rainy heart by ~ravis-sante on deviantART |
Bila hati terluka...
Kecewa kerana cinta, kecewa kerana kerjaya, kecewa kerana akademik, kecewa kerana keluarga, kecewa kerana sahabat, kecewa dengan hidup... Rasa remuk redam di jiwa, amarah apatah lagi, membuak-buak membakar perasaan... Belum ditambah dengan rasa pilu dan sebak kerana dikecewakan... Yang bernama nafsu lebih berkuasa saat terluka...
Bila kita kecewa...
Kepada siapa dulu kita mengadu? Banyaknya kita mengadu di wall-wall Facebook, melepaskan geram di blog-blog, bercerita dengan teman paling rapat mungkin... Masa ni kita sering terlupa adanya yang lebih berhak mendengar luahan hati kita... Adanya yang lebih berkuasa untuk menghilangkan rasa gundah di hati kita...
Allah sentiasa ada...
Bila kita gembira, bila kita bersedih, bila kita kecewa, Dia sentiasa ada... Tapi kenapa kita selalu terlupa dengan Dia? Sedangkan tiada yang memberi kita 'ilham' untuk mengadu di wall-wall Facebook, menulis di blog-blog dan kawan-kawan untuk mendengar, selain Dia... Yang memberi kita semua itu Dia, tapi jarang pula kita sujud lama di atas sejadah berkongsi rasa, bermunajat pada waktu dinihari untuk berbicara tentang seribu kisah yang berlaku pada hari yang lalu, kita lebih mengharapkan yang lain dari Dia... Lebih senang dengan yang lain dari Dia...
Muhasabah bersama, mungkin kita sudah semakin jauh dari Dia hingga kadang-kadang kita jadi begitu kecewa kerana tiada rasa redha kepada Dia... "Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram." [ar-Ra'd: 28]
17 Comments
mengingati Allah...
ReplyDeletesuke y last tu
salam..
ReplyDeletebetul tu...
ramai yang kecewa akan buat benda2 yang bukan2... padahal Allah tu sentiade je ade ngan kite setiap masa kan..
kita slalu terlupa...
ReplyDeleteterlupa pada si Dia yg setia menjadi pendengar pada keluh-kesahnya kita...
astaghfirullah.....
betul tu :)
ReplyDeleteingati Allah ketika susah dan senang..kerana Allah akan sentiasa menemani umatNya:) tenangkan hati dengan bersujud dan mengadu padaNya :)
ReplyDeletehanya Dia tempat terbaik utk kita mengadu...
ReplyDeletejom singgah
Kejar Iklan Nuffnang: Tips
tol tu , ramai yang lepas geram kat facebook . macam nak curi perhatian orang . nice entri :)
ReplyDeletecinta Allah adalah abadi....
ReplyDeletesukeee.... :)
ReplyDeletejangan juga cuma ingat Allah bila dibagi ujian . tapi bila masa gembira , hu ha hu ha sana sini ..
ReplyDelete"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram." [ar-Ra'd: 28]
ReplyDelete:)
Allah tempat kita mengadu dan memohon..=)
ReplyDeletehanya Dia lebih mengerti
ReplyDeletejom sertai
Komen Entry dan Dapat Ganjaran
selalu ingat Allah kan .
ReplyDelete:)
kat fesbuk tu masa mula2 jer...kat blog pun sama. sebab mmg ikut teorinya org kecewa ni byk idea nak dicurahkan....
ReplyDeleteterbaik lah kak... :)
ReplyDeletethanx 4 sharing :)
bile kite terlalu kecewa terkadang kita melupakan yang maha kuasa..
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com