aku dan sahabat by ~IndraNte on deviantART |
Waktu tidak mungkin boleh diputar semula.
Sebab itu Imam al-Ghazali mengatakan, perkara yang paling jauh dari kita adalah masa lalu. Kerana biar paling dekat hingga sesaat yang lepas pun, kita tidak mungkin dapat mengulanginya kembali. Apa yang boleh kita buat adalah melihat ke hadapan sambil mengambil sedikit cebisan masa lalu itu sebagai panduan untuk terus melangkah.
Terkadang kita terimbau masa lalu yang begitu manis dengan sahabat-sahabat kita. Senyum tawa bersama mereka, setiap detik yang kita lalui bersama mereka, begitu mengusik perasaan kita tatkala kita bersendirian. Tetapi dalam persahabatan juga ada pahitnya, bila sahabat-sahabat kita sudah tidak sehaluan dengan kita, mungkin ada sesuatu yang berlaku sepanjang laluan itu, menjadikan mereka menjauh dari kita.
Setiap perkara yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi. Allah telah menyusun segalanya dengan begitu indah untuk kita dan sahabat-sahabat kita. Kita ditakdirkan untuk bertemu, berkenal-kenalan dan berkongsi segala suka-duka dengan mereka [49:13]. Allah juga mentakdirkan sesuatu berlaku hingga hubungan persahabatan yang terjalin itu diuji dengan sebegitu hebat olehNya, yang kadang-kadang begitu meruntunkan jiwa kita.
Allah tidak membebankan seseorang hambaNya dengan sesuatu yang tidak mampu dia hadapi [2:286]. Allah Maha Mengetahui bahawa kita mampu menghadapi ujian yang diberikan olehNya kepada kita. Ujian yang diberikan itu kadang-kadang mahu menguji kebijaksanaan kita dalam bersahabat. Antara mereka yang begitu disukai oleh Allah adalah yang saling memaafkan apabila berlakunya persengketaan dalam persahabatan. Yang sentiasa memelihara hubungan silaturrahim dan menjaga ukhuwah. Siapa antara kita yang tidak mahu disukai oleh Allah?
Apabila kita rasa begitu kecewa dengan sahabat, rasa diri kita begitu tinggi hingga tidak mahu menghulurkan atau meminta kemaafan, ingatlah ada yang lebih tinggi daripada kita. Kita ini hanya hamba yang sangat kerdil dalam pandangan Allah, dan kita akan dipandang tinggi oleh Allah bila kita meletakkan diri kita serendah-rendahnya di hadapan sahabat untuk memulakan kata maaf.
Mahukah kita menyimpan lafaz itu sehingga kita tidak punya peluang lagi untuk meluahkannya? Kerana kita tidak tahu bila masanya kita dan sahabat kita akan kembali kepada Pemilik Hati...
28 Comments
tersentuh rase hati bace nie.
ReplyDelete:(
sememangnya kita memerlukan sehabat tak kira susah atau senang. :(
sahabat.....
ReplyDeleteteman di kala suka dan duka...
friendship is forever :)
ReplyDeletedah boleh komen!! ^_^
ReplyDeleterindu sahabat2... :)
org yang sombong dan ego akan sentiasa menafikan kebenaran...:)
ReplyDeletemerindukan sahabt-sahabat lama ieb yang sama-saman berjuang dulu.. sangat rindu....
ReplyDeletesahabat tika senang dan susah.
ReplyDeletesusah tol nk cri sahabat sejati skang ni
ReplyDeleteentry ini sangat menyentuh kalbuku. menci! menci! kenapa aku sangat rapuh rangup..? isk!
ReplyDeletesahabat susah dicari zaman sekarang ni..usah terlalu mengharap dalam perhubungan...kelak kesannya sampai bila2:(
ReplyDeletelepas baca entri ni, rindu banget kt kwn2..prnh jgk dulu2..bila ada bnda xpuas ati, msti perasaan ego tu akan muncul, xnk memaafkan & meminta maaf..smpai xbetegur sapa..astagfirullah..jhtnya dulu2 :(
ReplyDeletetibe2 rindu kt kwn2 mase bljr dlu...T_T
ReplyDeleteCik sakura,
ReplyDeletePernah ada sahabat, gagal kekalkan hubungan...kesal sampai sekarang...
Pada yangnada sehabat, hargai...
sahabat adalah insan yang berada dengan kita ketika susah dan senang...
ReplyDeletesahabat mempunyai maksud dan perilaku yang berbeza yang ketara dengan kawan..
:)
wah bermadah hari ni..
ReplyDeletekdg2 kita x sedar yg kita dah jauh dri sahabat^^ hope bendaa ni xjadi dalam hidup..
eh akak xmsuk segmen abang ben ke?
sungguh, persahabatan itu indah andai bertemu dan berpisah kerana Allah :)
ReplyDeletepersahabatan tu biar mengenal erti ketika susah dan senang ketika bersama wuwu rindu plak kwn kgkwn semua
ReplyDeletesobsob.. tersentuh baca ni :')
ReplyDeletepernah hancurkan hti seorg sahabat yg paling akak syg :'(
sahabat pon ade yg mcm chipsmore...kjap mse snang die ade, ble ssah haram nak jumpe...huhu
ReplyDeletesahabat sejati sukar dicari...banyak kawan yang cari time susah je....
ReplyDeletedh lebih 5 ayat? mksudnya akak.. cepat btolkan korie sblum kol 10
ReplyDeletesalam sunah,
ReplyDeleteyesterday is memory, today is destiny... mg umur yg tlh lalu sentiasa di dlm maghfirah n mg umur yg akan dtg sentiasa dlm keberkatan... mg setiap detik yg kita lalui sentiasa mengingati-Ny, amiin...
entry yang sangat inspiring. gvh ada beberapa kekesalan tengtang masa lalu. diharap masa depan boleh menbus egal kekesalan itu..amin.
ReplyDeletesehabat suka senang dicari..
ReplyDeletesahabat ketika duka. sukar dicari..^^,
kyra sayang sahabat kyra yang dulu n kini..mereka menghargai kyra n kyra jua bakal menghargai mereka..susah senang kami lalui bersama:) biarpun dengan laluan masing-masing..hati kami tidak akan terputus :) biarpun xknal di mata tapi kenal di hati
ReplyDeletekawan sekolah memang x dapat dilupakan..rindu semua.
ReplyDeletepaling sedih kalau dulu bekawan baik tp kerana perkara kecil boleh bergaduh besar sampai putus kwn.
nauzbillah
betul2.. kdg2 cam nk kembali ke amsa lalu pdhal dulu, time ada kt waktu tu, cam nk cepat2 masa berlalu.. manusia.. huhu~
ReplyDeletesayang semua kawan2~ ^_^
;( rindu sahabat yart ,, tapi kami takkan jadi sahabat lagi kerana hak sekecil semut,,
ReplyDeletenak sentap plakkat sini kan hehehe
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com