Ticker

6/recent/ticker-posts

Cintaku Tertinggal di Lubuk Buntin


'Masjid' Nur Islam

Kereta membelok ke kanan.

Dari jalan tar ke jalan tanah pasir berbatu. Jalan lurus, tapi tidak rata. Hujan tengah malam tadi mungkin menyebabkan jalan tanah pasir itu berlopak air dan agak licin. Adik driver memandu dengan berhati-hati. Beberapa kali kereta tersengguk apabila tersilap langkah, termasuk ke dalam lopak air yang agak dalam. Perjalanan selama lebih setengah jam atas jalan tanah pasir berakhir dengan berjumpa semula jalan tar.

"Aik, jalan tar sekerat jek? Sape ye menang kat sini? Next time kita pangkah sekerat aje!" kata-kata hosmet membuatkan saya tergelak dan berfikir jauh.

Tarikh siap...dua tahun lepas...

Benar, Kampung Lubuk Buntin, Simunjan, yang terletak jauh di pedalaman agak kurang dari segi kemudahan infrastruktur. Malah, setiap rumah di kampung ini memerlukan satu generator sebagai sumber elektrik. Air? Dari takungan air hujan. Tentulah airnya tak macam air kamu-kamu di bandar ni - bersih jernih! Tapi air itulah yang digunakan untuk membasuh setiap hari.

Ahli Muslim Care bersama AJK muslimin dan masyarakat kampung muslimin

Saya difahamkan, pihak Muslim Care telah memilih kampung ini sebagai tempat aktiviti Jejak Ziarah Dakwah Sarawak bersama Syabab Synergy Training Consultant. Jelas mereka sangat bersenang hati apabila ada pihak-pihak yang sudi datang ke kampung mereka yang jauh terpencil untuk bersama-sama merasai suasana kampung yang kurang serba-serbi.

Anak-anak kecil ini perlukan bimbingan...

Jiwa-jiwa di sini sangat bimbang andai ada yang tidak kuat hatinya akan terpesong akidahnya jika tiada tempat untuk mereka berkongsi rasa tentang hidup di muka bumi sebagai hamba Allah. Melihatkan keadaan masyarakat kampung yang boleh dihitung bilangannya yang faham Islam, ternyata mereka sangat memerlukan bimbingan terutama anak-anak kecil yang sedang membesar. Bak peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya, mendidik anak-anak ini tentang Islam dan kehidupan, hendaklah sedari usia semuda ini.

Anak-anak kecil ini masih dahagakan ilmu tentang hidup...

Mereka masih berusaha mengenali dunia... (cuba cari Remy Ishak dalam gambar)

Apabila kembali ke bandar dari Lubuk Buntin dan melihat rumah-rumah besar pelbagai bentuk dan gaya yang tersergam sebiji-sebiji atas tanah luas yang hijau dan berpagar besi yang menyilaukan mata tatkala sinaran matahari memancar terik, saya tertanya-tanya, mana pihak yang gah berkata semasa meraih pangkah???

NAJIB kecil... (memang nama dia Najib)

Post a Comment

29 Comments

  1. huuu..teringinnye nak join program cm ni..huuuu

    ReplyDelete
  2. hahah gugu nmpk remy ishak dlm gmbr tuh..!

    ReplyDelete
  3. dah lama teringin nak berprogram ke sarawak... tapi belum bersedia sebab nak masuk ke pedalaman ni perlukan ketahanan fizikal kan...hurm...

    ReplyDelete
  4. jauh tu simunjan..remy ishak muda2

    ReplyDelete
  5. angah, buat program dengan dorang ke? Semoga masih ada orang-orang yang ingin menghulurkan tangan memberikan tunjuk ajar,pertolongan dan didikan agama pada mereka yang kurang bernasib baik...

    ReplyDelete
  6. Maya kalau boleh suke dikelilingi orang yang menghargai pemberian kite, dan sangat suke melihat orang mbire bersama kite ^^

    ReplyDelete
  7. seronoknya join program camni... dapat beri bimbingan dan pelajaran kepada anak2 tu!

    ReplyDelete
  8. as salam..
    alhamduliilah..
    ya. penuhkan hati dan arsa ingin tahu mereka yang ilmu yang memandu mereka kepada kebenaran.

    =)

    pasal jalan tar dan meraih pangkah, lebih baik kita tak persoalkan sangat. ia boleh menjadi fitnah.

    walupun ianya sekerat, kita tak boleh salahkan satu pihak. kita tak tahu apa yang berlaku disebaliknya. mungkin ada yang nak kaut untung lebih. kerana mungkin ada yang tak pantau. siapa tahu kan..generator..hm..dugaan.

    harapan kita moga umat Islam sama2 bangkit bersatu..kat mekah, kadang kala boleh nampak keadaan 'kelompok kaum'. arab sama arab..hm..wallahua'lam..

    ReplyDelete
  9. hehe.klaka hosmet sunah pangkh separuh.hehe

    waa bestnya buat kerja amal
    sunah balik sarawak x sia2.terisi je masa..kagum akak dik

    teruskan usaha ya :)

    ReplyDelete
  10. sedih plak akak membaca entry ini...sayu sangat

    ReplyDelete
  11. errrr..x nampak remy ishak ponggggg!!!tp mcm muko anak buah den lak nengok.. --'

    ReplyDelete
  12. sunah: akak suke xtvt sebegini..mase study dolu selalu wat xtvt mcm ni..

    ReplyDelete
  13. sebab tue kita kene selalu pandang orang yang kurang kemampuan agar kita tak jadi sombong semasa diatas..

    kan kak kan.. =)

    ReplyDelete
  14. emmm.. suka join progrm cm gini.. dapat cri pengalaman & sedarkn diri sendiri..

    sy tag awak join 1 segmen =)

    http://ninieazriena91.blogspot.com/2011/07/segmen-kami-sayang-teman-blogger.html

    ReplyDelete
  15. seronoknya dapat meluang melawat macam tu

    ReplyDelete
  16. teringin nk join program mcm ni,klo cuti sem kami xpnah join aktiviti camni,biasanya cuti sem kami kena beramah mesra ngan bnda lain

    ReplyDelete
  17. - kesian kan....pemimpin nye kaya raya...tuntutan perceraian sampai RM400 juta...alahai...

    ReplyDelete
  18. bagus program ni....muda2 dulu tak ada lah pulak program seumpama ini.

    ReplyDelete
  19. wahh bestnyerr..kyra lak xdpt join coz untuk budak yang tinggal asrama jew..
    (agak kedekut kan huhu)

    ReplyDelete
  20. macam best!! XD

    p/s : kadang-kadang kontraktor yang buat pasal.

    ReplyDelete
  21. best nyee..

    ingatkan balik melawat kg..hehe

    ReplyDelete
  22. as salam.. sy pernah mengajar di srk lbk buntin..1990 - 1996...byk kenangan
    di alami.

    ReplyDelete
  23. As Salam.
    Bagus juak adanya program dan cerita2 berkenaan kampung yang macam tok. sekurang2nya kita belajar mengerti hidup kesenangan dalam perbagai sudut.. Sedikit peringatan diri dan kawan2.. " Jika kita buat sesuatu dengan suka, maka suka akan mudah pudar, Jika kita buat sesuatu dengan perlu, maka keperluan akan banyak membuahkan hasil"

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com