'Hujan di luar semakin lebat. Lilin yang menyala di beranda itu meliang-liuk ditiup angin. Kadang-kadang ke kiri, kadang-kadang ke kanan. Bila angin bertiup kuat sikit, lilin itu semakin malap, hampir-hampir sahaja terpadam. Tetapi belum masanya lagi untuk lilin itu terpadam...ada lagi sisa tubuh lilin yang tinggal. Maka, lilin ingin terus menyala...tiba-tiba, satu percik air hujan terkena lilin, biar panjang lagi sisa tubuh lilin, nyalaannya tidak mampu lagi untuk menyala. Ya, lilin terpadam...dengan sekelip mata percikan hujan sahaja.' [MATI]
Mati itu pasti. Sudah memang tercatat di luh mahfuz bila ajal dan maut kita. Macam mana kita pergi meninggalkan dunia pun hanya Allah yang tahu. Tidak dapat ditangguh-tangguh lagi masanya bila ajal sudah tiba.
Apa yang perlu kita lakukan selagi nyawa dikandung badan hanyalah menambahkan amal kita di dunia. Berusaha sebaik mungkin meraih pahala dan menjauhi perkara yang mendatangkan dosa. Semuanya bagi memastikan tempat kita di akhirat kelak adalah yang paling dekat denganNya...insya'Allah.
Bagi mereka yang telah pergi meninggalkan kita, doakan agar Allah menempatkan mereka bersama hamba-hambaNya yang bertaqwa dan dipermudahkan urusan mereka di alam barzakh. Kita juga akan pergi menyusuli mereka kelak suatu hari nanti.
Takziah buat blogger Kak Ayu (Citarasa Rinduan) atas pemergian ayah mertua ke rahmatullah pagi ini. Al-Fatihah.
13 Comments
al-fatihah
ReplyDeletesedih lak
ReplyDeleteAL FATIHAH...semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan di kalangan org2 yang beriman
ReplyDeleteAl-Fatihah utk keluarga beliau..
ReplyDeleteal-fatihah...
ReplyDeleteinnalillah..
ReplyDeleteal fatihah..
semoga segala amalannya diterima oleh Allah..
semoga aman di sana
kak ayu.. tabah ye..
takziah pda kluar arwah...al-Fatihah
ReplyDeletesalam takziah.. Al-fatihah, semoga rohnya dicucuri rahman.. Amin
ReplyDeleteInnalillah....
ReplyDeletedah bace di blog PCM tadi...
moga rohnya ditempatkan di kalangan org2 yg beriman..
Alfatihah~
Innalillahiwainnailaihiroji'uun... kakak tak tahu lagi.
ReplyDeleteSesungguhnya dari Allah kita datang kepadanNya juga kita kembali...
um... takziah pada keluarga dia..
ReplyDeletealfatihah..
al-fatihah
ReplyDeletealfatihah..moga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman,amin3
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com