Ticker

6/recent/ticker-posts

Bila Pak Cik Itu Berbicara...


"Cuba adik cerita sikit kat pak cik, kenapa benda ni boleh berlaku?" pak cik bertanya sambil terus memandu.

"Entah lah pak cik..." saja buat blurr. Yang duk belakang pun semua menggeleng kepala.

"Pak cik ada tanya dengan customer pak cik yang sebelum ni, dan dia ada bagi pendapat dia."

Diam, menunggu ayat seterusnya.

"Dia kata, sebab masalah undi-undi ni semua. Tapi bagi pak cik itu baru punca sampingan je. Sebenarnya ada satu punca yang betul-betul jadi akar kepada benda ni," pak cik nampak tenang dan bersahaja menuturkan kata.

"Ape dia tu, pak cik?" tanya saya yang duduk di kerusi sebelah pemandu.

"Puncanya, kita tengok sekarang ni... Maksiat terang-terangan. Itu sebenarnya yang menjatuhkan segala bala ke atas kita. Bila maksiat da berlaku kat sana-sini, Allah turunkan masalah kepada kita. Hingga tercetusnya huru-hara macam ni."

Diam sambil berfikir. Memang ada betulnya apa yang dikata. Maksiat = apa-apa perkara yang dilarang Allah dan tercela dalam Islam, yang mana pelakunya mendapat dosa.

"Pak cik, macam mana kita nak bagi setel semua ni? Kalau boleh kita tak nak maksiat tu terus berleluasa, bukan takat yang terang-terangan, yang sembunyi-sembunyi pun kita tak nak!" Bagaimana agaknya pak cik ini berfikir.

"Amalkan gaya hidup Islam sepenuhnya, kita tengok zaman nabi dulu-dulu, renung sirah baginda s.a.w, jarang sekali benda-benda macam ni berlaku, kerana mereka menjaga gaya hidup..." Tutur kata pak cik itu benar-benar mendamaikan...

Ya... Itu memang jawapan yang tepat. Sedangkan Islam boleh diterima oleh pelbagai bangsa pada zaman silam hingga ke segenap aspek dalam kehidupan, entah kenapa pada zaman ini Islam begitu sukar untuk diterima, malahan oleh umatnya sendiri...

Teringin sekali saya bertanya lagi, macam mana kita nak pastikan gaya hidup Islam itu diamalkan oleh rakyat secara menyeluruh, tapi kami sudah sampai ke destinasi. Saya mengucapkan terima kasih dua kali kepada pak cik, pertama kerana sudi menghantar kami hingga ke KL Sentral dengan tambang RM5, dan kedua kerana perbualan selama beberapa minit yang sangat berisi!

Fikir-fikirkan...

Post a Comment

34 Comments

  1. betul..
    kadang2 mulut je berkata islam..
    tapi amalannya..
    tak menggambarkan langsung..

    tak kata kat sape2..
    diri sendiri pun dah nampak.. T_T

    ReplyDelete
  2. perbualan yg amat menarik..mmg pakcik tu bukan hanya pemandu teksi, tp amat peka, prihatin sebagai seorang muslim..yg paling benar kenyataannya,,maksiat terang-terangan..YaAllah akak takut sungguh tgk anak remaja skrg yg seolah bangga bila berkepit sana sini..Moga allah lindungi kita semua..

    ReplyDelete
  3. betol! sebab islam itu MUDAH tapi bukan mudah untuk diperlekehkan =)

    ReplyDelete
  4. PERJALANAN MENUJU ALLAH adalah sebuah perjalanan yang panjang yang penguhjungnya tdak kelihatan.

    dan walau apapun yang berlaku, ia akan kekal sebagai sebuah perjalanan, sehinggalah si pejalan menemui redha Tuhannya sedang mereka telah berada di syurga.

    jom baca... bersih 2.0, siapa yang taksub dan jawapannya

    ReplyDelete
  5. pakcik ni otai ni..ilmu pom bnyak,,,

    ReplyDelete
  6. Hanya Allah dan rasulullah saw saja yg kita berhak taat tanpa soal... tapi arahan manusia, kena perhalusi dulu... Arahan itu, Allah berkenan ke tidak? Kalau bercanggah dgn kehendak Allah, tidak wajar ditaati

    baik betul pak sik teksi tu bagi penawar hati ...

    Sayang sunah lebeyyyy

    ReplyDelete
  7. pakcik yang penuh ilmu..
    kena fikir dalam2 kan

    ReplyDelete
  8. pakcik teksi suka bercerita masa akak kt maktab ceras dulu
    siap ckp teksi pak cik ni PKR..
    eh maaf sunah dll..hanya nak cerita ya..

    tp mmg btl.pak cik teksi byk pndapat die.hr2 org yg berbeza naik dan ada je idea die.siap ade yg teror ckp arab trus sbb ade passenger ckp arab.hehe

    benda baik kite ikut..muhasabah dan tulis dalam blog cm sunah.hehe

    ReplyDelete
  9. moga anak cucu akak dijauhkan dari perkara2 maksiat!

    dan semoga mereka yg jauh terpesong tu kembali ke pangkal jalan..

