Ticker

6/recent/ticker-posts

Cemburu Dengan Dia...


Thin Blue Flame by ~small-things on deviantART

"Sejujurnya Irfan bukanlah lelaki yang memiliki ciri-ciri yang kuidamkan selama ini. Dia juga bukanlah lelaki yang kuimpikan untuk dijadikan imam dan suamiku. Sesungguhnya aku mengimpikan seorang lelaki soleh yang boleh kutumpang bahtera iman dan takwa yang dikemudi olehnya. Sedangkan Irfan bukanlah lelaki yang berada dalam bayangan mimpi indahku itu. Mimpi yang ternyata begitu jauh untuk bertukar menjadi realiti hidupku.

Bukan senang untuk aku menerima Irfan dalam hidupku. Bukan senang untuk aku meletakkan Irfan dalam posisi hatiku yang sebelum ini telah pun kuisi dengan satu nama. Satu nama lain yang aku sungguh berharap untuk menjadi bidadarinya di dunia dan di syurga. Seorang pemuda yang berjaya mengetuk pintu hatiku dengan cintanya. Sesungguhnya terlalu banyak aku memujuk hati ini untuk belajar menerima Irfan dan redha bahawa dialah jodoh yang dikirim Allah buatku."

Antara isi dalam Prolog novel Stanza Cinta inilah yang membuatkan saya tertarik untuk memiliki novel ini dan mendalaminya...

***

Pernahkah satu saat kamu rasa diri kamu begitu kurang dari segala segi, sedangkan dia begitu melangit tinggi kelebihannya. Ilmu dan iman dalam dada masih terlalu kurang jika dibandingkan dengan dia yang setiap tingkahnya mengingatkan kamu kepada Allah. Subhanallah, rasa diri begitu kerdil. Rasa cemburu kerana cinta dia kepada Allah sangat tinggi berbanding kamu. Tapi rasa cemburu itu menimbulkan satu perasaan lain yang tidak kurang baiknya, iaitu ingin menjadi sepertinya!

Bersyukurlah kerana kamu diberi satu hati yang mahu menjadi insan yang lebih baik, yang terdetik walau satu saat untuk bersama-sama mencari keredhaan Allah di muka bumi ini...kerana hidupnya kita di dunia ini tidak lain hanyalah untuk mencapai redha di sisi Allah...maka teruskan usaha itu! Insya'Allah satu hari nanti kamu juga akan menjadi hamba yang mencintaiNya melebihi segala-galanya...

Post a Comment

25 Comments

  1. allah sentiasa tentukan yang terbaik. siapa yang dia kurniakan sesungguhnya ada sebabnya kan :)

    ReplyDelete
  2. betul ramai y masih tercari2 hati tu

    ReplyDelete
  3. wahh.. akak rasa cam nk dptkannye jugak lah, mcm best cite tu.. dlu akak hantu novel tpi skang ni.. erm, akak da 2 taun xbca novel..

    ReplyDelete
  4. sume dh jtoh hati ngn stanza cinta..huhuhu

    ReplyDelete
  5. kak limah tersentuh dgn ayat last tu..:(Insya'Allah satu hari nanti kamu juga akan menjadi hamba yang mencintaiNya melebihi segala-galanya...

    ReplyDelete
  6. as salam..
    subhanAllah..
    sesungguhnya ia sebahagian dari peringatan-Nya kepada kita untuk saling berlumba-lumba mendapatkan redha-Nya.

    lumba-lumba tu, bermaksud, kita sama-sama, bukan seorang, malah semua umat Nabi Muhammad..

    bila sebut cemburu mengejar redha-Nya, pakcik teringat arwah rakan seperjuangan..mungkin sukar nak mengejar apa yang mereka perjuangkan. tapi jangan sekali-kali kita berputus asa.

    melainkan 2 perkara ini memutuskan kita dengan dunia.. maut, kiamat.

    wah! mana nak download novel stanza cinta? suka prolog bait2nya..

    =)

    erk. dah azan. huhu..pakcik datang kembali lagi nanti ;)

    ReplyDelete
  7. ehehe..ade cite sal ni dulu2..mmber aku senirii..dapt husband hancos..tapi tak putus2 die doa..sekang ni husband die..dah ajdi cam ostad rock gitu

    ReplyDelete
  8. hmm..betul tu....berdoa untuk menjadi yg lebih baik...

    ReplyDelete
  9. carilah husband yg boleh bw kite k jalan kebaikan ^__________^

    ReplyDelete
  10. akk ada juga rasa mcm amni sorfina
    rasa segan je org yg tinggi ilmu..
    tp bak kata ustaz pahrol mohd joi,
    kalau nak soleh kena jadi solehah..huhu
    insyaALLAH sama-sama kita baiki diri utk mendapat yg soleh :)

    ReplyDelete
  11. sentiasa tanamkan hasrat untuk menjadi lebih baik, dan sentiasa amalkan.

    p/s : ala, nanti dia terima jugak ke irfan tu? baru nak ikut drama punye T.T

    ReplyDelete
  12. kira sendiri tengah berusaha jadi lebih baek.. sbb untuk mendapat yang terbaek kita sendiri kena jadi yang terbaek... =)

    ReplyDelete
  13. sangat puitis bait2 kata novel ini...mesti best kan?

    ReplyDelete
  14. ptg tadi... baca Bismillah... then bukak novel stanza cinta...

    then, tutup balik... x sihat, bimbang x mampu menghayati.. hikhikhik...

    tergendala lagik.. ^_^

    ReplyDelete
  15. tak semua yg kita dapat adalah apa yang kita mahukan tapi kita slalu dapat semua yang kita perlukan :))

    *errr best ke novel tu?*

    ReplyDelete
  16. kena bersyukur dengan apa yang dah kita dapat ni. :)

    ReplyDelete
  17. tak pandai nak komen apa.tp..akak rasa bak atau buruk yg kita dpt pasti ada hikmahnya.mungkin smpi mati ada org tak bahagia..tp syurga jaminan buatnya.dan org yg bahagia blm tentu dpt ke syurga kan dik?

    ReplyDelete
  18. wow!!! bes. tapi bagi zyla kita ni mmg kurang dari segala segi. dan kenapa kita selalu rasa kekurg sebab nanti akan ditemukan dengan pasanagn yang boleh melengkapkan kekurangan itu.

    ReplyDelete
  19. ain singgah sini .
    nk mintk tlg cument entry ni leh ?

    http://zurain93.blogspot.com/2011/07/saya-bertudung-dan-saya-sangat-pretty.html

    tq .

    ReplyDelete
  20. wahh. stanza cinta.heheh.

    rasa diri ni serba kekurangan untuk dapatkan yang terbaek..
    tapi masih berdoa agar dipertemukan dengan insan yang boleh bawa kita ke jalan Allah..^^,

    ReplyDelete
  21. =) moge hati ni x berbelah bagi untuk-Nya...sentiasa mahu dan mahu...

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  23. tolong jawabkan untuk cik fazila...yer sakura yer...kekurangan yang dilengkapi oleh pasangan itu adalah fitrah...kekurangan yang cik sakura maksudkan kat sini kekurangan iman...agaknya lah...ckp cik fazila mungkin btoi...sbb aku pernah baca quote "perkahwinan sempurnakan iman"..may be this not ordinary quote...wallahualam...he

    ReplyDelete
  24. sunah...akak x baca2 pon lagi novel stanza 'kasih' nie..kekekekekeke..beli ke main.. baca x sempat lak..huhuhu

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com