Jam menunjukkan pukul 9.00 malam. Ustazah membuka laptop. Niatnya nak masuk forum Halaqah.net. Membaca isu-isu terbaru yang dibincangkan bersama admin kat dalam tu. Tengah syok-syok baca isu Baitul Muslim, tiba-tiba...pop! Bunyi apekah??? Bunyi popup chat okeyyy...ade anak murid menghubungi di YM rupanya...
Nadirah: Assalamualaikum ustazah...
Ustazah: Wa'alaikumussalam Nadirah...apa khabar?
Nadirah: Alhamdulillah ustazah, sihat...ustazah sihat?
Ustazah: Alhamdulillah, sihat saje...ni tengah buat ape sambil kaco ustazah ni?
Nadirah: Errr...hehehe. Nak ajak ustazah conference lah~ Ustazah free tak ni? Ade tiga sahabat lagi tengah tunggu.
Ustazah: Erm, conference? Okie, okie...ustazah pun baru je online ni. Invite lah ye...
Beberapa saat lepas tu keluar message window "Join My Conference" kat skrin laptop ustazah. Ustazah pun klik je "Join"...
Ustazah: Assalamualaikum semua.
Semua menjawab salam.
Ahsan: Ustazah! Nak tanya sesuatu ni...
Mira: Haa...ustazah. Dari tadi Ahsan ni tunggu ustazah online. Tak sabar-sabar dia.
Ustazah: Ade ape Ahsan?
Ahsan: Erm...erm...erm...ustazah da makan?
Ustazah: Alhamdulillah...kenyang sudah...eik, tu ke soalannye?
Ahsan: Ehehehe...ye lah, tu je. Ops! Ade soalan dari orang lain sebenarnye...
Izamir: Ustazah, tadi kannn..kat sekolah kannn...
Ustazah: Haa..ade ape kat sekolah, Izamir?
Izamir: Telinga ni kan, ustazah. Panas je dengar budak-budak dalam kelas tu. Asyik pot-pet-pot-pet je...
Ustazah: Pot-pet-pot-pet pasal ape ni?
Nadirah: Pot-pet-pot-pet pasal orang lain...bergossip...cakap pasal si polan lah...
Ustazah: Cakap benda baik ke buruk?
Mira: Errr...benda buruk, ustazah.
Ustazah: Nape tak nasihatkan kawan-kawan tu?
Ahsan: Ala...tak berani la ustazah. Huhuhu...sebab diorang tu powerpuff girlsss sangat...
Izamir: Uiks, tak lelaki betul Ahsan ni.
Ustazah: Patutnya kita tegur, memburukkan orang lain tu tak elok. Menyebarkan keburukan orang lain, apatah lagi... Cuba semua bukak blog www.sunahsukasakura.com. Ade satu gambar tu tentang mengumpat ni.
Nadirah: Erk! Aib ye, ustazah?
Ustazah: Ye, Nadirah. Bila kita menyebarkan keburukan orang lain, itu kan aib orang tu, dan kita pulak berdosa sebab mengumpat. Dapat dosa free la pulak. Kalau renungkan dalam al-Quran, Allah mengibaratkan orang yang mengumpat ni macam makan daging saudaranya yang dah mati.
Mira: Ooo...walaupun benda yang kita cakap tu betul, pun tak boleh ye, ustazah?
Ustazah: Kalau benda yang kita cakap tu tak betul, ia fitnah untuk saudara tu...kalau benda tu betul, da jatuh kepada mengumpat, atau istilahnya 'ghibah'.
Izamir: Erm...kalau macam tu langsung tak boleh la kan membuka aib orang lain. Kalau aib sendiri pulak?
Ustazah: Aib orang lain pun Rasulullah tak bagi kita buka, apatah lagi aib sendiri kan?
Ahsan: Jadi kalau kita pernah buat salah masa zaman jahiliyyah kita dulu, tak perlu untuk kita bukak lagi ye?
Ustazah: Dosa zaman silam kita, biarlah jadi urusan antara kita dengan Allah. Tak perlu untuk kita buka kepada orang lain...
Nadirah: Kalau tak boleh bukak aib sendiri, macam mana kita nak tanya tentang hukum perbuatan masa lalu kita, ustazah? Kot-kot kita nak pastikan ke dengan ustaz-ustaz atau mufti. Kan kene ceritakan?
Ustazah: Alhamdulillah. Ade jugak yang bertanya. Imam Nawawi dalam Syarah Sohih Muslim ada memuatkan keadaan kat mana kita boleh bukak aib ni. Antaranya...
