajaran mengenai solat jamak & qasar yang menarik dan mudah faham..kadang2 boleh keliru...
    lain kali ajar pasal bende lain plak..hehe.. =)

    ReplyDelete
  10. masya ALLAH ..akk kagum dgn penulisan sunah
    sgt terperinci
    ..

    ReplyDelete
  11. hurm selalu terkeliru ngn solat jamak n qasar nie..
    alhamdulillah pt menambah ilmu agama di pagi sabtu nie :)

    ReplyDelete
  12. Sunah...thanks ;) ingatan bagi yang terlupa

    ReplyDelete
  13. Syukran yg ustazah!..=)

    "wa tawa soubil haqq"

    ReplyDelete
  14. - selalu juga qasar & jamak bile jauh berpergian...

    ReplyDelete
  15. yezza, rindu eh ustazah

    emmmmmmm,

    ReplyDelete
  16. dik sunah...nice sharing...cik sue suka!!! =D

    ReplyDelete
  17. terima kasih kak sunnah atas perkongsian ilmu nie..incya-ALlah bermanfaat untuk kita semua

    ReplyDelete
  18. emm...akak pun pernah buat entri pasal ni...sebenarnya masih ramai yang tidak tahu tentang qasar dan jamak ni...huhu

    http://zihnunfatin.blogspot.com/2011/04/fiqh-solat-jamak.html

    ReplyDelete
  19. kawen apel yang belajar oversea buat jamak ngan qasar masa belajar
    walaupun x cukup 2 marhalah dari hostel dan kelas.
    dia buat jamak ngan qasar jugak sebab susah nak solat dekat sana. .nak cari waktu solat ngan tempat solat susah sangat. .

    tapi kita ni, tmpat solat banyak pun taknak solat jugak.huuu

    ReplyDelete
  20. salam.. atia tag akak.. heeee~

    http://kisah-gadismelayu.blogspot.com/2011/07/qistina-first-give-away.html

    ReplyDelete
  21. DULU SELALU JUGAK BUAT SOLAT JAMAK & QASAR nie...SEKARANG SBB DAH LAMA TAK BUAT MACAM DAH AGAK2 LUPA PULAK.+_+

    ReplyDelete
  22. ilmu, alhamdulillah..makin faham :)

    ReplyDelete
  23. salam,

    tahniah sunah... perkongsian n penyampaian yg baik :) cuma ttg hal ni, ada ulama' yg berselisih pendpt ttg bbrp perkara kan...

    then, satu lg nk bgtau niat yelah yg kita qasadkan dlm hati ms mengangkat takbir... (dlm bahasa kita tu)... yg bhsa arab tu lafaz niat, tk baca pun tkpe, sbb bkn rukun solat... kkdg org slh fhm, dorang tk dpt laksanakan solat dgn baik dgn alasan tk hafaz niat yg arab tu...

    ReplyDelete
  24. first time belajar amal solat ni masa belajar kat pahang..^^,

    ReplyDelete
  25. hhm...refresh balik...akak selalu balik kg sekejap sekejap..memang selalu menggunakan keistimewaan ini

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com