    ReplyDelete
  10. saya bangga dengan pakcik tu. dia tahu serba serbi.

    dunia akhir zaman, beginilah jadinya. manusia sekarang sudah tidak ada iman.

    lalai.

    ReplyDelete
  11. huhuhuhuhu betul gak pakcik nie cakap... terkedu seketika

    ReplyDelete
  12. peringatan buat diri ini jugak...nama islam..tau larangan..tapi benda tu jugak kita nak buat..huhu

    ReplyDelete
  13. kebanyakkan pakcik2 yang bawa teksi berfikiran sangat relevan dan bijak ! saya sangat mengagumi mereka.... :D

    ReplyDelete
  14. dunia akhir zaman.. kalau berjuang kerana agama takkan jadi huru-hara.. bile berjuang selain dari tu yg jadi maca skrg..

    respek dekat pakcik tu..

    ReplyDelete
  15. peramah lah akak nih..
    pakcik tu pon byk ilmunya tntng agama...

    ReplyDelete
  16. alahai.. memang terasa nak baca sampai abis kisah adik.. sakura ni bijak aaa..

    ReplyDelete
  17. ohhh insafff ,... berita terkini,. pentas konsert rihanna terbakar

    ReplyDelete
  18. bila seorang berilmu berkata kata ...sepatah pun akan memberi manfaat ...selamat beramal ...

    saya follow sini ...slm blogger:)

    www.hatikubaik.blogspot.com

    ReplyDelete
  19. hurm...bile dah maksiat berleluasa..tak kira sape sume kena tempiasnya

    ReplyDelete
  20. kan bagus klu ramai yg pikir cam pkcik tuh.. mcm crita imam global lak.. suker.. Hehe

    maap maap.. baru terperasan belom follow blog nie..hehe :D

    ReplyDelete
  21. mmg maksiat dpn2 jee..huhuh..ape nk jd huh.

    ReplyDelete
  22. kalau jauh lg perjalanan boleh diskusi panjang sikit kan sunah..huhu

    btw watak last tu mmg ada dalam kereta..saja dikeluarkan.heee

    ReplyDelete
  23. - bagus kalo dpt driver teksi camtu...

    ReplyDelete
  24. Semoga di jauhkan daripada segala perkara yang boleh memesongkan akidah..Aminn :)

    ReplyDelete
  25. teringat lagi 1 isi perbualan dgn kawan tadi....


    kami terfikir, adakah ramai pemerintah yang tidak membaca sejarah islam? zaman pemerintahan umar semua, tidakkah mereka jadikan contoh?


    hmm...kesal

    ReplyDelete
  26. kita boleh hidup gaya islam. tapi bila kerajaan tidak islam macammana? lesen kelab malam, rumah urut berlambak diluluskan. konsert2 yang tiada berfaedah senang2 je boleh diadakan. at last orang akan cakap ini semua berpunca dari individu itu sendiri. tapi apa fungsi kerajaan? buat duit saja?

    ReplyDelete
  27. rekaan ke mmg betul2

    tp pengisian y mantap

    muhasabah bentar

    ReplyDelete
  28. as salam..
    alhamdulillah..
    perkonghsian maklumat dan teguran..

    =)

    kerana pada zaman ni, adalah zaman kepada penghujung zaman..wallahua'lam..bukan saja maksiat pada kehidupan. maksiat teknolgi pun ada..

    berkenaan amalkan cara hidup Islam, biLA pemimpin tak ikut keseluruhan cara hidup Islam, depa nak jatuhkan terus. wallahu'alam.. haih..

    entah la..mana yang mengikut perinthanya, kita ikut, sebaliknya, kita ingkar.

    dan lihat..mereka berlumba2 dengan hasil trknologi untuk menyamai kekuasaan-Nya.paling tidak pun, mencabar keupayaan para Malaikat.

    teleportasi,..kita nampak faedahnya, tapi yang mencetuskan siapa, dan demi apa..yang pakcik tahu, dari kisah Isra' dan Mikraj.

    ada pro dan kon..kita mesti ambil langkah berhati-hati..ya .sejak mush Islam tewas, depa dah rancang bagaimana keturunan depa yang akan datang, dapat hancurkan umat Islam..hm..

    ReplyDelete
  29. bagus betul pakcik tu, salute habis!

    p/s : kena ada langkah permulaan dari diri sendiri

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com