Ticker

6/recent/ticker-posts

Lagi Isu Konsert Final AF 9, Ini ALTERNATIF!


Ya, ada yang memberi alternatif.

Itu yang saya cari sebenarnya. Bukan sekadar membantah. Kerana saya belajar sepanjang penglibatan sebagai aktivis kampus (nyatanya tidak sampai dan tidak layak untuk digelar aktivis), kita tidak boleh hanya membantah, tetapi bantahan kita perlulah dengan alternatif.

Alternatif yang macam mana? Tentulah cadangan untuk penambahbaikan.

Seperti yang saya katakan semalam, YA! Sudah terlalu lewat untuk saya naikkan entri tu, memang tak boleh nak pindah ke mana-mana pun lagi konsert final AF 9 yang bakal diadakan di hadapan Palace of Justice. Namun saya berharap sangat, bila isu ini dikeluarkan, ada mata-mata yang terbuka dan akal yang berfikir, "oh, lepas ni tak eloklah dibuat di sini lagi!" Sekurang-kurangnya.

Bila tak dapat nak dipindahkan macam tu, ada yang bagi cadangan supaya pihak ASTRO mengasingkan penonton lelaki, perempuan, dan keluarga. Ada juga yang mencadangkan supaya segala bunyi-bunyian berhenti pada waktu solat, dan semua penonton juga krew serta peserta AF segera berpusu-pusu ke Masjid Besi untuk menunaikan kewajipan sebagai Muslim. Lebih baik lagi sekiranya konsert dilambatkan sedikit, dimulakan lepas solat Isyak.

Cadangan yang baik. Pihak ASTRO, jika kamu membaca, sila ambil perhatian tentang perkara ni... Sekadar menjalankan tanggungjawab sesama Muslim, dan saling mengingatkan. Jika itu sudah kamu lakukan, maka terlepas sudah tanggungjawab kamu, terpulang kepada yang diseru untuk melaksanakan atau tidak.

Post a Comment

20 Comments

  1. kannnn...at least ada opinion lain utk kita cadangkan selain membantah membabi buta..ececece..

    setuju cdgn2 tsebut..saya tutup cadangan! kekekek

    ReplyDelete
  2. mcm tade tmpt lain je nk buat..-.-'

    ReplyDelete
  3. hope pihak astro dapat mengawal keaadaan tatkala jemaah masjid sedang menunaikan ibadah diwaktu maghri dan isya

    ReplyDelete
  4. hurm...ape kata sumer dok berkumpul kat masjid le dulu...dah isya baghu mule program..pas maghrib leh wat solat2 hajat ke..

    ReplyDelete
  5. setuju diadakan lepas Isyak..hope pihak Astro atau kuncu2 Astro ada baca blog2 bloggers

    ReplyDelete
  6. betul tu,

    sekurang2nya masa akan datang dorang tak buat kat situ lagi, kan kak,

    ReplyDelete
  7. Rasanya kepekaan terhadap agama dah kurang sekarang, astro sapa punya? Anda tahu jawapannya...
    p/s: bercakap biar terang....

    Lepak sambil bersantai di NazZue.com
    Entri terkini: Follower Ramai Tapi Trafik Menurun

    ReplyDelete
  8. erm sume altenatif setuju

    cumenye nk ke die buat...ce bg kat blogger keje kat astro link ni..mgkin die ley smpaikn

    ReplyDelete
  9. alternatif yg bagus gak tu...harap mereka memahami!

    ReplyDelete
  10. tak pernah tengok AF 9 ni.. huhuu~~

    ReplyDelete
  11. betul setuju!!

    semoga pihak ASTRO lebih prihatin

    ReplyDelete
  12. Macam macam pulak dah jadi sekarang ni kn.. :( Nak pilih location untuk konsert pon sampai dah jam otak manusia.. :(

    ReplyDelete
  13. betul...mmg dah terlambat kalau kita nk kritik pun...lokasi tu tak kan berubah...cume kita harap perkara yg akak cakap tu semua terjadi...lebih senang semua penonton untuk solat di masjid...

    -Yok mampir diluk = gay dan bisex juga manusia biasa...jangan dihina...beri peluang mereka untuk berubah...

    ReplyDelete
  14. Bagus...bagus...bagusss....sokong bebanyak. jangan asyik nak komen tapi tatau nak bg penyelesaian. mulut comel sangat

    ReplyDelete
  15. betul2 sy sokong...jgn sampai ianya melalaikan utk kita melakukan pekara yang diperintah oleh Allah

    ReplyDelete
  16. mcm2 laa sekarang ni...konsert pon nk wt dkt2 msjid

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com