Pertama, orang yang dizalimi dibenarkan untuk mengadu kepada pihak penguasa terhadap kezaliman yang berlaku.
Kedua, untuk meminta fatwa mengenai hukum-hakam, dibolehkan untuk menceritakan keburukan seseorang tetapi ada baiknya sekadar untuk mengetahui hukum sahaja dan tidak berlebih-lebihan.
Ketiga, untuk memperingatkan orang lain akibat melakukan kejahatan, bolehlah dijadikan iktibar kepada seluruh umat Islam.
Keempat, menceritakan kepada khalayak ramai tentang seseorang yang fasik dan melakukan kemungkaran seperti meminum minuman keras, memeras ugut dan perkara-perkara batil yang lain.
Mira: Jadi kalau kita nak share jugak dengan orang lain, untuk tujuan iktibar, kenalah berpada-pada dan tak melebih-lebih hingga menjatuhkan maruah orang tu, kan?
Ustazah: Yup. Macam tu jugak untuk diri sendiri. Kan kita kena kreatif, olahlah cerita dari pengalaman agar orang lain boleh ambil lebih banyak iktibar daripada membuka pekung yang tertutup. Jangan sesekali menokok tambah cerita dan niatkan hanya untuk kebaikan sahaja.
Nadirah: Jadi lepas ni, kalau nak berkongsi ape-ape dalam blog, nak tegur orang lain yang buat salah, sambil berdakwah, kena jaga-jaga la ye, ustazah. Tak boleh sebut nama orang tu, tak boleh tunjuk gambar, tak boleh tunjuk video. Kan, kan, kan~
Izamir: Eh, ini macam...
Ustazah: Haaa...biar pembaca saje yang mentafsir. Yang penting, sampaikan info, bukan sebarkan aib.
Ahsan: Fuhhh...banyaknya benda baru tau ni. Alhamdulillah...
Ustazah: Alhamdulillah. Lepas ni, share lah dengan kawan-kawan lain ye. Ok, dah lewat ni. Ustazah pun nak logout dah.
Nadirah: Ok, ustazah. Terima kasih ye sudi join conference. Kalau tak, panas sampai bila-bila lah telinga Izamir ni.
Ustazah: Sama-sama. Nanti ade ape-ape, jangan segan bertanya ye. Ok, assalamualaikum semua.
Semua menjawab salam. Ustazah pun meninggalkan conference room kat YM tu.
Kadang-kadang kita rasa seperti mahu berkongsi kisah silam kita kepada orang lain. Tapi kisah silam kita terlalu hitam untuk kita khabarkan, sampai boleh saja apa yang kita ceritakan itu kelak menjatuhkan maruah kita sendiri, menghilangkan rasa hormat orang lain kepada kita, menyebabkan mereka pandang serong pada kita. Masih mahu berkongsi, olahlah sebaik mungkin. Allah bagi kita akal dan hati, kita juga mampu memilih dengan jiwa, mana yang sepatutnya kita sampaikan kepada khalayak, supaya kelak kita sama-sama boleh mengambil iktibar daripadanya.
36 Comments
suka..br bace entry tuttt pasal buka aib org..pdhl diri sndiri y buka aibnya
ReplyDeletethanks 4 sharing ;)
ReplyDeleteentry yg menarik .
thanks kak..
ReplyDeletememberi peringtan kepada kami..
nak berblog pon kena hati2..
takut terbukak aib org..
post pasal rahsia blogger terbongkar tu bukak aib ye kak??
cane ni??? =_=
Nice!!
ReplyDeleteThanks for sharing :)
http://pojiepooh.blogspot.com/
terima kasih kak sunah.. ehh ustazah...
ReplyDeletealhamdulillah.. sekarang dah tak bercerita pasal org lagi da... hehehe..
sharing is caring! heee
ReplyDeletetenkiU!
(-__-)
ReplyDeleteterimas kak
ReplyDeleteem,kadang-kadang kenangan silam mengahantui diri
doakan dapat berubah ea kak
errr sya phm ustazah
ReplyDeleteTime kacih cikgu....ummm....ummm... cikgu cikgu......nak tannnyyyye soalan lah.... tapi shaye maluuuuu hihihi..:D
ReplyDeletelike~
ReplyDeletebtul tu btol!! =)
ReplyDeleteeh..yang ni belum baca la...
