Pagi tu, ustazah mengajar macam biasa. Da lama kan ustazah tak buat shooting dalam kelas. Selalu kat pasar malam je...mesti ade je promote gerai www.tiffinbiru.com tu. Da upgrade da gerai Pak Cik Mat tuuu! Cawangan da bertambah, kena la ada dot com pulak, kannnn. Eh, kembali ke dalam kelas, okie?
Ustazah: Hari ni penghulu segala hari, selalunya apa yang kita buat hari Jumaat?
Nasri: Solat Jumaat ustazah!
Ustazah: Yup, betul...untuk lelaki...lagi?
Yusof: Hari Jumaat penghulu hari, awal-awal pagi dah mandi~
Ustazah: Aik, dua kerat je Yusof? Ermmm...kenapa mandi awal pagi?
Ruhayu: Mandi sunat ustazahhhh...banyak pahala!
Ustazah: Haaa...ni ustazah nak cerita ni. Hari Jumaat ni banyak pahala kita boleh dapat. Pahala-pahala ni kita dapat dari amalan-amalan sunat yang kita buat pada hari Jumaat. Sebelum tu, nak tanya pelajar-pelajar lelaki ni, apa hukum menunaikan solat Jumaat?
Khairul: Wajib, ustazah! Untuk lelaki lah...yang rasa bukan lelaki tu jangan perasan, okie?
Ustazah: Hamboiii ayat...~ Yup, solat Jumaat ni wajib ke atas lelaki, tapi dengan syarat yang tertentu.
Nasri: Erk, wajib... Kecuali dengan syarat tertentu... Ape syaratnya ustazah?
Ustazah: Solat Jumaat ni ada syarat-syarat wajibnya. Jom tengok gambo ni pulak.
Khairul: Oooo...kalau cukup semua syarat-syarat wajib tu, bila kita tinggalkan solat Jumaat, dapat dosa la ye ustazah? Rugilaaaa~~
Ustazah: Ha'ah. Rugikannn tinggalkan solat Jumaat~ Dapat dosa... Sape yang meringan-ringankan hukum Allah ni, Allah murka tau! Nanti kalau asyik tinggal je, lama-lama Allah tutup hati tu dari terima hidayah.
Fasihah: Ha'ah laaa...kan ada pengecualian tu macam hadith yang awal tadi???
Ustazah: Yup, bagus anak-anak murid ustazah ni. Soklan yang ditunggu-tunggu~~ Memang ada pengecualian untuk golongan tertentu tentang solat Jumaat ni.
Ustazah: Jadi, kalau rasa sakit tu sampai sangat-sangat sukar untuk ke masjid, buatlah solat Zohor macam biasa kat rumah.
Ruhayu: Eh, ustazah! Kalau yang dikecualikan ni buat solat Jumaat je kat rumah tak boleh ke?
Ustazah: Ohhhh, lagi satu soklan yang bagus! Antara syarat sah solat Jumaat adalah didirikan kat tempat yang telah ditetapkan untuk solat Jumaat, iaitu kat masjid, dewan, padang dan sebagainya. Lagipun, jumlah makmum yang sah untuk solat Jumaat adalah sekurang-kurangnya 40 orang yang tinggal tetap kat kawasan tu.
Fasihah: Maksudnya, kalau buat sorang-sorang, tak sah lah ye ustazah. Huhu...
Ustazah: Ha'ah...jadi buat je solat Zohor macam biasa.
Yusof: Ustazah, ustazah! Pasal mandi tadi ustazah!
Ustazah: Oh, alhamdulillah Yusof ingatkan. Da nak habis masa da baru teringat yang ni. Takpe, simple je eks. Antara amalan-amalan sunat yang boleh kita buat pada hari Jumaat ni...
Ruhayu: Wahhhhhhhhh! Banyaknye boleh buat! Kami yang tak solat Jumaat ni pun boleh dapat pahala, kan ustazah!
Ustazah: Yup, asalkan kita niatkan kerana Allah...
Khairul: Wow! I nak balik sekarang ni ustazah~ Nak gi cukur misai~
Ustazah: Ehhhh, tunggu la habis waktu sekolah dulu. Adoiii...
Khairul sengih macam kerang busuk.
Nasri: Tak hagak-hagak!
Ustazah: Sudah, sudah~ Ok lah, alhamdulillah. Semua dah tau kan, jadi sebarkan pada kawan-kawan kelas lain yang tak tahu lagi ye. Minggu depan kita masuk bab lain pulakkk... Assalamualaikum.
Semua menjawab salam.
Pahala Jumaat...dah banyak sangat yang Allah bagi kat kita sebagai hamba. Tapi kita ni kadang-kadang malas nak kutip benda-benda yang da bertaburan tu. Sape yang rugi nanti? Untunglaaaa orang yang kutip pahala Jumaat.
Rujukan lain:
http://www.tayibah.com/eIslam/solat_jumaat.htm
http://www.mykhilafah.com/fikih/1797-tidak-solat-jumaat-kerana-bekerja
http://soaljawab.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=229&Itemid=84
16 Comments
dah2..g solat...huhu
ReplyDeletemacam mana pula kalau masjid yang kita nak pegi tu jauh (tu yang paling dekat) dan kita takde kenderaan?
ReplyDelete@Faris Adli
ReplyDeleteusahakan cari kenderaan...cuba tanya kawan2 yang lain...jiran sebelah kan ade...:)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteterima kasih Ustazah.. sy bertongkat ke masjid.. sy mampu lalukannye :)
ReplyDeletealamak ayah dh panggil, daaa
Assalammualaikum
thnx akak... baru la mendalam....
ReplyDelete@aliarosli
ReplyDeletepandai buat, pandai tanggung...:)
@KyêrulL
ReplyDeletealhamdulillah..:)
wa'alaikumussalam..
@forever love
ReplyDeletesama-sama atiq..
yg x best nye time khutbah jumaat ade org sembang.. klu budak2 xpe la, ni pakcik.. adoiii xkn xtau hukum kot kan
ReplyDeleteterima kasih ustazah :)
ReplyDeletesyukur alhamdulillah :) bertuah je rasanya.. hehehe
ReplyDeleteberuntung jadi lelaki .. tapi tak salah kalau perempuan pun buat perkara2 yang sunat di hari jumaat tu . mudah-mudahan ade rahmat-Nya =)
ReplyDeleteTenang je jiwa bila baca Eh, Ustazah!
ReplyDeletekalau bole, jangan tinggal jumaat.. cukup 3 kali tinggal, tertutup pintu hati.. ^^
ReplyDeleteUstazah!.. yang sunat makan sebelum pergi solat tu macam mana Ustazah??
ReplyDeletebetul ke salah ustazah??
:)
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com