Ticker

6/recent/ticker-posts

63 Tahun Nakba...


Balfour merengus kasar.

"Jadi macam mana, tuan?" tanya Merzelo.

"Celaka si al-Qawuqji! Berani dia mencabar kita! Dia ingat dengan cara tu kita akan batalkan benda ni???" Muka Balfour merah padam menahan marah. Geram benar dengan tindakan al-Qawuqji yang tidak disangka-sangka.

"Kita...teruskan ya, tuan?" Merzelo teragak-agak, menunggu kata putus dari Balfour.

"Teruskan saja! Dah berpuluh-puluh tahun kita rancang semua ni! Kau tunggulah al-Qawuqji!" Balfour merenung jauh ke luar tingkap pejabatnya. Kampung Nabi Salleh di Ramallah dalam kepala.

***

"Syeikh!!!" Hamed memanggil al-Qawuqji yang baru sahaja keluar dari Surau al-Ayubi. Al-Qawuqji berhenti melangkah sebelum berpaling ke arah Hamed.

"Kenapa ya Hamed?" tanya al-Qawuqji setelah bersalaman dan berpelukan sebentar.

"Subhanallah, Syeikh!!! Ana mendengar sesuatu yang menggusarkan hati ana!"

"Apa yang merunsingkan enta? Boleh ana tahu ya Hamed?"

"Syeikh, Balfour akan meneruskan rancangan mereka!!! Esok negara Israel akan disytiharkan! Pihak British juga akan menamatkan mandat mereka di sini!"

Al-Qawuqji mengucap panjang, namun wajahnya nampak tenang, memancarkan wibawa seorang pemimpin.

"Kumpulkan semua muslimin, selepas Asar di sini," pinta al-Qawuqji.

***

"Allahhhhhhhh...!!!! Allahuakbar!!!" rintih Asiah. Tudungnya ditarik kasar. Badannya dihempas ke penjuru dapur. Lemah longlai tubuhnya kini. Air matanya mengalir melihat anak kecil yang sudah tidak bernyawa di atas lantai tidak jauh dari tempatnya.

"Cantas saja!!!" arah Merzelo penuh benci. Seorang askar Israel menurut perintah. Asiah sempat melafazkan kesaksian kepada Allah dan Rasulullah sebelum nyawa terpisah dari tubuh.

***

Khaled terkedu. Mendengar berita tentang Asiah dan Umar yang telah terbunuh. Bukan keluarganya sahaja. Malah keluarga al-Fahmi, Saed, Hassan, dan muslimin yang lain di Kampung Nabi Salleh turut diserang beramai-ramai.

"Syeikh!!! Bandar Nablus dan Bandar Lama dah musnah!" suara Hamed yang lantang menarik perhatian muslimin. Khaled dan yang lain merenung al-Qawuqji. Menanti kata-kata yang bakal keluar dari mulut pemimpin itu.

"Jangan gentar wahai pejuang Allah! Teruskan bertahan hingga ke akhirnya! Ini peluang untuk kita mendapatkan tempat tertinggi di sisi Allah kelak! Ini peluang untuk kita mencapai syahid!!!" al-Qawuqji menghela nafas sebelum membaca ayat ke-60 dari surah al-Anfaal.

"Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan)."

Mendengarkan kata-kata al-Qawuqji membakar semangat jihad para muslimin. Mereka mahu berjuang hingga ke titisan darah terakhir. Hari ini bakal menjadi saksi perjuangan para syuhada di bumi Palestin!

***

15 Mei 1948 - Lebih 500 bandar dan kampung di Palestin telah diceroboh dan dimusnahkan oleh tentera Israel yang menyebabkan lebih 700,000 warga Palestin menjadi pelarian.





Hari ini Hari Nakba... Sehingga hari ini rakyat Palestin menjadi orang asing di bumi sendiri. Mereka saudara seIslam kita, apa yang kita lakukan untuk mereka?

Sumber gambar Nakba: Wikipedia

Post a Comment

12 Comments

  1. israel memang kejam..
    dulu,kini dan selamanya..
    mereka akan terus menindas penduduk palestin..
    :(

    ReplyDelete
  2. 15 mei,terpahat di hati..kisah yg pilu menyayat hati..bila diselongkar semua kisah n rentetan Palestine dijajah,sakitnya hati tuhan je tahu..smoga kita sntiasa doakan mereka..sekurangnya mereka telah terjamin syurga tp kita?...

    ReplyDelete
  3. untungnya mereka yang syahid dijanjikan syurga.. kita? wallahu a'lam..

    ReplyDelete
  4. sunah, bagi aku isu palestin berpunca dari umat Islam itu sendiri. Mereka berpecah belah terutamanya di Palestin itu sendiri.

    Bagaimana kita mahu menentang musuh kalau kita tak bersatu?

    Tapi Alhamdulillah, akhirnya Hamas dan Fatah akhirnya berdamai. Langkah pertama untuk pembebasan Palestin.

    Israel nampak kuat bukan kerana mereka kuat tetapi kerana Palestin itu lemah

    ReplyDelete
  5. baca entri nih terus teringat buku Dari Beirut ke Jerusalem karya dr. Ang Swee Cai...menitik air mata baca.......

    ReplyDelete
  6. sedih mengenangkan keadaan umat islam ditindas, selagi mana umat islam tdak bersatu, selama itulah akan ditindas dengan sewenangnya dengan orang kafir. sama2 kita ebrdoa, ALLAH sedarkan kita dan kita bersatu di bawah satu lafaz, La Ilahaillallah

    ReplyDelete
  7. Teguhnya meraka mempertahankan aqidah Islam.

    kita??

    marilah kita seteguh mereka

    ReplyDelete
  8. sedih bila kenangkan nasib mereka..
    patutnya kita bersyukur jadi rakyat malaysia yang setakat ni masih lagi aman makmur,,^^,

    ReplyDelete
  9. semoga rakyat palertin yang ditindas itu mendapat kedudukan yang tinggi disisi Allah... amin ya rabb

    ReplyDelete
  10. kite ambillah pengajaran..jgn trus leka kawa-kawan....

    ReplyDelete
  11. hm.. apa yang mampu berdoa lah untuk diaorang..

    ReplyDelete
  12. sdeh tgok diorg d sna, kita d sini masih xsdar2

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com