Ticker

6/recent/ticker-posts

Entri Ini... Tak Tahu Nak Letak Tajuk Ape...


Bersedia untuk entri panjang.

Prinsip berblog? Apa prinsip kamu dalam berblog?

Norfa kata, saya ni hebat dalam pergaulan sesama blogger. Erk! Yeke dear? Saya tak tahu...terima kasih untuk itu. Alhamdulillah. Entri Norfa buat saya rasa mahu berkongsi sesuatu dengan kamu-kamu semua.

Sebenarnya, saya mula berblog dulu bukan seperti saya sekarang ini. Sebelum ini, kalau kamu-kamu nak tahu, saya ada lagi satu blog menggunakan wordpress dengan domain asasian.net. Tapi tak dapat masuk dah blog tu malam ni. Ada virus katanya.

Lepas tu saya mula berjinak-jinak dengan blogspot, siapa ajar? Takde sape, sebab saya jenis yang suka teroka sendiri sesuatu tu, melainkan kalau saya betul-betul da tak tau sangat dan tak jumpa kat mana-mana carian google, saya akan tanya orang lain. Sebab masa tu memang blogspot adalah sesuatu yang baru di kalangan saya dan kawan-kawan.

Awal-awal berblog, entri saya lebih banyak tertumpu kepada review novel dan buku. Ya, inspirasi saya masa tu adalah website-website yang suka review buku. Sesuai dengan minat membaca pada masa tu. Entri? Jarang sangat nak update, bolehlah seminggu sekali, kadang-kadang sebulan sekali. Then pengsan sekejap. Hurmmm...

Lepas tu, mula belajar kongsi apa yang saya baca kat tempat lain, maksudnya copy paste lahhh... Apa yang saya dapat di website lain, dalam email, dalam mesej kat henset, suma nak kongsi. Maksudnya, jarang lah menulis entri sendiri.

Kemudian, saya bertanding untuk pilihanraya kampus. Blog adalah salah satu medium kempen, dan tempat mengutarakan isu. Apa-apa aktiviti turut dipromosi melalui blog. Dihentam di blog? Ya, tentu ada...shoutbox menjadi medium untuk mencaci maki, terima kasih. Tapi tak lama...alhamdulillah ada sahabat-sahabat yang memberi sokongan.

Lepas selesai berkhidmat, blog jadi tempat luahan perasaan untuk student degree tahun akhir. Ya, banyaknya tentang Projek Sarjana Muda, tentang menangis dan menangis. Dari awal hingga titik akhir. Alhamdulillah, dah berlalu.

Lepas degree, blog sunyi sepi. Dah tak tahu nak isi apa. Kemudian Allah bagi rezeki sambung belajar, masa tu blog tak dipandang sangat. Hanya berkongsi dengan adik-adik junior tentang perasaan bila sudah tidak lagi bergelar mahasiswa (banyaknya benda yang tak percuma bila dah habis degree!)

Hingga satu ketika di hujung tahun lepas, blog mula bernafas kembali. Mencari rentak. Akhirnya setiap hari mesti ada entri. Melainkan kalau pergi tempat jauh yang mana saya tak bawak laptop atau tempat tu tak ada coverage internet.

Kenapa saya berblog semula dan aktifkan semula?

Kerana saya mahu terus berkongsi. Ini saja benda yang saya ada untuk saya sampaikan sesuatu kepada orang lain kat luar. Walaupun kalau dilihat, entri saya sudah berbeza sangat dengan yang dulu-dulu, namun saya puas kerana apa yang saya taip adalah dari saya sendiri. Dan saya menaip dengan rasa dan hati, bukan lagi kerana saja mahu mengisi blog dengan entri.

Hebat bergaul dengan blogger?

Saya bukan sesiapa, kalau dibandingkan dengan Dia yang Maha Hebat, hebat saya hanya sekelumit saja dari hebatnya Dia. Saya hanya mampu berusaha untuk menjaga hubungan baik sesama blogger. Namun saya percaya semua sudah sedia tahu, tidak mudah untuk memuaskan hati semua orang...:)

Dan yup, semua blogger ada kelebihannya yang tersendiri. Akak setuju dengan tu Norfa. Kelebihan itu menjadi identiti kepada mereka.