ReplyDeleteohh baru dahku perasan kalau tazkirah trademark dia Eh, Ustazah...
kena kenal lebih lagi ni..
hai awak, kita tak habis taaruf lagi.
err... betol-betol...
ReplyDelete*tertanya diri sendiri. pernah aibkan orang tak kat berblog.. kena check balik entry2 neh.. hehe..
btw.. thanks kak sunah.. nice entry..^^,
terima kasih kak sunah.. saya lebih faham sknk :))
ReplyDeletebtoi2...smoga allah jauhkn dri membuka aib org dan diri....
ReplyDeletenice,,=)
ReplyDeletehhhmmmm... bila berkumpul beramai2 dan borak2 ngan rakan2, mesti termengumpat tanpa sedar..
ReplyDeleteishh.. byknya dosa.. T_T
menarik entry ni, banyak maksud tersirat dan tersurat :) terima kasih.
ReplyDelete*mula tertanya-tanya pada diri sendiri*
@NadiRah
ReplyDeleteyang tu...nad rasa?
suka baca..
ReplyDeletethank's 4 d info kak sunah yer..
Mintak jauh dari membuka aib dan di buka aib. Ada doa utk dijauh kan segala aib ni. sedang mengoogle. :)
ReplyDelete@aliarosli
ReplyDeleteinsya'Allah...ameen..
@Nisa' Pasir Gudang
ReplyDeleteEh, Ustazah! kuar tiap jumaat..:)
Salam..yea angah...lama tak ke sini, blog sendiri pun tak jenguk, sekali sekala lihat fb, final exam tak habis lagi...rindu juga kat kak sunah...
ReplyDeleteterima kasih atas peringatan yang sangat berharga ini, kadang2 benda ni kita memg dah tahu, cuma kita perlu diingatkan selalu...
with luv ~~
salam kak sunah,
ReplyDeletewahh seyes best ble kak sunah wat cte2 pnuh pedoman cmni!
halus btol kalau nak tegur ikut cara islam secara mutlak..patut la orang zmn skrg ni liat dan slalu gunakan AIB sbg alasan taknak terima teguran..
ReplyDeletepapepon, entri yg baik. lepas ni kena berhati2 dgn ghibah..
@Jejaka Terhangat
ReplyDeleteyup, kadang2 aib pun dijadikan alasan untuk tak terima teguran... cuba renungkan bila kita ditegur orang macam tu sekali, amek lah apa yang ditegur tu dulu, lebih utama dari aib tu sebenarnya...bimbang kitatergolong dalam mereka yang fasik..ni tidak, terus melenting juga...kena sesuaikan ikut keadaan..
terima kasih JT sebab datang..
mak aiii...panjangnyerrr..hoho
ReplyDeletebagus ni sunah..
sharing is caring..
http://qasehraihan.blogspot.com/2011/04/iqbalhakimi-dan-faizal-fredly-tolak.html
salam, sis sun...nice entri, semoga Allah sentuh hati2 mad'u dgn wasilah ini..ameen..semoga ada redha-Nya..
ReplyDeletejuz wanna share sumtin bout isu yg hangat akhir2 ini..ttg video sundal itu..antara kata-kata seorang ulama'
"orang mukmin jangan sebar jika pun rasa percaya. Jika palsu, kita selamat daripada dosa menyebarkan fitnah. Jika benar, kita selamat daripada menyelak maksiat tertutup. Kemudian saya menambah, jika Allah murka, Dia buka aib dan dosa tersembunyi kita pula."
insyaAllah, semoga kita sentiasa berhati-hati dalam gerak langkah, tutur bicara kita.. ^_~
[keep up ur nice work, dear! jaga diri, jaga kesihatan, jaga iman..jaga makan!!]
terbaek n3 nih... sempoi... dpt gak tahu ttg ghibah ni.. thanks.. :)
ReplyDeletesaya faham sekarang thanks Sunah ;)
ReplyDeleteitulah mulut ni..camane tak bagi ngumpat orang ni..atau mengeji orang dr belakang..bermuhasabah diri kena banyak2..istighfar3x
ReplyDeleteas salam..
ReplyDeletewah! suka entri ni! ;)
beruntung bagi mereka yang sentiasa beringat kepada-Nya ;)
syukran ats ingatan..moga terhindar dr ghibah dan fitnah, insyaAllah :)
ReplyDeleteowh. kirenyer, nak tegur, nak cerita, jgn bagitau nama, nak tanya hal sendirik pon kene olah cerita, n jgn buka aib sendiri.
ReplyDeleteterimakasih atas ilmu tersebut =)
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com