Gambar susu sedap dari SINI |
"Ibu, na cucu!" Salim merengek-rengek sambil menarik lengan baju ibunya yang sedang memasak.
"Kejap lah, ibu tengah masak ni..." Rohaya meneruskan kerjanya. Salim diam, tetapi tangannya masih memegang lengan baju Rohaya. Rohaya mahu mengalihkan kuali ke dalam sinki. Salim tidak melepaskan lengan baju ibunya.
"Ehhhhhhhh kamu niii... Kan ibu kata kejap tadi... Macam mana nak buat keje kalo macam ni..." Rohaya mula membebel sambil merenung anaknya.
"Na cucuuuuuu... Na cucuuuuu....!" Salim tidak peduli, dia mahukan susu.
"Haishhhhh..." Rohaya merengus.
Salim memuncungkan mulutnya, buat-buat merajuk. Mukanya sudah ketat dan masam. Dia tahu, ibunya tidak akan memenuhi kehendaknya. Walau macam mana kuat pun dia menarik-narik lengan baju ibunya, atau selama mana pun dia mahu merajuk, ibunya tetap tidak akan memenuhi kehendaknya.
"Na cucu pun ta leh..." Salim pula yang membebel dengan patah kata yang pelat.
"Bila pulak ibu kata tak boleh???" Rohaya pula bertanya. Geram benar dia dengan karenah anaknya yang seorang ini.
"Ibu ta na pun gi cucuuu..." muka Salim monyok, sambil tunduk memandang lantai.
"Kamu tu dah besar panjang, nak susu ambik je lah dalam peti ais tu sendiri. Tak nampak ke ibu tengah buat keje. Mengada sangat ni kenapa?" leter Rohaya.
"Erkkk! Ibu ni, nape bagi kantoi kat pembaca SSS.com? Diorang baru je nak kutuk-kutuk ibu sebab tak nak menyusukan anak tadi... Hishhhh!"
Selamat Hari Susu Sedunia - 1 Jun 2011
16 Comments
erk suwitttt je
ReplyDeletehehe
salim ni nakal
heheheh..tunggu entry pasal susu di Laman MO pulak.. hihi
ReplyDeleteala akak ni...kantoi sudaaa...bushing ni..hahaha :)
ReplyDeletenak cucu jgk! hahahaha
ReplyDeletetak suka minum susu lah...huhuhuhu
ReplyDeletehihihi.. boss2. comelnya cita.. hehehe
ReplyDeletesalim ni mau kena penampo ja
ReplyDeletebesar2 pon ngada2
wkaakakak
nak cucu gak! ahahaha :P
ReplyDeleteeeeii..nakal betul budak tu..haha
ReplyDeletesunah lagi nakal..
ReplyDeletehehe,kak sunah nakal jek XD
ReplyDeletehahaa..sweett..omel jer../
ReplyDeletehahaha..... na cucu... kantoi plak..
ReplyDeletenakal tol...
ReplyDeletehehe
selamat selamat..;D
ReplyDeletenak cucu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com