Akhir sekali, terima kasih kepada semua pembaca termasuk silent reader. Anda semua adalah anugerah Allah yang menjadi penyumbang kepada saya hari ini. Minta maaf atas segala kesilapan saya sepanjang berblog, kalau ada yang terasa hati atau terguris perasaan. Mungkin ada di antara entri yang agak keras, siapa tahu, ada yang terasa.

Dan... Erk, maaf kalau entri tengah malam ni tersangatlah skema.....dan serius.

Baru balik sebelum jam 12 tadi...dan ada ramai orang buat saya terharu termasuk budak NI...Saya sayang awak jugak~ T_T

P/S: Jangan lupa undi NIII...

Post a Comment

32 Comments

  1. Alhamdulillah. semuanya telah ditentukan.

    habluminallah wahabluminannas. ;)

    psssttt: jom bce latest entry.
    PAKAI TUDUNG... AURAT atau FESYEN ?

    ReplyDelete
  2. kak sunah tak sayang kite pon :(

    ReplyDelete
  3. eh samalah kita..ada blog yang pernah pengsan :-)

    ReplyDelete
  4. sy newbie.. mintak tunjuk ajar.. :)

    ReplyDelete
  5. @Pijahh' de-Arr

    terima kasih berkunjung ke blog...teruskan berblog!

    ReplyDelete
  6. saya pun takde motif masa mula2 nak berbelog..
    tapi sekarang rasa macam tak cukup tgn nak update..
    saya budak baru belajar..
    kalau salah,tolong tunjukkan..
    :)

    ReplyDelete
  7. @udin

    jom belajar sama-sama...saya pun newbie ni...:D

    ReplyDelete
  8. semua org jeles kak sunah sayang saya,,,,,hehehee...

    kak sunah, betul kata norfa...u're the best!!

    ReplyDelete
  9. @putERi-kAtEk

    AKAKKKKKKKKKKKK! KAK SUNAH PON SAYANG SAYE LAH

    WEKKKKKKKKKKKKKK :p

    ReplyDelete
  10. hurmm...adik dah jmp rentak.akak masih tercari2 rentak.patutlah blog adik rakcak walau tanpa irama.blog akak pincang walau hebat gendang nyer..huhu

    ReplyDelete
  11. @Ana Montana

    insya'Allah tangan cukup je..hehehe..

    belajar sama-sama ek..:)

    ReplyDelete
  12. @Lydia Miza(Aidyl Azim)

    kak comot, insya'Allah ape yang akak de sekarang, tu lah rentak akak..saya suka je baca..kisah hidup orang di perantauan...:)

    ReplyDelete
  13. blog rempat ceq merapu..

    dulu.....

    tah la ni merapu jugak..haha

    ReplyDelete
  14. sy suka bce blog akak sbb entri yg kreatif & message is conveyed.. :D

    ReplyDelete
  15. semua orang ada cara tersendiri dalam berblog...

    Mas ni masih baru lagi, rentak tu baru nak ditemui!

    ReplyDelete
  16. nak dapat rentak bukan senang ek..

    sayang kamu juga :)

    ReplyDelete
  17. same here!;)

    nice to know u Sunah!!^_^

    ReplyDelete
  18. Akak sayang sangat kat sunah..... Keep in touch yer dik.... Teruskan mencari idea untuk berbelog.. akak akan sentiasa suppot kamuuuu

    ReplyDelete
  19. jom cari rentak! (^_^) layan jer



    saLam kenaLan...dr segmen gegar gegar Ben! huhu nice blog!(^_^)

    sudi2 lah lawat kiter plak ye



    http://themrizzo.blogspot.com

    ReplyDelete
  20. masih takde arah tujuan dalam berblog...
    harap nanti dapat jadi macam kak sunah...hehe..

    sedey.. tak sayang cik pulau pun,.uhukk

    ReplyDelete
  21. banyak lagi along kene teroka ntuk sama2 kuatkan mutu entry2 along.. hmm...

    apepon.. thnx sudi kawan ngan along.. :)

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com