Ticker

6/recent/ticker-posts

Eh, Ustazah! : Dakwah


Petang-petang lepas Asar, ustazah gi jogging kat taman bunga tak jauh dari rumah dengan beberapa orang anak murid. Hurmmm...sape ek, anak murid kali ni? Meh la baca...

Nasri: Ustazah, petang-petang camni kenapa banyak sangat pasangan berdating kat taman bunga?

Nabila: Tu dia soklan cepu emas! Direct to the point!

Ustazah: Petang-petang kan best, berangin sepoi-sepoi bahasa lagikkk...tapi kalo dating dengan suami atau isteri lagi bestttt!

Heziqa: Erkkk! Yang dating-dating ni dengan sape ek? Da kawen ke belum? Err...

Ustazah: Ce tanya...

Nasri: Gulp! Tak berani lah ustazah...ade gak kene belasah kang.

Aizuddin: Pentakot betul la ang ni! Bukan ke kalo berdakwah kena berani?

Nasri: Alamak...err...

Ustazah: Haa...bagus betul Aizuddin utarakan hal ni.

Nabila: Hal ape, ustazah?

Ustazah: Dakwah...dakwah ni ape? Tau tak yang sebenar-benarnya dakwah tu ape?

Heziqa: Menyampaikan tentang agama...yeke, ustazah?

Ustazah: Haa...hampir dah tu. Dakwah ni dari segi bahasa, menyeru dan mengajak. Dari segi istilah pulak, menyeru dan mengajak orang lain untuk taat kepada Allah dan meninggalkan laranganNya.


Nabila: Ooo...wajib ke ustazah? Kan ke dah ade JAKIM, dah ade ustaz-ustaz semua, kita yang takde pape pangkat ni perlu ke susah-susahkan diri nak berdakwah lagi?

Ustazah: Berdakwah tu ade dua hukum dia. Satu fardhu kifayah, satu lagi fardhu 'ain.

Aizuddin: Macam mana tu ustazah, siap ada dua hukum sekaligus?

Ustazah: Macam ni...hukum berdakwah fardhu kifayah bila sudah terbentuknya kerajaan Islam yang betul-betul mengamalkan nilai Islam, daulah Islamiyyah...masa ni tentunya maksiat da macam kuman je...tapi berdakwah jatuh kepada fardhu 'ain bila daulah Islamiyyah masih belum dicapai. Maksudnya negara tu belum betul-betul jadi negara Islam sepenuhnya...tak boleh kita meletakkan tanggungjawab tu kepada badan agama semata-mata untuk tegur orang buat salah.

Nasri: Jadiii...fardhu 'ain tu, maksudnya wajib la kan untuk semua, tak kira umur dan jantina?

Ustazah: Ha'ah...


Heziqa: Huhuhu...tapi kita ni sape lah ustazah...kang kalo tegur, diorang cakap kita ni entah sape-sape nak tegur, bukannya YB ke, guru besar ke...pengawas ke..

Ustazah: Untuk berdakwah, kita tak perlukan pangkat atau jawatan, tapi dengan pangkat dan jawatan tu, ada kelebihannya untuk mengajak orang lain ke arah kebaikan.


Nabila: Dengan tangan? Maksudnya ustazah?

Ustazah: Tangan kat sini maksudnya dengan kekuasaan yang kamu ada. Siapa yang ada kuasa, ada pangkat, ada kedudukan, ada jawatan, ada pengaruh yang kuat, kat sinilah gunakan untuk berdakwah. Macam polis, jawatan tu ada kelebihannya untuk cegah maksiat, tangkap pencuri, banteras pelacuran dan sebagainya.

Heziqa: Kalau tak mampu, cegah dengan lisan...maksudnya kita tegur dengan nasihat ye ustazah?

Ustazah: Yup. Dengan lidah, kita bagi teguran dan ajak manusia ke arah kebaikan. Dengan menulis juga, kamu boleh berdakwah secara lisan.

Nasri: Kalau macam tu, dalam blog pun saya boleh berdakwah!

Ustazah: Haaa...tau pun! Lagi-lagi kalau blog kamu ramai orang baca, da ramai orang kenal, jangan lupa selitkan unsur-unsur dakwah dalam entri. Lepas tu, kalau tak mampu jugak, berdakwahlah dengan hati...

Aizuddin: Hoh??? Macam mana nak berdakwah dengan hati??? Eik?

Ustazah: Bila kamu nampak orang buat maksiat, buat salah...kamu tak mampu nak gi tegur diorang, nak sergah semua...bencilah perbuatan maksiat yang mereka lakukan dan doakan dalam hati agar mereka dapat hidayah Allah.

