Ticker

6/recent/ticker-posts

Percaya Macam Pokok


Planting Seeds by ~mzdinolatino on deviantART

Percaya itu macam pokok.

Pokok bunga. Bermula dengan tanam biji benih kalau yang guna biji benih, tanam keratan batang kalau yang tumbuh melalui keratan batang, dan macam-macam lagi cara penanaman.

Hari pertama belum nampak lagi, hari kedua, hari ketiga, kemudian hari ketujuh, dah nampak sesuatu. Ada pucuk yang mula menampakkan dirinya. Berhasil! Bila da nampak pucuk, berusaha betul-betul untuk pelihara pokok tu, dibaja dan disiram ikut masa yang sepatutnya.

Kalau ada kumbang yang datang memakan daun, rasa sangat kecewa, tapi nasib menyebelahi pokok sebab tuan yang menjaganya tetap kuat menahan sang kumbang dari terus bermaharajalela. Anasir luar je punnn... Sabar, sabar... Bunga dah nak tumbuh~~~ Tak terkalah dengan rama-rama dan lebah yang lagi banyak dari kumbang dan ulat beluncas.

Macam-macam usaha yang dibuat untuk bagi pokok tu hidup. Akhirnya pokok dah berbunga! Cantik sangat~~~ Tapiiiii...kerana berada dalam zon selesa mungkin, tuan yang menjaga pokok tu alpa, pokok yang sudah berbunga cantik terkulai layu bila lama-kelamaan dijaga sambil lewa.

Hendak dihidupkan semula? Sesuatu yang cukup sukar, menghampiri mustahil mungkin! Carilah benih baru kalau mahu, tapi mungkin tidak sama dengan pokok yang dulu.

Percaya? Macam tu jugak, sekali kepercayaan tu musnah, sukar untuk dihidupkan semula!


ENTRI CAMBEST BERKAITAN DENGAN PERCAYA

Post a Comment

22 Comments

  1. betul tu!! wow :)

    banyak lagi kena belajar dengan kak sunah ni XD

    ReplyDelete
  2. jgn sesekali kte musnahkan kepercayaan org..

    ReplyDelete
  3. macam juga iman...kumbang akan sentiasa cuba untuk makan pokok...syaitan akan sentiasa cuba kalahkan iman...

    -Yok mampir diluk = maya dan realiti tak kan pernah sama...

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum & salam ziarah. lps ni nak tanam pokokla byk2...

    ReplyDelete
  5. kepercayan orng terhadap kita amat perlu kita jge..sepye ong akan trus percye pada diri kita..

    ReplyDelete
  6. hurm..pokok durian la..besar sikit..hehe

    ReplyDelete
  7. betul tu...jangan sesekali kita bunuh kepercayaan orang terhadap kita!

    ReplyDelete
  8. masyaALLAH..seriusly,kdg2 bile kite rasa kita dipercayai,kite take for granted..
    dan kdg2 sampai lupa betapa susahnya mula2 nk dapat kepercayaan tue tapi bila da dapat,terus leka..
    sama mcm bile kite betul2 nak yakinkan org mcm interviewer supaya pilih kita kerja tp bile dapat,x buat kerja tu betul2.astaghfirullah al azim.thanx ya sunah

    ReplyDelete
  9. saye sukeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
    saye sukeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
    baca berpuluh2 kali berjuta2 lemon..sampai mata terkedip2..sangat betul!! alahaiiiiiii
    jgn merasa terlalu selesa!!
    dats y akak tak suke letak kepercayaan 100% pada sesiapa walaupon suami sendiri..kerna terlalu percaya satu masa nanti sakitnya kerana dikhianati amatlah sukar untuk diubati!!!
    nice dearrrrrrrrrrr!!

    ReplyDelete
  10. setuju..

    paling tak suka penipu..
    sebabkan orang macam ni lah,
    hilangnya kepercayaan kita..

    <--sangat sakit bila diperlakukan begitu.

    ReplyDelete
  11. wow
    nice entry
    mendalam tu
    aku suka
    yups
    sekali kepercayaan diragut memang susah la nak dapat balik
    kalau dapat pun tak sama macam sebelum2 nih

    Review Filem Rasuk

    ReplyDelete
  12. stuju!! mnjage kprcyaan diibarat menjunjung minyak yang panas..klau trsilap langkah, bdn binasa... :)

    ReplyDelete
  13. kenapa tak puisikan terus?..
    mesti best.. ;)

    ReplyDelete
  14. :)


    kepercayaan itu terbina bukan hanya sesaat....bukan mudah hendak mempercayai seseorang, lagi2 bila kepercayaan yg ada dikhianati...

    ReplyDelete
  15. sangat2 bersetuju..mcm terkedu je baca..sbb arini ada masalah berkaitan dgn trust ni..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com