Gambar dari SINI |
Kamu diberi dua jalan...
Pertama, jalan yang sangat lurus, beratap bumbung bagi mengelakkan panas terik matahari, namun di hujungnya berbahang panas tiba-tiba dek bumbung yang dah habis di penghujung jalan. Kamu bakal rasa terbakar.
Kedua, jalan yang berliku-liku tajam, tidak berbumbung kerana masih belum ada pihak yang mulakan langkah untuk memajukannya, tetapi nun dihujung sana ada rumah rehat menanti, dengan penghawa dingin yang akan menyejukkan. Kamu bakal rasa tenang dan damai.
Mana yang akan kamu pilih? Yang mudah tetapi hujungnya sengsara, atau yang sukar tetapi hujungnya bahagia?
Mana-mana jalan yang kita pilih dalam hidup ni, Allah bagi kita hak untuk pilih yang mana, tapi semuanya juga dalam pilihan Allah. Kerana Dia Maha Mengetahui mana yang terbaik untuk hambaNya. Dia bagi petunjuk bila kita mintak petunjuk. Kalau kita tak mampu nak memilih sendiri, Allah anjurkan solat istikharah dan musyawwarah. Solat sunat dua rakaat untuk mohon petunjuk, dan bertanya pada yang 'ilmu untuk meminta pendapat.
Namun... Untuk mencapai bahagia di hujung jalan, bukan kerja mudah! Sedangkan mujahadah pun perlu pada perngorbanan, apatah lagi hidup kita sebagai manusia yang mencari redhaNya di muka bumi...
Wallahu'alam.
30 Comments
erm sejuk je hati baca entry yu
ReplyDeletebetul2
kite ade pilihan
mstila nk y kdue
Semoga Allah memberikan yang terbaik
ReplyDeletesemoga kita mendapat pilihan yg terbaik..incya-Allah..yg pntg yakin dan selalu lah berdoa kepada Allah
ReplyDeletemujahadah itu pahit kerana syurga itu indah.... ada akak senior selalu pesan camtu...
ReplyDeletesemoga jalan yg dipilih diredhai Allah...
ReplyDeleteinsyAllah...jika kita mohon pentunjuk dariNya kita boleh pilih jalan yang terbaik utk kehidupan kita...
ReplyDelete>_____<
ReplyDeletebetol!
bak kate spiderman bile tgk pakcik die kene tembak, die cakap kat pembunuh tu..
"no matter wat happen..u owes have a choice!"
heee~ sama ada jalan yg kite pilih tu betol ataw x..bergantung pada diri ni..=))
semoga~ kite pilih jalan yg betol =))
setiap kebahagiaan pasti ada kepahitan sebelumnya :)
ReplyDeleteDia Maha Mengetahui mana yang terbaik untuk hambaNya.=) semoga kita dijalan yang diredhaiNya....
ReplyDeletebukan mudah utk mendpt kebahagiaan... semuanya memerlukan pengorbanan n usaha..
ReplyDeletesetiap perjalanan yang kita ambil akan ada dugaan. sama ada kita nak mengambil peluang ataupun sia2kan..
ReplyDeleteamat susah untuk memilih jalan jika masih kabur apa yang di penghujungnya..
ReplyDeletepengisian yang sungguh bermakna ^_______^
ReplyDeleteP/s : jemput join segmen di belog sy kalo ade mase ..^___^
suka entry ni... petunjuk akan sentiasa diberi.. asalkan kita minta...
ReplyDeletenak kebahagiaan~
ReplyDeletehidup sentiasa di persimpangan..pilihan yang tepat
ReplyDeletenak jalan highway berbumbung tp di hujungnya kenikmatan boleh??:DD
ReplyDeleteBiasanya benda yg senang kita dapat tak kekal lama....yang susah dapat tu lebih membahagiakan dan kekal...
ReplyDeleteteringat literature msa kat sekolah menengah dulu2 bila bca entry akak yg ini
ReplyDeleteIslam menghendaki kemudahan dalam berbagai urusan.Bahkan tatkala Nabi SAW dihadapkan pada pilihan-pilihan,maka amat tegas apa yang beliau tunjukkan melalui kata-kata daripada Aisyah ra : "Tidaklah Rasulullah SAW dihadapkan pada pilihan antara dua hal,kecuali beliau mengambil yang lebih mudah,asalkan bukan dosa." (Bukhari Muslim).
ReplyDeleteApapun..istikharah amat diperlukan dalam membuat apa2 pilihan supaya jika berlaku tidak seperti apa yang diharapkan tidaklah menyebabkan kita mengalami kekecewaan dan putus asa yang melampau-lampau kerana telah menyerahkan urusan tersebut kepada Allah dgn usaha dan kemampuan kita.. :)
stick to bersusah dahulu, brsenang kemudian :)
ReplyDeletebuat pilihan memang susah kan,
ReplyDeletesemoga setiap pilihan akan diberkati insyallah ;)
Better amek jln yg hujungnya kita x sengsare...maybe jwpn agk klisye, tp tulah hkikatnye kn..bersusah2 dahulu bersenang2 kmudian... =)
ReplyDeleteMudah-mudahan kita menuju jalan yang riredhaiNYA......
ReplyDeleteKekadang Allah memberikan jalan yang susah buat hambaNYA. Kenapa? supaya hambaNYA lebih dekat padaNYA dan bersyukur kerana mendapat peluang melipat gandakan pahala... tinggal lagi hamba kena percaya pada qada' dan qadar kerana rahsia Allah tiada siapa yg tahu. derita di dunia mungkin bahagia di akhirat...tapi manusia yg lemah tak larat untuk menderita lama-lama.makanya, ramai yang memilih jalan yg pertama itu...
ReplyDeletenak jalan yang lurus yang diredhai Allah..;)
ReplyDeletebetul.. kita ada pilihan, pilihan ditgn kita, tapi penghujungnya , semua Allah tentukan..
ReplyDeletesaya nak jalan kedua . heee .
ReplyDeletesemoga hidup kita ini diberkati olej yang Maha Esa hendakNya . Amin !
visit my page if u like
http://athirahshariffudin.blogspot.com/
sunah...... :)
ReplyDeletemcm kena je dgn akak nie huhuhuu..apa pun thanks ye..
tepuk dada tanyalah hati..
ReplyDeletejalan mana yang terbaik pada diri..
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com