Nabila: Dan itu adalah selemah-lemah iman...huhuhu.

Ustazah: Ha, nak iman tahap mana, yang sekadar dalam hati atau dengan lisan dan kekuasaan? Renung-renungkan yee...

Heziqa: Eh, ustazah! Kadang-kadang rasa cam tak layak je nak bagi peringatan kat orang lain, nak tegur salah orang sebab diri sendiri pun tak ok lagi...masih cetek sangat ilmu.

Ustazah: Nape rasa gitu? Nak tegur orang bukan kena cukup segala ilmu dan da pegang sarjana dalam bidang dakwah, tapi sampaikanlah pesanan Rasulullah s.a.w walau hanya sepotong ayat.


Aizuddin: Ooo...maksudnya, kita tak boleh rasa rendah diri kan, kalau nampak je maksiat, terus tegur!

Ustazah: Yup, kalau nampak maksiat...maksiat ni bukan hanya berdua-duaan tu je, ape-ape perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah, mendatangkan dosa, semua tu kita panggil maksiat. Mencuri, merompak, menyamun, menculik, memfitnah, membunuh...dan semuanya...

Nasri: Ooo..baru tahu tentang maksiat tu, selama ni ingat orang dating je maksiat. Hehehe...

Ustazah: Haa..sekarang semua da tau kan hukum berdakwah tu wajib, jadi laksanakan tanggungjawab masing-masing sebagai khalifah di muka bumi Allah ni...

Semua: Insya'Allah ustazah...

Ustazah: Okie, jom lah kita balik, diorang yang dating-dating tadi pun da nak balik tu ha...da nak maghrib pun.

Mereka semua beredar meninggalkan taman bunga...


Berdakwah bukan hanya perlu dilakukan oleh badan-badan agama, kamu-kamu yang sedang membaca  ni juga wajib mengajak ke arah kebaikan dan meninggalkan kemungkaran, amar makruf nahi mungkar...disebabkan "DAN"...bukan mengajak sahaja ke arah kebaikan semata-mata tetapi membiarkan yang mungkar  terus berleluasa, kedua-duanya kena selari untuk mencapai kesejahteraan ummah.  Tidak mampu menegur sahabat baik? Amalkan dakwah bil hal, dengan menunjukkan akhlak dan tingkah laku yang baik kepada sahabat, moga nanti lembut hatinya untuk berubah menjadi yang lebih baik. Sampaikanlah...agar semua dapat manfaat.

Post a Comment

17 Comments

  1. nice la kembar..
    jom berdakwah... lalala~ ^^,

    ReplyDelete
  2. =)

    aish!! cne cik pulau ade tu...
    bukan ke otw g kedah..huhu

    ReplyDelete
  3. setakat nie hanya mampu berdakwah dengan selemah2 iman je..

    ReplyDelete
  4. best..:) tapi bebudak zaman sekarang ni makin ditegur makin..eeii..tak tau la nak cakp macam mana..doa yg terbaik untuk beby aishah supaya jauh dr ni semua..biar dia yg jd ustazah tu..hehehe,..amin..

    ReplyDelete
  5. selamat malam sunnah...
    bagus ebtry kamu nie...
    moga dijadikan iktibar..

    ReplyDelete
  6. Akan cuba berdakwah dan cuba memperbaiki diri,doakan adek ye Ummi,hehe

    ReplyDelete
  7. dakwahlah walaupon sedikit.. IR suka entri mcm ni.. mungkin ini identiti akak..

    ReplyDelete
  8. wahh..excited baca..tiba2 ada link blog saya..haha..tQ kak sunah..

    yup2...bencilah perbuatan maksiat yang mereka lakukan dan doakan dalam hati agar mereka dapat hidayah Allah..

    saya biasa buat yang ni je..tp after baca entry ni..insyaALLAH akan do the best!

    tQ kak sunah :)

    ReplyDelete
  9. huhu.. setuju.. kalau xmampu tegur secara terang.. dakwah dlm ati sudah memadai.. :) (thanks mention nama sy dlm entry ni)

    ReplyDelete
  10. bagus artikel ni.. n nak ajak semua yg baca artikel ni, jom kita mula dgn diri sendiri dulu.. =P

    mencegah kemungkaran dalam hati kita. membuang karat2 dan kotoran jahiliyyah dalam diri kita. iA...

    nice one sunah. allah yubaarik

    ReplyDelete
  11. ohh nasri ni la pelakin nur kasih tu eh. wah hebat kan dia .best best dia membawa watak. lalalalalalala

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com