Ada seorang sahabat bukan blogger, tanya saya kat inbox FB.
Best ke buat blog ni?
Siyesly, saya tak tau nak jawab macam mana, yang boleh saya buat adalah bagi dia link untuk dibaca. SINI dan SINI. Lepas baca, dia kata... "biasa je... blog nie lebih kepada sharing ilmu ngan kawan2 kn.. berkongsi segala mcm ilmu.. tu je kn... ke ad lg..."
Saya post status kat Facebook... Bila ditanya kepada para bloggers, best ke buat blog ni, ade yang kata best, ada yang kata tak best. Tapi jawapan-jawapan yang awal mengatakan tak best. Yang kemudian-kemudian baru kata best. Tak best sebab ada Anonymous, tak best sebab takde idea nak update entri. Best pulak sebab boleh berkongsi dan nasihat-menasihati. Best bila idea ada, tak best bila idea hilang entah ke mana. Best sebab blog adalah antara medium capaian maklumat terpantas selain berita dan newspaper online.
Bila tak best tu, saya rasa pelik jugak. Kenapa teruskan berblog walaupun tak best? Bukan ke menyeksa jiwa tu? Kan better delete je blog tu. Erk!
Then ada yang bagi jawapan, kerana kepuasan. Rasa puas dapat menulis di blog walaupun nyatanya berblog itu tak best. Hurmmm... Kenapa saya berusaha untuk update hari-hari? Saja buat-buat rajin? Bukan. Saya update walaupun kadang-kadang hanya satu atau dua entri sehari sebab rasa tanggungjawab terhadap blog saya. Sebab komitmen pada blog, maka saya usaha untuk update melainkan saya nak cuti berblog untuk beberapa hari. Bila tak update, rasa lain aje. Cuba la tanya Pak Cik Mat ke abang Ben ke... Kenapa nak update jugak walaupun banyak sangat kot Anonymous serang diorang? Hurmmm...
Yang pasti, tentunya berblog itu lebih banyak best daripada tak best... Sebab apa?
Sebab sampai sekarang kamu masih lagi berblog.
36 Comments
saya prefer blog...nak baca surat khabar agak malas sikit...heheh...
ReplyDeletebuat blog best! sebab saya jadi rajin membaca. heheh!!~
ReplyDeletedan buat blog jugak best sebab saya dapat memahami isi hati orang lain.. sebab kebanyakan blog yang saya suka baca ialah blog yang bercerita pasal kehidupan mereka sendiri.. cntohnya blog yuyu zulaikha :)
tapi masing2 ada sebab tersendiri kan kak sunah? :)
^^
saya yang tak suke tue. tapi dapat kepuasan.. jadi best..
ReplyDeletekalo tak update.. macam pelik je.. haha
Best ke buat blog ni ???
ReplyDeletebestla jugak dari tak best...
betul!!! hehe XD
ReplyDeletesetuju dengan kak sunah :)
sy yg jawab best bro...=P
ReplyDeletehonestly aku lagi cepat tau sesuatu berita tu daripada blog rather than berita.. :)
ReplyDeletebetul.. setuju sangat~
ReplyDeletedgn adenye blog la, bley dpt byk info... :P
ReplyDeletebaru belajar berblog. so far dah jatuh cinta dengan blog. sebab dia kawan , sahabat, tempat kongsi, tempat cerita, dan yang pasti, dia tak pernah nak buat muka bila saya "bersembang" dengan dia..
ReplyDeletekeen lebih suka bc blog drp bc akhbar.. senang.. sbb benda2 dlm akhbar ada kt dlm blog.. kena pandai cari la.. heee~ ^_^
ReplyDeletebest berblogging..hanya org yg betul2 cinta blog akan tau best ke x blogging tu :)
ReplyDeleteaku x percaya berita ngn surat kabar, so blog jadi medium lain utk tau hal semase. lg pun, blog ade emosi. .seronok sikit bace.
ReplyDelete*aku tulis blog sbb rasa perlu menulis bila hapy, sedih, emosi terganggu. menulis tu macam terapi. hee :)
best sbb ada ramai kawan...n ada org komen...
ReplyDeletexbest xde idea nk update n xde ramai sgt kwn..huhu
cita2 nak jd blogger famous tp sush gak ye..:)
jd biasa2 je la...
menurut ps best .. tapi tak tahu kenape
ReplyDeletebest buat blog sebab memang minat menulis dan menaip
ReplyDeletehohoho
Juvana Episod 9
Bila pcm berblog masak2...terus tanam satu niat, akan kekalkan blog tu dan berusaha sebaik mungkin....alhamdulillah ok hingga kini...
ReplyDeletebest sbb boleh kongsi cerita dgn membaca cerita kan kan ;)
ReplyDeleteblog akan jadi best bila dia tahu apa matlamat berblogging dan bagaimana nak mencorakkan dunia blogging nie :)
ReplyDeletebetul..kalau tak update blog rasa mcm semacam je, ada yang tak lengkap je..
ReplyDeletesiyes.. berblog memang best.. macam2 kita bole buat.. jadikan diari, perkongsian ilmu, luahan pendapat, belajar menulis novel ataupun jadikan ianya tempat bisness intenet..
ReplyDeleteSalam Ukhuwah salam kunjung mengunjung ye (",)
bloging mmg best..dri 1 sudut mmg kepuasan n perkongsian..sbb lain skrg ni, berita kat paper n tv dh tak boleh caya..dh dimanipulasi pihak trtntu,kne cri sumber info lain..bloging salah 1 . .
ReplyDeleteserangan anon ni kita bleh abaikan je..saja nak menjatuhkan semangat kita berblog...just keep on blogging if u love it.jangan peduli apa orang nak cakap...
ReplyDeleteMOHD NASER.com
blog walking paling best..
ReplyDeletelike so much..
sebb boleh share apa2..sahaja..dan info di fb dn twitter..weee
akak rasa best je, maybe sbb baru lagi berblog kan? lama2 nanti tak taulah..
ReplyDeletebagi akak segala cerita yg ditulis dalam blog boleh dikongsi dan dijadikan kenangan kepada anak2 akak bila akak dah tiada nanti!
kkdang rse blogs speak louder drp medium lain
ReplyDeletethis is best bro....bak kata nabil..,
ReplyDeleteketagih wo kalau tak update blog..hee
best lar jugak..
ReplyDeletesbb kenkadang join GA dpt adiah...
ekekekekke..
best jugak..agree ngn semua jwpn..
ReplyDeletekengkadang ada up n down..
bes je..dapat tgk awek2 shawl..
ReplyDeletemmph..nice entry sunah..Best ke tak best buat blog nie semestinya kembali kepada persoalan individu masing-masing kan.
ReplyDeleteLain orang mungkin akan memberi jawapan yang berbeza, sesuai dengan perwatakan mereka dan tujuan mereka berblogging..
:-)
best
ReplyDeletepuas
hobi
mase terisi
tanggungjwb
ilmu utk dikongsi
saham pade mse akhirat nnti
yes...saya suka...berblog untuk sharing-sharing, menulis drpd pendapat sendiri dan membawa kepuasan bila ada yang membaca...:)
ReplyDeletebg sy best la berblog..macam2 boleh tulis.tanpa had perkataan.had masa.
ReplyDeletebg farah...best la berblog....sebab apa yg kite tulis org komen....
ReplyDeletepastu seronok dpt kawan...
i like berblog...^__^
berblogging memang best....
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com