Fallen Sakura by ~WhoKilledBambisMom on deviantART |
Tinggi.
Ya, tinggi sekali. Sampai rasa selesa sangat dan lupa akan jatuh pada bila-bila masa. Mungkin kerana rasa megah pada duduknya yang sekarang. Yang begitu tinggi mengangkasa. Bukan tinggi melangit, tapi tinggi mengangkasa.
Dia lupa.
Rupa-rupanya pada langit yang begitu tinggi dan angkasa yang begitu jauh, masih ada yang akan menghalang dia untuk naik lagi tinggi. Bila-bila masa yang dikehendaki oleh Yang Maha Tinggi, sebiji batu asteroid pun boleh menghentam dia di angkasa, lalu dia akan jatuh menjunam semula ke bumi. Jatuhnya pula bukan dalam bentuk asal lagi, tapi terbakar! Dek kerana keadaan tekanan yang sudah cukup berbeza dengan suasananya di tempat tinggi.
Bila-bila masa saja juga, jika Dia berkehendak, tak perlu yang di angkasa, yang tinggi melangit saje pun boleh jatuh. Burung yang terbang tinggi-tinggi pun boleh jatuh, sakura tinggi di hujung dahan pun boleh gugur, bangunan tertinggi di dunia pun boleh runtuh. Sebab Dia berkehendak. Cuma bagaimana dan kenapa tu yang lain-lain, Dia lebih tahu...
Masih bongkak.
Entah kenapa, bila ada yang menegur pun masih bongkak. Mungkin kerana belum ditegur oleh Bos Besar. "Pekerja biasa je yang tegurrrr, rileks arr~~" Uiks, tau tak, sebenarnya Bos Besar sedang menegur melalui pekerja-pekerja yang biasa ni. Tau tak yang Allah sedang menegur kamu!!! Dan Dia sandarkan pada manusia biasa seperti kamu!
Jangan tunggu sampai Allah tegur kamu tanpa sandaran!
ENTRI CAMBEST DA LAMA TAK MUNCUL KAN??? JOM TERJAH YANG NI~
7 Comments
tuhan cakap KUN FAYAKUN je sudah..
ReplyDeletesayyidina umar pon salu cakap sebelom tidor muhasabah diri balik..baru le sntiase sedor diri..
betul tu, bila-bila masa yang di atas boleh jatuh.
ReplyDeletekena bersyukur, dan jangan bongkak.
=)
Siap buat entry
ReplyDeletesiapalah tu
harap dia sedar diri
kite idup tak lama
buat apa nk bongkak
kelebihan tu pun Allah yang bagi
kejap je boleh tarik
mengangkasa tu cm pelik je bunyi.hehe
jangan mudah lupa diri bila telah berada di puncak yang tinggi...
ReplyDelete<--- tak tinggi tapi gemuk pendek,. keh keh keh
ReplyDeleteJangan tunggu sampai Allah tegur kamu tanpa sandaran!
ReplyDeletepaling suka ayt last nie trkesan !
entah la sunah...manusia semakin bongkak bila rasa diri mereka tinggi dan sempurna agaknyer kot?
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com